Wednesday, November 14, 2012

banyaknya makan!puasa jom!


Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: bersabda ;

ليس الصيام من الأكل والشراب ، وإنما الصيام من اللغو والرفث ، فإن سابَّـك أحد أو جَهِل عليك فقل : إني صائم
"Bukanlah puasa dari makan dan minum, namum puasa adalah [menahan diri] dari bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan : sesungguh aku sedang berpuasa" (Hadith Sahih Ibnu Khuzaimah )
shahira: =)

alhamdulillah segala puji bagi allah tuhan sekalian alam
yang menjadikan langit dan bumi dan setiap terbentangnya alam ini
subhanallah pagi ini sungguh cerah seolah olah turut sama bergembira menyambut
kedatangan tahun baru hijrah kali ini 
seolah olah Allah telah memberikan keampuanannya bagi semua makhluqnya seperti mana yang tertulis dalam dalam akhir tahun.
ya allah semoga aku antara mereka yang terpilih

erm seperti biasa sudah 2 kali budak2 orthopeadics meraikan cuti mereka di uia,
dan disaat ini aku sangat merindui kek apam pisang mak aku.
sangat merindui mak,ayah,adek2 poor bear dan kaka bear.
walau jauh ya allah mereka, aku titipkan mereka semua di bawah penjagaaan Mu ya Allah.
sesungguhnya kau adalah sebaik2 penjaga

hari itu setelah lama tak berbulatan gembira allah mengizinkan kami semua untuk berkumpul beramai ramai sekali lagi
ya allah indah sangat pertemuan itu,indah sekali pabila kami beramai ramai berkumpul beramai2 yang telah kau tautkan hati kami2 bersama dalam satu majlis utuk mengingati Mu ya allah.
semoga ini menjadi salah satu antara cara aku mempamerkn cintaku pada mu ya allah

topic hari itu sekadar santai santai.
tiada topik berat yang dibincangkan sekadar membuat revisi hati dan ibadat masing masing.
membuka kepada topik puasa

perbincangan dibuka dengan keistimewaan puasa sunat isnin kames.
ya puasa isnin kames
di uia yang aku sayang ni amalan ni  rata2 bagi  kebanyakkan dari kami tidak asing lagi.
seperti aku pernah katakan dahulu,uia ni adalah tempat untuk beribadat yang sesangat condusive,seolah olah memberi aku peluang mempersiapkn diri selama 5 tahun bukan sebagai doktor sahaja tapi sebagai muslim yang sebenar,agar cita cita utama,agar jalan kearah mukmin itu dapat ku capai insyallah.
erk maseh terkapai kapai actually

jadi hari ni nak share ap sebenarnya keistimewaan puasa isnin khamis ni

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)

subhannallah..
di bentangkan amalan dalam keadaan kita berpuasa?
bayangkan disaat malaikat membawa amalan kt untuk dpersembahkn kepada allah, malaikat berkata"ya allah hamba mu ini di saat ni sedang berpuasa  pada mu ya allah"
subhannallah betapa mulia hambanya itu.

dan kt semua pon acknowledge yang puasa ini sangat bernilai sehingga pahala untuk puasa ini hanya rahsia allah dan hambanya
yakni hanya Dia yang tahu ganjaran apa yang hendak diberikan kepada hambanya yang berpuasa
dan of kos sekiranya mereka yang berpuasa ni benar2 berpuasa,iaitu bukan sekadar berpuasa perut sahaja tetapi anggota yang len pon turut berpuasa alangkah indahnya

aku berazam selepas itu untuk meningkatkan quality puasa aku agar setiap kali amalan aku dpersembahkn depan allah i want it to be the best!insyallah=)

seperti tercatat dalam hadis satu "innama a'malu binniat" setiap amalan bergntung pada niat
aku dahulu penah juga terpikir "banyaknya makan hari ni nak puasa la besok"
erk nampak sungguh jahil aku disitu..
insyallah sekarang perbetulkan niat..
jika kita niat nakurus ,kurusla kita dapat(itupon klu dapat control tyme buka pose=P) tapi jika kita niat kerana allah,kerana ingn persembahkn amalan sebaekny dalam keadaan puasa ,kerana yakin dengan taqwa yang allah janjikn, itu yang kita dapat insyallah=)

sesama perbetulkan niat kerana apa nak puasa
tak sabar nak persembahkan amalan kat kekasih dalam keadaan berpusa (mata bersinar sinar=))
kearah meningkat quality puasa insyallah! (AJA!)