Friday, December 9, 2011

insyaallah!

“ Dan pada sebagian malam hari, shalat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Rabb-mu mengangkat kamu ketempat yang terpuji.”
(QS. al-Isra [17]: 79)


alhamdullilah segala puji bagi allah
segala pujian dan pengharaan aku tujukan kepada Mu
kepada allah yang maha berkuasa
pada allah yang maha besar,kepada Dia yang lagi penyayang

lama rasanya aku tidak memperbaharui iman aku,dan telah lama rasanya aku meninggalkn Dia tnpa aku sedar
dan terima kaseh allah kerana maseh memilih aku
dan maseh tidak jemu2 memberikan aku petunjuk
alhmdulillah disaat ini aku merasa tenang
belum pernah lagi ak merasa setenang ini

aku berada disamping hamba allah ini sepanjang malam
terasa kerdilnya diri,terasa hinanya diri,jahilnya aku berbanding ilmu nya,
jauhnya aku, terkebelakangny aku berbanding imannya,jauhny aku dari allah...
dia bercakap tentang tarbiah..
tentng islam, tentang ukhwah ,kekuatan usrah dan yang pentingnya ape tujuan hidup itu.
kepada siapa.
kerana apa

semakin hari aku semakin hormat kepadanya
dan memasang niat untuk menjadi sepertinya
insyallah


14 muharam 1433


Abu Hurairah ra berkata bahwa Rasulullah saw bersabda, “ Allah setiap malam turun kelangit bumi pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, “ Siapa yang berdo’a kepada-Ku maka akan Aku kabulkan do’anya ! Siapa yang memohon kepada-Ku maka kanAku berikan permohonannya ! Siapa yang memohon ampun kepada-Ku maka kan Aku ampuni.” (HR Bukhari Muslim)
semoga aku termasuk antaranya ya allah


p/s;teringin rasanya melihat para sahabat berqiam dan  berusrah bersama rasullah =")

Tuesday, November 8, 2011

i learnt from her..

bismillah dengn namamu ya allah..

hidup ni memang unik..hari hari yang aku lalui tak pernah sama dengan hari yang sebelumnya.
maken ramai aku bertemu dengan orang,
maken lama aku lalui hidup ini
maken banyak aku belajar.

aku blajar erti persahabatan..
aku blajar erti keluarga
ap itu keluarga..
subhanallah terima kaseh ya allah atas pinjaman ibu ayah dan adek2 yang kau berikan kepadaku

dan juga  segala macam persoalan hidup.

hidup ini benar ada turun ada naek nya..
pada satu saat aku rasakan bahagianya hidup ini
mempunyai kengkawan,maseh dibekalkan umur untuk menikmati zaman muda mudi ni,
maseh mempunyai keluarga
aset yang paling berharga bagi aku di dunia ini selain nikmat iman yang allah bagi

ada satu masa itu pulak aku rasakan amat letih
letih dengan tangungjawab yang dipikul
rasa terbeban dengan amanah yang diberi
rasa kehilangan..
rasa hilang panduan
rasa semakin berjauhan
dengan manusia sekelilingn serta dengan Dia yang maha Agung..

di saat tu aku mula mencari sebuah kekuatan
mula mencari suatu alasan untuk cuba menguatkn diri bahawa aku harus bangun untuk meneruskan perjalanan ku
disaat itu juga Si Dia yang Agong datangkan aku seseorang yang aku tak pernah sangka sebegini rupanya hidupnya

bahawa dia lebih jauh teruji berbanding aku yang tak seberapa
dan aku mula tersedar "cukupla shahira ujian kau tidak sebesar mana"

ya rahman..
kau mendengar disaat hambamu itu meluahkan persaannya kepadaku
ya latif..kau yang maha lembut ,ya halim..
bantulah hambamu itu yang rahman,
kau pemberi hidayah bantulah dia mncari jalan pulang
bantulah dia ke jlan yang lurus ya allah sesungguhnya dia sangat baek

aku belajar sesuatu daripada sahabat ini
pergolakan dalaman yang berlaku disaat kte alami kegagalan
kegagalan yang besar yang aku pon mungkin tak pasti bagaiman aku dapat bertahan sekiranya aku ditempat dia
aku belajar tentang betapa berharganya nilai iman itu yang kadang kadang kte tend untuk tidak hargai semua itu..
ya allah sentuhla hati sahabatku ini ya allah..
kasihanilah dia...

banyak aku belajar dari sahabat ini
kembali menyedarkan aku betapa aku semakin jauh meninggalkan Allah tanpa aku sedar
semakin jauh kerana semakin sibuk dengn  urusan dunia yang Allah sendiri telah aturkan semuanya
terima ya allah atas peringatan itu.

terpukul dengan pesanan rasullah
"jagalah Allah nescaya Allah akn menjaga segala urusan mu"
maapkan aku ya allah..
maapkan atas kelalaian aku..





Tuesday, September 20, 2011

what it takes..?

bismillahhirrahmanirrahim
dengan nama Allah yang maha menciptakan
dengan nama Allah yang maha mendengar permintaan hambanya
Dengan nama Allah yang sentiasa ada disaat hambanya memanggilnya..
dengan namamu yang agung Ya allah aku mulakan.

Alhamdulillah syukur kepada allah,akhirnya sedar tak sedar sudah 2 mggu aku berada dalam posting OnG.
penat?
sungguh.
lebih penatnya dari masa aku kat rumah dulu menjaga adek2 dan menjaga rumah.

seronok?
sungguh!sangat seronok.
esp disaat melihat suami isteri menititiskan airmata menyambut kelahiran anak2 mereka
esp apabila melihat kelahiran kelahiran insan yang sungguh suci pada pandangan Allah ini,
sungguh suci kerana masih tidak dicemari dengan apa apa kekotoran

aku tak pernah  mengimpikan untuk melihat sendiri proses kelahiran manusia,dan aku juga tidak pernah membayangkn yang satu hari nanti aku benar2 akan menyaksikan satu kehebatan,
satu ciptaan agung allah ini,
dimana dalam manusia ada seorang manusia yang laen.

maha suci allah.
apabila dia berkata "manakah yang lebih agung ciptaannya.."
aku terkaku untuk menjawab.
benar.
saat ini aku tak pasti manakah yang lebih agung dalam ciptaannya
langit kah?
satu ciptaan yang aku slalu pikirkan,mana pasaknya?
mana mulanya?
sapa yang tinggikan?

atau ciptaan manusia?

agongnya mu ya allah

pertama kali aku menyaksikan kelahiran manusia,
terdetik sesuatu dalam hati disaat para para ibu mengerang kesakitan memanggil manggil nama allah..
allah..
allah..

sungguh aku terasa insaf saat itu
teringat kembali kata kata allah

dan apabila manusia ditmpakan ujian dia akan memanggil2 nama allah dan apabila dihilangkan ujian itu maka manusia seolah2 lupa pernah memanggil2 allah sebelum ini

astagfirullah..
malunya aku.
teringat betapa byk kalinya aku sebegitu.
memanggil2 nama allah ,mengharapakn bantuannya sebenarnya2 apabila yang len tidak mendengar dan melupakannya selepas itu..
hinanya aku ya allah.

aku menyaksikan kebesarannya yang maha mematikan.
aku menyaksikan kebesaran allah yang maha menghidupkan.

terasa seperti sesuatu mencengkam dada disaat aku menjerit2 di dalam hati berkata
"ya allah selamtkan bayi ini,ya allah selamatkan bayi ini!"
apabila nurse dah sahkan baby sedang distress
melihat ke ctg,fetal heart rate semakin kurang
berkurang dan berkurang
si ibu pula sambil menititiskn air mata memanggil allah supaya dpermudahkan.
di saat itu rasa hampir terduduk,baru terasa betapa kerdilnya diri disaat benar2 memerlukan

dan seperti terlepas dari beban yang sangat berat apabila mendengar bayi tersebut menangis.
subhanallah..
terima kaseh ya allah.
terima kaseh.

kalu allah katakan "aku nak matikan bayi ini.."
maka matilah dia.
kuasa allah
kun fa yakun!

aku berjanji selepas itu untuk belajar bersungguh membantu mereka ini.
kadang2 terasa lemah,terasa sangat helpless apabila banyak bnda yang tak tau.
saketnya dada apabila tak dapat berbuat apa2
saketnya rasa apabila kte da cuba sedaya upaya tapi maseh tak mampu buat yang terbaek.
terasa hampa.



mak cakap perjalanan masih jauh.
maseh bole usaha.
ya allah berikan aku kekuatan itu.
hanya kau tahu kemampuan aku ya allah.
izinkn aku ya allah menerima ilmu mu demi para2 ibu sekalian.ameen

terimakaseh ma
along sayang mama
terima kaseh sebab melahirakn along,terima kaseh sebab melahirkan adek2
semoga allah melindungi mama dan seluruh para ibu sekalian
ameen

Sunday, August 21, 2011

dangerous!

bismikallah,dengan namamu ya allah
namamu yang aku sembah tiada duanya

"ar rijalun kaumun a'lan nisa'.."

Aku terpanggil untuk menulis entry ini semasa menonton hitz tv untuk mencari mood sebelum memulakan kerja2 aku membersihkan rumah semalam

Terdengar lagu lagu yang dimainkan untuk golongan perempuan.hmpir kesemuanya.Untuk golongan yang pernah aku sebutkan dulu sebagai satu golongan yang sangat cantek.Ya sangat cantek

Dan aku tersenyum sendiri.

Ada yang memuja wanita,
ada yang memuji ,
tidak kurangnya mengagungkan aku rasa

Pernah dengar orang kata

“dibelakang setiap lelaki yg berjaya ada berdirinya seorang wanita?”

dimana kejayaan seorang lelaki seringkali dikaitkan dengan kehadiran  seorang wanita dbelakangnya,
yang menyokongnya,
yang memberikan harapan dan kepercayaan terhadapnya disaat yang laen tidak.
Dan aku sememangnya amat bersetuju (wp tdk seratus peratus) terhadap statement itu.
Dan benar, kebanyakan lelaki yang Berjaya ada wanita dibelakangnya,tetapi perlu diingatkan wanita tu semestinya sudah tentu bukan calang calang orang.dan aku pasti amat bertuahlah sekiranya itu yang berlaku.

Wah pasti beruntung rasanya jika kita dapat berubah menjadi lebih baek
tetapi lebih beruntung sekiranya kita mempunyai seseorang untuk dijadikan motivasi untuk berubah kepada yang baek.
Supaya disaat iman maken menurun,disaat motivasi semakin hilang ada yang menasihati paling kurang pon ada yang tolong marah supaya momentum untuk berubah ini dapat diteruskan

Kan?

Tapi tak ramai yang beranggapan kadang kadang kejatuhan seseorang lelaki juga ada perempuan diblakang nya

alkesahnya bermula selepas aku terdngr lagu akon
Tajoknya?


sila mutekn lagu backgroud d ruangan tepi untuk mendengar
Dangerous 
“she’s so dangerous
Dangerous
She’s bad girl”

Takutkan dengar lagu ni?aku sebagai perempuan pun takut
Jadi untuk ungkapan yang mengatakan bahawa disebalik setiap kejayaan lelaki ada perempuan dibelakangnya,
 aku ingin menambah bahawa di sebalik kejatuhan seorang lelaki itu juga ada kadang kadangnya disebabkan oleh wanita dibelakangnya ^^”

Jadi pilihlah wanita yang mana akan menjadi belakang anda

Warning: Sekadar perkongsian ataupon nasehat untuk adek2 laki kat umah)

Aku pernah berborak (atau ayat lennya)bertekak,berbincang dengan kawan lelaki aku tentang benda ni dan dapat aku simpulkan bahawa perempuan seringkali dinilai dari luaran.dimana lelaki sering kali tertarik dengan kecantikan luaran wanita.

memandangkan dia bukanlah berlatar belakangkan uia yang aku rasa lelaki lelaki disini kesemuanya baek2 belaka (erk ameen ameen),corak pemikirannya agak berlainan.(adakah saya bias disini?jika ya abaikn perkataan uia disitu,anyway bagi aku baek dan burok seseorang itu tidak bergantung kpd U mana kita berada ,tidak juga pada how good kta punya religioun background,Cuma persekitaran itu do play a role aku rasa)

Liberal?
Ya agak sedikit liberal bole aku katakan.tapi dari situ aku berfikir

Aku sebagai perempuan tak menafikan memahami hati seorang wanita ini bukanlah senang.
dia bole menjadi semulia mulia sumayyah,
ibarat seagong agungnya rabiah..
tapi jgan lupa dia juga boleh jadi sebaliknya

Seorang lelaki boleh jadinya tertarik kepada seorang wanita disebabkan oleh banyak sebab.
Ada yang tertarik kerana kecantikannya,ada juga yang tertarik kerana keayuannya,tidak kurang yang tertarek dengan lenggok manjanya.

Bila ditanya,dia menjawab
“aku suka perempuan yang manja”

Manja.

Aku bole menklasifikasikan manja ni dalam banyak kategori.
ada manja perempuan itu pada gaya bahasanya,body language  gtu,
ada yang manja pada suara,gaya percakapannya ,
ada yang memang  naturally manja,berperwatakan manja gtu (ank last maybe,lagi skli bias disini =P)

Aku?

Tersenyum sendiri.
Tidak bole menjadi manja,sugguh jauh dari  naluri aku.walaupon sebagai seorang perempuan.
tapi  aku juga tak menafikan aku dan mak slalu kagum dengn mereka yang manja ini kerana  mungkin sebab kami ni len jadi kami slalu bercakap ,
“ya allah lembut nya perempuan ni..
kte ma?hahah smbil ketawa”



Perempuan secara nalurinya memang suka dipuji.dan lelaki pula secara nalurinya suka kepada suatu yang cantek even aku sendiri suka tengok mereka2 yang cantek.
Seolah sama sama menikmati kecantikan yang Allah bagi kat sesetengah mereka ini.tapi seperti yang aku katakan dahulu ,cantek itu subjektif.
Sangat subjektif.
Dan disebabkan perbezaan psikologi inilah kadang2 ada perempuan yang sangat concern tntang penampilannya.

Seorang sahabat baek berkata
“aku takkan ubah diri aku Cro kerana seorang lelaki,aku nak dia terima aku seadanya..tapi once dia terima aku dalam keadaan begini,aku berjanji akan berubah menjadi cantek untuk dia”

Perempuan jenis ini aku anggap seorang yang mempunyai pendirian.
Tegas mungkin.
Dia mempunyai stance,yang mana dia akan berpegang teguh padanya.yang membuatkan aku sangat kagum padanya.
antara attitude perempuan yg tegas aku rasa.ini lbh cool!


Luarannya?wah rugged.
ibarat metaplasia columnar cell kepada squamous ;yang sememangnya aku rasa necessary esp zaman skang ni,itu persepsi aku kat dia.dari 1st jumpa up till now.

Dalamannya?
Wah..sungguh lembut..
Tapi sayang tak semua dapat melihatnya..
Hanya yang terpilih.

Kadang kadang ,dalam dalam usia untuk mengenal diri sendiri ,kite tend untuk mengadaptasi perwatakan2 yang mana kita percaya dengn adaptation itu kita akan lebih disukai.
Alhamdulillah sekiranya adaptation kita lakukan atas hijrah semata kerana allah daripada mazmumah ke mahmudah tetapi sekiranya perubahan itu kita lakukan semata mata untuk mendapatkan perhatian ajnabi..pikirkan dua kali

Dalam sekeras2 wanita itu aku perhatikan ada kelembutannya disitu
Dimana dia dapat menjaga maruah dan kehormatannya.
Kemanjaan yang dia simpan untuk yang halal, bukan untuk yang bukan miliknya(perhaps buat masa ni)

Dan bagi yang risau jodoh tidak kesampaian,pesanku sahabat igtla kembali perumpamaan buah
 di pepohon..

“jangan sesekali sembahkan dirimu kebawah,jangan sesekali jatuhkan dirimu ke tanah hny kerana igin ada yang mengambil kerana pasti suatu hari nanti ada yang benar benar tulus,ada yang benar2 ikhlas akan memetikmu dengn sendiri”

Coolnya!

bukan untuk menjual mahal seolah olah hebat sgt(ayat koman zaman sekolah2 dulu tyme kawan2 kna ngorat tapi tak dilayan "pirah kau,macamlah hebat sangat" ),
tetapi untuk bertegas dalam kelembutan.


ingat sahabat
Ini untk awak 
Ganbate ne~ =)


Pesan aku untuk adek2 laki aku “setiap perempuan itu unik,klau baju2 branded ada design2 yang exclusive ,yang mana 1 design takkan ada yang sama,aku rasa perempuan pon macam tu.yang penting carilah design mana yang kamu suka dan kamu selesa dengan” ^^
apapun ramadahn sudah masuk ke fasa terakhir
rasanya perlu pulun habes2 skarang takotnya ramadahn pergi tanpa kte dapat keampunan dari Allah
selamat beramal insyallah
semoga mndapat kekuatan dan mnjadi antara org2 yang allah pilih untuk bersamanya pada malm hari
dan tak kesah apapun perempuan inilah sebaikny

subhanallah indahnya kalu perasaan 'itu' berlandaskan allah  sebagai paksinya ^^
insyaallah!=)

Saturday, August 13, 2011

" lurus luruskan saf,rapat rapatkan saf! " pak imam

bismillahirrahmanirrahim
dengan nama Allah yang memiliki zat zat yang tinggi aku mulakan

alhamdulillah segala puji bagi allah,maseh memberikan kesempatan untuk kt semua untk  maseh lagi berada dalam bulan ramadan mulia ni yang tanpa aku sedar sudah empat hari kte semua berada dalam fasa ke2 ramdhan;fasa keampunan allah.
yang bermakna sudah hampir 1/2 daripada tempoh tawaran keampunan Allah tlh berlalu..

insya allah semoga sama2 kte merebut pluang ini untuk sama2 memohon keampunan dari allah atas dosa2 yang seringkali kita lakukan

aku terdengar perbualan makcik2 di masjid semasa menunggu imam untuk solat terawih

makcik satu: kenapa la saf pompuan ni tak rapat?
                       lompang sana,lompang sini
makcik dua : iye la pun.dah penat nak dok cakap rapat2 saf nak,penuhkan saf depan(sambil nada frust bebeno aku tgk)
makcik dua : tu la pasal xtau kenpanya jadi gni,masing2 aku tgk p penuhkan tempat2 dekat ngn kipas
adeke gitu.nak kejo pahalake dapatkan angin kipas??



aku : selaku yang berada disebelah makcik cuba2 ntk merapatkan saf dengnnya(dalam ati takot kang silap hari bulan kat aku pula makcik lpaskn geram),dan disamping itu cuba menahan gelak yang bakal meledak mendengar ayat makcik yang agak klakar bagi aku,sambil kepala pura pura memerhati keadaan sekeliling mencari siapa yang makcik berdua ini maksudkan

aku tersenyum sendiri,memang betol saf2 wanita kebanyakkannya semuanya berpusat dekat dengn kipas.

ibarat dimana ada angin kipas,disitu rapatnya saf
bila hilangnya angin kipas,lopongla saf.

ak(of kos dalam ati) : pandailah makcik ni observe

dan mulai hari tu aku pon lihat memang perkara ni bukan perkara yang ganjil.
memana masjid yang aku pergi(surau included),kebanyakkannya inilah yg  akan berlaku
dan seolah olah kata imam sebelum memulakan solat

" luruskan saf,rapat2 kan saf " ini hanya dipandang enteng oleh kebanyakkan orang
dan seolah olah ayat imam tadi adalah satu ayat pernyataan berbanding satu arhan dan perintah

 aku teringat kepada seorang makcik disurau hari tu yang bertungkus lumus membetolkan kedudukan makmum perempuan yang risau akan kehadiran kanak2 diantara saf2 kami akan memutuskan barisan jemaah .
dan aku terpikir andai benar sesetengh golongan  benar2 berfikiran saf akan diputuskan dengn kehadiran kanak kanak,alngkah bagusnya jika perkara ini dilihat dari sudut saf saf perempuan yang putus even tanpa kehadiran kanak kanak pun.
bukankah ini lebih mengecewakan?



ibrat kata rasullah
kalulah manusia itu tahu ap yang ada dalam laungan azan itu dan apa yang ada dalam saf yang pertama itu,sudah pasti manusia akan berlumba2 mndapatknnya

mungkin mereka mmpunyai alasan tersendiri kenapa tidak mahu berganjak walaupun saf dihadapan mereka kosong kerana aku perhatikan tak semua yang berada di saf blakang sihat2,
ada yang berkerusi,ada yang berbau minyak angin
yang mana aku dapat deducekan mgkin makcik2 ini sakit kaki untk bnyk bergerak tapi alangkah indahnya kalu mereka2 yang sehat dapat melihat indahnya saf  saf yang rapat ini..

"kaannahum bunyanun marsus"
jadi marilah sama2 kita lihat kembali apa hebatnya saf yang rapat ini yang acapkali dsebut sebutkn imam dan laenya.
bukankah saf yang rapat itu umpama saf saf para malaikat,
bahkan kajian sains juga telah membuktikan bahawa saf yang rapat dapat meneutralkan cas2 antara makmum?
yang mana terlebih positif akan dineutralkan begitu juga bagi yang terlebih negatifnya

semoga ramadhan ini mnjadi peluang terbaeknya untuk mengkoreksi diri terutamaya untuk aku yang paling dekat dengan laptop ini
insyallah.