Tuesday, February 21, 2012

kerana apa?

Dengan nama allah yang ak sayang
Dengan nama allah yang paling aku cintai  
Yang lebih aku cintai dari dunia dan segala isinya aku mulakan


Alhamdulillah segala puji bagimu ya  allah, aku telah tamat menjalani posting keduaku sebagai medic student tahun ketiga.

KEputusan exam belum lagi keluar membuatkn aku agak penasaran dan tidak senang duduk cuti kali ini.
Agak resah,perasaan agak sedikit terganggu didalam hati tertanya2 adakah aku Berjaya melepasi posting kali ini.
Dan sekarang hanya mengharapkan bantuan allah seperti mana yang slalu aku buat kebanyakan waktunya.
Bantu aku ya allah.

Dan seperti biasa disaat keresahan aku akan mencari teman istimewaku,dan seperti biasa dia akn menjadi pendengar yang setia.
Sejauh mana,allahu a’alm aku tidak pasti

Aku berkate padanya

“kt tak tau nak rasa macamna,klu Dr failkan sesetengah student sudah tentunya kerana Dr itu rasa kami maseh tidak layak dan tidak mampu lagi untuk menjadi Dr yang baik,dan mgkin dengn fail,kami sebagi student dapat blajar blk mana yang kami kurang kat posting itu n perhaps can do better nxt tyme..as Dr of course
Tapi semestinya klu fail,akn jadi down dan sedih..”(i do imagining me myself in that kind of position bila ak cakap gtu kat dia hari tu)
.........................................................................................................................................................

Aku seringkali bertanya kepada teman2 ku, ap sebab mereka mahu menjadi doktor
Sengaja igin aku tau apa yang menjadi penggerak dan motivasi mereka  semua untuk meneruskn perjuangan ini.
Atau lebih pantas aku katakan meneruskn amanah ini.
Amanah yang berat..

kEbanyakkn dari mereka semua mengakui kerana minat yang mendalam yang mendorong mereka.
kErana minat,mereka ign mnjadi doktor.minat dari kecil  kebanykannya.

Ada yang laen kerana ibu bapa..
Ingin membalas jasa ibu bapa,paling kurang pon igin memenuhi impian ibu bapa mereka melihatkan anak mereka menjadi seorang doctor.

Ada juga yang aku Tanya mereka hanya katakn
“ kerana aku dah pon berada kat sini syiro,half way pon dah ni,nak tak nak wat je”
Just follow the crowd ibaratnya.. 

Hari itu aku ditanya
Kenapa aku igin menjadi doktor?
Seolah2 tersekat di kerongkong untuk menjwab hari itu.
Kerana ap?
Entah,aku pon tidak pasti.

Dan sekarang disaat rasa tidak pasti dapat go through ke tidak posting yang lepas aku bermuhasabah diri semula,
Cuba untuk mencari sebenarnya kenapa aku berada disini
Adakah kerana minat?
Kerana ibu bapa?
Ataupon adakah sebab dah alang2 da masok,apa kata just follow the crowd?

Ya,aku buat bnda ni kerana ak minat.
Seriously.
sama macam minatku terhadap masakan,walaopon bakat tu kurang kerana minat aku tak kesah ap rupa hasilnya(wp kekadang tak nafikan betapa kecewanya bila masakn tak jadi)

Same goes to medical.

Walopun aku bukanlah antaranya mereka2 yang bijak,kerana minat aku teroskn walaopon kadang2 rasa penat dan patah semangt

Ibu bapa?
Ya mak ayah aku.
Orang yang teratas dan cinta yang tertinggi aku letakkan lepas Allah dan rasulnya.
Ya kerana mereka aku lakuan
Impian mereka untuk melihat kesemua anak2 mereka berjay ddunia dan akhirat walupon mereka tdak pernah meletakkan apa2 syarat “kejayaan” bagi kami semua adek2 beradik

Dan yang terakhir,adakah kerana d crowd?
Ya aku tak nafikan,kadang2 i do following the crowd
Tapi semua tu bukanlah d main reason aku berada disini

Kerana ap sebenarnya Shahira?
Kerana patient..
Ya kerana kesemua patient  yang aku jumpa menjadi pembakar semngat aku untuk meneruskan bidang ini.
Kerana patient2, aku ingin menjadi doctor.

kerana mereka mereka.
Kerana mereka, aku ingin menjadi doctor..
Tapi bukan doctor yang biase2 saja,doktor yang luar biasa..












Adakah aku mampu?
Allhu a’alm..
Maseh berharap bantuaNYa,keizinannYa,iradatNYa dan kuasaNya..
Seperti biasa Ya allah aku disini memohon bantuanmu Ya allah..

Sunday, February 19, 2012

cinta ku selepas Allah dan rasul

sapa yang paling kau sayang shahira?
aku:mak kt
lagi?
aku:mak kt
selain tu?
aku:still mak kt


"rabbi,auzi'ni an asykura nikmatakal lati an'amta 'alaiya wa a'la walidayya...." ila akhirul ayat
...............................................................................................................................


sedihnya..

Bersinar kau bagai cahaya
Yang selalu beri ku penerangan
Selembut citra kasihmu kan
Selalu ku rasa dalam suka dan duka

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Bagaikan embun kesejukan hati ini
Dengan kasih sayangmu
Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku
lyricsalls.blogspot.com
Pengorbananmu sungguh sangat berarti

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Sinari hidupku dengan kehangatanmu














ya allah dengan segala kebaikan yang telah mereka lakukan untukku izinkan aku meletakkan cinta mereka selepas cintaku padamu ya allah
izinkan aku ya allah untuk membalas segalanya  yg telah mereka lakukan untukku
jadikan aku anak yang soleh yang meletakkan kedua ibu bapanya yang pertama setelah cintanya kepada allah dan rasulnya. amin
semoga allah sentisa melindungi mama dan babah
along sayang mama dan babah ^^,

Friday, February 3, 2012

Dimana Dia dihatiku,dimana Allah di hatiku

Seorang sufi pernah ditanya
"apakah kau takutkan Allah?'

Dia menangis dan menjawab
"Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak..
Jika aku katakan tidak,aku akan menjadi seorang yang kufur,
sebaliknya kalau aku katakan ya ,aku terasa seperti menjadi seorang yang munafik..
sikapku amat berbeza dengan kata-kataku..
orang yang takutan Allah akan bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tapi aku tidak.."

Jika seorang ahli sufi yang hatinya begitu hampir dengan allah pun sukar menjawab apabila ditanyakan apakah DIA dihatinya,maka bagaimana aku yang lebih hina ini bisa menjawab?

Dihatiku masih ada 2 cinta yang bergolak dan berbolak balik.Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang begitu hebat dan dahsyat sekali..

kalau kau tanyakan aku
"Adakah Dia di hatimu?"

aku hanya mampu menjawab

"Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar Dia di hatiu..
aku belum sampai ke tahap mencintaiNYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintaiNYA..
Justeru kerana belum ada Dia di hatiku,hidupku belum bahagia..
belum tenang..
dan belum sejahtera.

Aku akan terus mencari.
aku yakin ALLAH itu dekat..
aku yakin pintu keampunannya lebih luasdari pintu kemurkaanya .
Selangkah aku mendekat seribu langkah DIA merapat..
dan akhirnya aku yakin...suatu saat nanti akan ada Dia di hatiku..
shahira:amin..semoga aku antara kekasih2 mu ya Allah..='(
-dimana DIA dihatiku-
Pahrol mohd juoi

astagfirullah..mencari Allah yang sering aku lukai.. ="(

Saturday, January 28, 2012

u can do it!

bismikallah dengan nama allah aku mulakan
alhamdulillah segala puji bagi allah yang maha sempurna
yang mempunyai segala zat yang agung
yang ku sembah tiada laennya

sengaja aku postkan post kali ini hanya untu membakar semula semangat aku yang kadang kadang tak aku nafikan ada pasang surutnya.

ada kalanya rasa bersemangat untuk belajar
bersemangat untuk membantu orang ramai
bersemangat untuk berjumpa dengn patient

ada kalanya tak nafikan rasa malas untuk asek melakukan bnda yang sama
rasa malas untuk asek melakukan sesuatu untuk orang
rasa kadang2 aku perlukn pikirkan diri aku pula

dan disaat mulai rasa semangat kian hilang
alllah datangkan hambanya2 yang laen untuk trus memberikn semangt kepada aku
untuk berkata "ya shahira kau harus teruskan!"

jadi hari ini aku igin abadikan kata-kata Dr aku yang cukup memberikn kesan kepada aku
terima kaseh dr!

"kamu harus ingat ya the ultimate goal kamu adalah untuk menjadi Dr diakhirnya,iaitu niat kamu ialah mahu membantu orang ramai..
ya tak dinafikan kadang2 blajar ada masanya kamu tidak bersemngat,ad masanya kamu rasa malas tapi ingat selalu ya yang ap yang kamu buat itu juga adalah ibadah kamu kepada Allah..
rasullah pernah berkata bahawa guru dan Dr adalah dua pekerjaan yang paling mulia..
jadi teruskn bersemngat ya "
dia cakap sambil tersenyum seolah2 turut mendoakn kami dalam hatinya
-dr Taufiq hidayat-
pead postings january 2012

dan tak berapa lama selepas itu aku p klas imp
dan di kelas itu juga isu yang sama dbangkitkan

rasa kagum dengan semangat dr dan actually rasa terpukul sebenarnya dengan kata2 dr
seolah2 dalam ramai ramai 134 orang di kelas itu ,aku menjadi the limelight yang apa yang dr cakap itu betol2 untuk aku.


erk.shahira!bersemangat!

kata dr
"bila kamu berada kat sini ,kamu harus tahu u re capable of doin it..and allah knows that well sebab Dia kata "la yukallifullahu nafsan"..
dan dont u feel honoured ade orang percaya kat kamu dan gve this responsiblity kat kamu?
jadi kalu kamu ad onkol lebih,jangan sesekali merungut..
i used to say to myself
"THANK U ALLAH FOR GIVING ME CHANCE TO DO GOOD TO OTHERS" because i know,the more i see patient the better i am,the more i see patient the more chances for me to do good.
n for us as muslim our scope of contact centered around "hablum minnallah wa hablun minnan nass"





wah aku serius terasa.
blom pon masok onkol,baru kan blajar ni pon kadang2 datang angin malas
mulai lupa akan amanah allah ini.
amanah paling berat ini..

terimakaseh allah! terima kaseh dr.
terima kaseh ^^

aku tak nafikn memang banyak aku blajar dari patient yang aku jumpa..




mode:mendapatan kembali semangat yang hilang

Saturday, December 31, 2011

it's not easy..

alhamdulillah segala puji bagi allah
tuhan yang maha pemurah
tuhan ya rahim yang maha mengasihani
dan satu satunya tuhan yang aku sembah'

segala puji bagimu ya allah yang memberikan segala sesuatu
yang memberikan kesusahan
yang melapangkan dan juga bagimu segala sesuatu dan kembalinya segala sesuatu

aku berada di posting pead sekarang'alhamdulillah aku telah berjaya melalui posting OnG yang lepas,
posting yang banyak mengajar aku tentang betapa kerdilnya manusia itu dan betapa agungnya kuasa allah itu.
Satu posting yang benar2 berjaya menguatkan pendirian aku bahawasenya tiada yang lebih kuasa dari Allah yang maha menciptakan,yang maha menghidupkan dan juga yang maha mematikan.
tiada ap yang lebih mengagumkan aku dari proses  kelahiran  manusia.maha tinggi Allah


ramai beranggapan posting peads adalah posting yang paling mudah antara keempat2 posting yang bakal kami sebagai pelajar perubatan lalui.
mungkin ya.
tiada banyak prosedur yang kami perlu kejar berbanding dengan posting2 yang len.
tiada delivery yang perlu kami kejar,tiada signature2 nurse dan MO yang kmi perlukan.

tapi aku tak tahu kenapa sakitnya perasaan aku berada di posting ini.
melihatkan kanak2 kecil yang sakit sebabkn aku tak sanggup berdepan dengan mereka.
seolah2 aku tidak dapat berdepan dengn mereka melihatkn begitu hebat penderitaan mereka...

down syndrom?
astaghfirullah..
pertama kali aku melihat mereka sebegini dekat,
ya rahman..
kasihan mereka ya allah..
kasihannya mereka ya allh..

cerebral palsy?
gastric feeding?
ya allah sakitnya mereka ya allah..

kadang2 aku hampir terduduk melihat mereka.
kecil2 lagi allah da uji kamu adik2,aku yang da lama menumpang bumi allah ini,begitu senang hidup aku..
kadang2 aku rasa bersalah pada mereka.
rasa bersalah sekiranya tidak dapat membantu mereka.
rasa bersalah kerana tidak dapat berbuat apa2.

hari itu,hari untuk mencari patient untuk buat case write up.
bertungkus lumus mncari patient yang sesuai memandangkan akn blk umah weekend itu perancangn untuk at least dapat clerk 1 patient.
berserah semata2 pada rezki aku berjaln masok ke wad dan hanya mengharapkn allah mmberikn ptnjk mana patient yang sesuai.

sedang berjalan di 2nd cubital,aku disapa oleh senyuman dari seorang budak ini.
dia berjaya menarik perhatiann ku untuk kesana.
danial namanya.
sambil mmbalas senyumannya aku kesana dan bercakap
 "adik sok akak datang check adek sket ye"
dia senyum sambil kata "bole akak sorang ye?"
ak: ye akak sorang.adek nk papa?akak bawak sok i,allah
danial:hehe x nk papa,air milo kotak jelah(smbil ketawa,myb tak sangka dia beranai paw ak)
ak:haha bole sgt!i.allh jmp sok.bye danial
aku pulang tanpa mengetahui yang adik ini bakal mengajar aku..

esoknya ak datang,tros ke bednya tapi danial tak da.
aku menunggu dia dan akhrnya danial datang,baru p physio katanya
aku nmpak dia pegang cotton dan aku pon bertanya

ak:danial p amek darah ke tadi?
danial:tak la,ni kaen tutup mata
ak:ttp mata?knp nak ttp mata
danial:sebab nmpak banyak
ak:?? maksudny?
danial:sy nmpak banyak.hehe
ak:oh(muka blur) ok ni ad brapa (sambil tunjuk 2 jari di tgn kanan n 2 jari di tgn kiri)
danial:sambil mengira..1,2,(jari telunjuk dan jari hantu tgn kanan ak)3,4
                                         5,6(jari telunjuk dan jari hantu tgn kiri ak)7,8
ak:...

aku terdiam bila dia kira macam tu.baru aku tahu upanya danial ad double vision.jadi semua bnda yang dia nmpak berdouble.

aku tak tahu mcmn nk respon.
ya allh kasihannya dia..
aku tersedar,ya allah beruntung nya aku..
begitu banyak nikmat yang allah berikan.even nikmat mata yang allah pinjamkn ini pon aku dapat lebih sempurna dari danial yang lbh kecik dari aku
dan sudah pastinya lebih mulia darjatnya di sisi allah.
dan aku tersedar ,ya allah andai satu hari Kau persoalkn semua nikmat ni ya allh mana ak nak jawab ya allah?

masa aku bercakap dengan danial aku tak dapat detect pap abnormality dekat dia excpt dia ade squint.dan ak dberi tahu kawan2 rupany dia ade GBS.(guillain barre syndrome)

kadang2 tak dinafikan aku berasa hampa dengn diri.
kadang2 aku berasa sememangnya aku bukan dilahirkn untuk mnjadi doktor
even bnda sebesar2 itu aku tak dapat detect
jadi bila aku berada dalam bidang ini dan tak dapat membantu mereka2 ni aku tak dapat maapkn diri aku.

sekiranya orang rasa memegang title doktor ini sngt cool
aku rasakn ia adalah satu amanah yang paling berat pernah aku pikul.
yang kadang-kadang selalu sebabkn aku berasa penat sekiranya aku gagal meringankan beban mereka
sehingga menyebabkn aku rasa bersalah untuk bersenang2 sedangkan mereka diluar sana byk yang susah.
dan sehingga menyebabkn aku sangat malu pada allah dengan segala nikmat yang Dia bagi kepada aku..

ya allah.
aku percaya pada sifatmu yang rahim..
ak beriman pada sifatmu yang maha mengasihani
kasihani mereka ya allah..sekirany aku tak dapat membantu mereka paling kurang pon kau berilah ketenangan pada mereka ya allah,
kesenangan dan ketenangan jiwa kepada semua adek2 ini ya allah..
kepada semua ibu bapa mereka yang berberat hati menanggung dan melihat penderitaan anak2 mereka.
berilah mereka kesabaran  dan ketabahan ya allah
semoga denagn pergantungan kepadaMu ya allah meringankan beban mereka semua ya allah..

dan ya allah jadikanlah aku antara hamba2 mu yang sentiasa bersyukur
dan benar kata2 mu ya allah
"fa bi aiiI ala~Ii rabbikuma TUKAZZIBAN.."
dan dengan nikmat allah yang mana hendak kamu dustakan..

izinka akumembantu mereka ya allah..