Sunday, April 21, 2013

kerananya!

Alhamdulillah segala puji buatmu Allah
buatmu tuhan ku,tempat pengabdianku ,tempat kembaliku
segala puji pujian dan segala bentuk penghargaan aku tujukan buatmu
hanya untukmu,laisa laka!

alhmdulillah hari ini 10 jamadil akhir yang mana bermakna kurang lagi sebulan lagi
kita akan bertemu dengan Rejab dan akhirnya dengan tetamu yang paling istimewa kita semua dimana semua amalan kita akan digandakan.
Ramadhan.
seronok bukan.tak sabar rasanya hendak bertemu.
Aku sekarang di posting family medicine.dan alhamdulillah semestinya dengan izin Allah  aku berjaya melalui semua exam di posting-posting sebelum ini.
berjaya?miss D(disticntion)?
of course not.

how berjaya is berjaya?
cukup bagi aku sekadar pass sahaja.

after all bagi aku pass fail,distinction or just ordinary itu, tidak sama sekali menentukan how good the student is.
dalam medicine seperti yang selalu aku percaya adalah semua rezki dari allah.
how Allah wants it to be.
untuk dpermudah atau dipersusah.
benda tu semua hanya sekadar terminology yang dicipta manusia untuk mencapai atau create a kindda 'self saticfaction' or just a 'recognition by others'
apa yang penting ialah  se-ikhlas mana kita buat kerja ini kerana Allah dan untuk ummah.
then..all those recognition are not important..
at least untuk aku..

kalau kita lihat dari perspective yang laen,uniqnya islam ini kita diajurkan untuk bersyukur dalam setiap perkara.
be it a good one or a bad one.
kalau pass atau pass/d kita bersyukur kerana diberi rezki oleh allah
kalau 'sangkut' kita bersyukur kerana masih dberi ujian dari allah ,mana tau kejayaan itu 'istidraj' yang akan menyebabkan kita makin jauh dari Allah
em sapa tahu?

aku tertanya-tanya definisi "kejayaan" kebelakangan ini
ramai yang melihat kejayaan dari segi materialistik.
yang melihat harta,status ,pangkat dan keturunan sebagai salah satu element dalam memberi definisi kepada kejayaan.
same goes to Dr.
ramai yang beranggapan menjadi Dr bole dikira berjaya.
tapi Dr yang bagaimana baru dikira berjaya?
membawa kereta besar?rumah besar?ada klinik sendiri mungkin?

Aku berjumpa Dr Samsul hari ni
Dr yang paling aku kagumi dari pertama kali dia bercakap di depan kelas hinggalah sekarang.
bezanya sekarang aku dapat lihat sendiri bagaimana dia handle patient.
ternyata dia memang orang orang yang aku cari, bukan untuk dijadikan idola tapi untuk dicontohi.
op macammna nak dijadikan contoh kalu tak dijadikan idola?
haha contradictnya aku neh ya?

em hanya tersenyum sendirian

Aku tidak pernah percaya pada idola and role model.Sejak dari bangku sekolah lagi hinggalah sekarang da besar panjang.Bagi aku tiada yang layak dijadikan idola selain Rasullah yang dicintai yang khulquhu kal al quran..satu bentuk kepastian dan tiada tolok gantinya.

Bagi aku juga setiap manusia itu is good in their own way.
Setiap dari mereka mempunyai sesuatu untuk aku contohi,melengkapi and mengisi kekosongan dan kekurangan diri. 
agar setiap hari ke hari aku bole menjadi lebih baik dan baik (walaupon aku tahu agk payah disitu.maseh mencuba   T____T")
Setiap dari mereka juga mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik dari yang telah menjadi baik dan mempunyai sesuatu untuk menyumbang kepada ummah.
aku sangat percaya itu.kalu bukan sekarang maybe later.
bila?
hanya allah yang tahu cuma kita sebagai orang sekelilingi tidak patot meletakkan double standard disitu.
Bukan kah Rasullah ketika di offer Jibril untuk menerbalikkan bumi thaif Rasullah menegah.. 
"...Jika bukan mereka memeluk islam pasti selepas mereka ad yang memeluk islam.."

satu ayat yang benar benar mengubah persepsi aku..
sugguh tiada yang layak lebih dari layak untuk dijadikan idola selain mu ya rasullah.
merindui baumu di bumi itu.
salam alaik..

kalau orang bertanya apa erti kejayaan bagi aku.
aku akan cakap kejayaan adalah apabila kita berjaya buat sesuatu itu kerana allah dan untuk allah.
regardless on how u define sesuatu is sesuatu.
tak kira la stadi kerana dan untuk allah,bekerja kerana allah dan untuk Allah dan berkhidmat untuk orang laen kerana allah dan juga untukkNya .

Dulu aku pernah merasa penat kerana tidak buat sesuatu untuk diri aku dan kerana aku, lantas aku definedkan ape erti kejayaan kalau kita buat bukan kerana diri kita.meaningless.

lama kelamaan aku sedar,lebih dalam aku melihat sifat manusia itu, lebih aku menilai , memang benar manusia tidak pernah mengenal erti kepuasan.
menjadikan hidup ini seolah olah tiada akhirnya..mengejar impian dan kekayaan dunia sehingga lupa tujuan asal pengciptaan kita..hanya untukkNya...
masakan tidak orang menyebot "bekerjalah seperti hidup 1000 tahun.." tapi malangnya ramai yang terlupa rangkap seterusnya "..tetapi beramal la seperti kamu akan mati esok.."
terlupa barangkali..
tertunduk malu

Apa yang aku lihat pada Dr samsul tiada ap yang untuk dirinya.seolah olah dia menggunakan tulang 4 keratnya sepenuhnya untuk orang ramai.
Sesuatu yang belom aku jumpa pada Dr yang lain.
tertanya -tanya siapa gerangan isteri dan anak-ank Dr kerana sudah pasti hebatnya mereka berkongsi masa dan perhatian bersama pesakit-pesakit Dr.

 Aku cuba meletakkan situasi ini pada diri aku.
sekiranya aku berbuat sesuatu kerana diri aku,aku pasti merasa kecewa.melakukan sesuatu kerana dan untuk orang lain dan bukannya aku adalah benda yang tidak menyeronokkan.
i got nothing.

tapi cuba bayangkan kalu kita buat kerana allah untuk allah dan demi ummah dan orang ramai, every relief  the patient feels is our satisfaction..
apatah lagi melihat patient sembuh completely..
subhannalh.feeling yang tak bole digambarkan..

aku selalu percaya hidup ini pada memberi.Hidup ini untuk Allah dan orang ramai.
bukan untuk kita...
Berikan ak kekuatan itu ya allah..
insyallah dengan izin mu (:


Wednesday, January 2, 2013

jelajah mengenalMu



bismillah ar rahman ar rahim
seperti selalu dengan namamu ya allah aku mulakan

alhmadulillah segala puji pujian buatmu allah
semuanya untukmu dan hanya untukmu tiada duanya tiada gantinya.
alhmadullilah tahun 2012 telah tamat melabuhkn tirainya beberapa hari lalu

semestinya ini menjadi entry pertama aku untuk tahun ini
dan semestinya yang diketahui ,aku hanya menulis apabila aku rasakan aku ingin menulis,
aku perlu menulis dan sesuatu yang memberikn kesan pada diriku terutamanya
yang paling hampir dengan skrin ini
yang paling lincah sekali menaip bait2 perkataan ini
tetapi yang paling sekali mudah lupa..
kerana itu aku karangkan setiap pengalaman dan perasaan ini agar disaat aku lupa aku dapat memandang belakang dan berkata aku pernah rasa ini dahulu

alhamdulillah pengakhiran tahun baru aku dengan izinnya ditutup begitu indah sekali dengn perasaan yang bertambah cinta akanNya,yang benar2 menyedarkan aku dunia ini benar2 tiada nilainya,harta bnda,kekayaan,pangkat dan kejayaan sebenarnya adalah tak lain tak bukan hanya perhisan dan mainan dunia..sedangkan akhirat dan cinta allah itu adalah kejayaan yang sebenar..
wallahi di saat ini aku sangat merindui baumu ya rasullah
wallahi disaat ni aku amat merindui bumi itu ya allah..
izinkn aku kesana mencurah bakti untuk agamaku ya allah
untuk mu ya allah..

dengan izin allah percutian kali ini allah mengizinkn kami sekeluarga untuk melawat bumi anbiya'
demi allah dalam banyak2 negara yang aku pergi inilah yang terbaik dan dari perjalanan inilah aku paling banyak belajar..

seperti biasa aku suka perhatikan orang
melihat gelagat manusia dan merefleksi diri dan setiap itu juga aku selalu beranggapan "ya allah terima kaseh kerana aku bukan seperti mereka" dan yang sebenarnya syaitan dengan liciknya berjaya meletkkan ujub disitu..
tertunduk malu..
merasakan diri baik dari yang lain tanpa mengetahui berjuta lagi yang jauh lebih baik diluar sana,jauh lebih mulia disisi allah jauh lebih terkenal di penghuni langit..
astagfirullah..

berbeza dengan trip aku kali ni tiapa apa yang hendak dperhatikan
tiada apa yang hendak dirasakan lebih baik dari yang lain, tiada amalan yang hendak dibanggakan..

lebih banyak aku perhati ,lebih hina aku di pandangan allah,
lebih banyak aku bertafakkur lebih berat aku rasakn penangan al quran itu.lebih malu aku dengan Kata-KataMu ya allah.

kata kata ni adalah benar ya allah..


perjalanan hampir 14 hari kami itu, i've to admit was the longest trip i've ever had.diberi keizinan oleh Allah untuk menjelajah hampir 1 mesir.dari sebesar besar ibu kotanya kaherah hingga sepencil pencil kampung kami jelajah.
alhmdulillah terima kasih allah atas nikmat itu
dan semestinya aku amat berterima kasih kat adk lelakiku yang memberikn kami pengalaman ini yang i'm sure its not me the only one who feel this.semoga allah mudahkn urusan belajar mu ngah



jadi
post hari ni tak laen tak bukan untuk mengingati kembali setiap saat disana insyallah..
perhatikan walau jauh mana kita berlari,dimana tinggi kt duduk kt tetap berada bawah langit allah..kt tetap adalah hambanya..

panorama seluruh cairo..subhanllah indah

sangat kagum!terbayang keangkuhan firaun..


kata ikhwan kami punya tour guide "bumi mesir adalah bumi semua ada..yang inginkn dunia baik yang inginkan akhirat..jadi sebaik kamu melangkah meninggalkan bumi ini pilihlah yang mana ingin kamu miliki ad dunya aw akhirat"

kata-kata itu masih terngiang2 sampai sekarang dan aku harap disaat aku melangkah meninggalkan bumi anbiya' itu,bumi dimana terdapat banyaknya ruh ruh para anbiya' dan alim ulama' aku layak hendaknya merayu agar aku boleh untuk meminta allah agar disaat aku melangkah keluar,aku melangkah dengan akhirat didepanku bukan dunia matlamatku.

kami menjelajah dari kaherah atau cairo in english hampir ke setiap negeri di egpyt.
penat?
sangat penat,tapi it worth!
dari cairo kami melalui suez n port said ke mount sinai ,dari sana patah kembali melalui dahab,sharm el sheikh,ke cairo melalui nile river ke luxor,aswan dan akhrinya ke tempat yang aku teringin pergi iaitu universiti mansuro sebelum berpatah balk ke cairo dan terbang ke msia.

Aku pernah tertanya tanya ap yang aku buat sekarang ni.
menjadi suri rumah dan menjadi seperti ibuku adalah cita cita utamaku, jadi ap yang aku buat dalam medicine ni?
aku juga pernah bertanya,bahasa arab adalah cita cita ku jadi kenapa aku disini?kenapa bukan di universiti mansura?
melihat adik ku petah bercakap arab membuatkn aku tmpang gembira.sangat gembira walau jauh disudut aku amat inginkn itu ya allah.hanya kau yang tahu.tetap gembira paling kurang mempunyai darah daging yang paham berbahasa syurga..tahniah ngah.tak nak cakp bnda ni but im proud of u.^^,

apa taqdir aku ya allah..
hanya menunggu dari Mu ya Wali
insyallaah.. aku pasti aturan mu adalah yang terbaik..=)
akhrnya menjejakkan kaki ke sini=)

semoga adek2 yang len dapat menuntut di bumi anbiya' ni insyallah..per
kenanankan ya allah
=)
kami juga berkesempatan melawat makam iman shafie,solat disana dan menziarah banyak sangat masjid.
bnda yang aku tumpang gmbira untuk ayah ku kerana solat di masjid di seluruh dunia sentiasa mnjadi cita-citanya.
katanya setiap masjid mempuyai barakah pastikn jangan lepaskn jemaah dan sentiasalah cintakn masjid..
pesan berulang ulang kali ayah=)

kami dapat solat di masjid dimana imam jibril yang sangat aku kagumi bacaan nya solat ,di masjid al azhar dan yang len.
insyallah di kesempatan laen akan aku karangkan kenangan itu insyallah.
insyallah jika umur ku panjang izinkn aku kesana lagi ya allah bersujud padamu..

dalam perjalanan ke sinai,gunung nabi musa bertemu allah
aku terbelek kata2 dari allah dalam surah al qasas ayat 60

"dan apa saja(kekayaan,jabatan dan keturunan) yang diberikan kepada kamu maka itu adalah kesenangan hidup duniyawi dan perhiasannya,sedang apa yang disisi allah adalah lebih baik dan lebih kekal.tidakkah kamu mengerti?"

Aku hampir menangis membaca ayat ini.
menyedarkan aku terhadap segala nikmat2 yang allah berikan untuk kami sekeluarga.
pangkat ,kekayaan dan keturunan yang akan dpersoalkn satu hari nanti.
nikmat2 yang diberi adakah melalaikan atau mendekatkan diri kepada allah..
sesuatu yang perlu di pikirkan..

disana,tiada satupun nikmat dunia yang aku rasa..di semenanjung rafah kanak-kanak disana merayu rayu diberi makanan,comot dan compang camping keadaanya..
allah..mengingatkn kami terhadap semua maknan lazat lazat yang kami bazirkan..
hinanya kami ya allah..

nafsu tak pernah mengenal erti puas.
tiada perkataan cukup dan berhenti..
satu yang aku belajar disana.
balik ke malaysia,aku tidur begitu selesa sedang anak ank disana hanya tidur beralaskan pasir berselimutkn baju..
siapa aku untuk mendapat layanan seindah ini?
siapa aku...)'=


mungkin ramai yang memasang azam tahun baru untuk mendapatkn itu untuk mendapatkan ini..
meminta dan meminta tanpa menoleh apa yang telah allah berikan
andai kamu kesana sahabat kamu pasti menititiskan air mata,siapa kita untuk mendapat lebih dari mereka?
siapa kta untuk meminta dan meminta segala macam nikmat dunia sedangkan yang len ramai yang menderita..allah rasa terduduk..
benar kata-kata mu ya allah.."..hanya perhiasan dunia.."
izinkan aku berkhdmat dan mati disana.
izinkan ya allah..
izinkan..
amen...






Sunday, December 9, 2012

sujudlah!


bismillah dengan nama allah
dengan nama mu yang menjaga masa

mencuri masa sekejap sambil memerhatikan hamba2 yang beruntung bersujud padamu
semoga sentiasa menjadi hamba dan kekasihmu yang terpilih ameen

Perbualan ayah dan anak

Along:bah doakan along da nak exam
Babah:insyallah along,usaha yang terbaek serahkan semuanya kat allah lps tu

Along:angguk2 sambil pandang lutut ayah

Babah:nak examine babah ke?

Along:sambil pegang n belek2 nth paper cakap,
“nak tapi along xtau no..huhu”

Susah sgt nak examine last2 amek myk just urut ja kaki ayah,xjadi nak examine

Babah:babah nak tanya ,agk2 along kenapa allah jadi lutut manusia bole bengkok ke depan(medical:bole flex the knee),lutut ayam flex kedalam instead?

Along:oo ayam ad lutut ekh?
Babah:habeh macamna dia duduk?

*sila refer gambo ayam duduk kalu xley imagine

Along:oh aah la.xtau
Babah:allah jadi lutut manusia bole flex supaya manusia bole bersujud..(ayah cakap sambil tersenyum)
subhanallh..


p/s:tinggi manapon medical aleh2 kepada allah juga tujuannya
semoga  maken tinggi ilmu ku semakin meningkat rasa cintaku pada mu ya allah

Wednesday, November 14, 2012

banyaknya makan!puasa jom!


Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: bersabda ;

ليس الصيام من الأكل والشراب ، وإنما الصيام من اللغو والرفث ، فإن سابَّـك أحد أو جَهِل عليك فقل : إني صائم
"Bukanlah puasa dari makan dan minum, namum puasa adalah [menahan diri] dari bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan : sesungguh aku sedang berpuasa" (Hadith Sahih Ibnu Khuzaimah )
shahira: =)

alhamdulillah segala puji bagi allah tuhan sekalian alam
yang menjadikan langit dan bumi dan setiap terbentangnya alam ini
subhanallah pagi ini sungguh cerah seolah olah turut sama bergembira menyambut
kedatangan tahun baru hijrah kali ini 
seolah olah Allah telah memberikan keampuanannya bagi semua makhluqnya seperti mana yang tertulis dalam dalam akhir tahun.
ya allah semoga aku antara mereka yang terpilih

erm seperti biasa sudah 2 kali budak2 orthopeadics meraikan cuti mereka di uia,
dan disaat ini aku sangat merindui kek apam pisang mak aku.
sangat merindui mak,ayah,adek2 poor bear dan kaka bear.
walau jauh ya allah mereka, aku titipkan mereka semua di bawah penjagaaan Mu ya Allah.
sesungguhnya kau adalah sebaik2 penjaga

hari itu setelah lama tak berbulatan gembira allah mengizinkan kami semua untuk berkumpul beramai ramai sekali lagi
ya allah indah sangat pertemuan itu,indah sekali pabila kami beramai ramai berkumpul beramai2 yang telah kau tautkan hati kami2 bersama dalam satu majlis utuk mengingati Mu ya allah.
semoga ini menjadi salah satu antara cara aku mempamerkn cintaku pada mu ya allah

topic hari itu sekadar santai santai.
tiada topik berat yang dibincangkan sekadar membuat revisi hati dan ibadat masing masing.
membuka kepada topik puasa

perbincangan dibuka dengan keistimewaan puasa sunat isnin kames.
ya puasa isnin kames
di uia yang aku sayang ni amalan ni  rata2 bagi  kebanyakkan dari kami tidak asing lagi.
seperti aku pernah katakan dahulu,uia ni adalah tempat untuk beribadat yang sesangat condusive,seolah olah memberi aku peluang mempersiapkn diri selama 5 tahun bukan sebagai doktor sahaja tapi sebagai muslim yang sebenar,agar cita cita utama,agar jalan kearah mukmin itu dapat ku capai insyallah.
erk maseh terkapai kapai actually

jadi hari ni nak share ap sebenarnya keistimewaan puasa isnin khamis ni

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)

subhannallah..
di bentangkan amalan dalam keadaan kita berpuasa?
bayangkan disaat malaikat membawa amalan kt untuk dpersembahkn kepada allah, malaikat berkata"ya allah hamba mu ini di saat ni sedang berpuasa  pada mu ya allah"
subhannallah betapa mulia hambanya itu.

dan kt semua pon acknowledge yang puasa ini sangat bernilai sehingga pahala untuk puasa ini hanya rahsia allah dan hambanya
yakni hanya Dia yang tahu ganjaran apa yang hendak diberikan kepada hambanya yang berpuasa
dan of kos sekiranya mereka yang berpuasa ni benar2 berpuasa,iaitu bukan sekadar berpuasa perut sahaja tetapi anggota yang len pon turut berpuasa alangkah indahnya

aku berazam selepas itu untuk meningkatkan quality puasa aku agar setiap kali amalan aku dpersembahkn depan allah i want it to be the best!insyallah=)

seperti tercatat dalam hadis satu "innama a'malu binniat" setiap amalan bergntung pada niat
aku dahulu penah juga terpikir "banyaknya makan hari ni nak puasa la besok"
erk nampak sungguh jahil aku disitu..
insyallah sekarang perbetulkan niat..
jika kita niat nak kurus ,kurusla kita dapat(itupon klu dapat control tyme buka pose=P) tapi jika kita niat kerana allah,kerana ingn persembahkn amalan sebaekny dalam keadaan puasa ,kerana yakin dengan taqwa yang allah janjikn, itu yang kita dapat insyallah=)

sesama perbetulkan niat kerana apa nak puasa
tak sabar nak persembahkan amalan kat kekasih dalam keadaan berpusa (mata bersinar sinar=))
kearah meningkat quality puasa insyallah! (AJA!)

Sunday, October 28, 2012

antara keinginian dan tanggungjawab

bismillah dengan nama allah yang pemurah lagi mengasihani
 


 tit..bunyi meseg
"syiro!kena cover wad skang grupmate len xde"

aku: aiyak baru drive balik klang,tak dan pon masok bilik lagi kot..da le baru balek uma,sedih tinggal mak ayah tak habeh agi..

aku dalam ati : apekal je ni fardhu kifayah..kalau tak i would prefer staying at home dengan mama babah dan adek-adek..ya allah sahaja aku buat pekerjaan ini kerana Mu..demi agamaMu dan demi saudara2 seislamku.saudara muslimatku terutamnya

p/s:ingatkan aku disaat terlupa.