Monday, March 28, 2011


Dengan nama allah yang memegang hati2 sekalian hambanya

Hari tu Dapat pesanan ringkas dari seorang sahabat baek yang mengalami masalah cinta dengan buah hatinya.perkara yang sama asek berulang dan aku sebagai kawan cuba sebaikny untuk tidak bepura;menenangkannya seolah2 ape yang dia buat adelah benar,cuba sebolehnya ntk memberikan buah pikiran terbaek paling kurang pon mendengar ape yang dsampaikan kepada aku.

Aku ingin bertanya apa itu cinta.

Ye sememangnya ruang perbicaraan aku agak cliché dimana seringkali aku membuka pembincangan aku dengn pertanyaan.barangkali siapa yang mengenali aku mgkn lebih  tau sikap buruk aku yang asek bertanya(maap pbl mate)..so kembali ke topic asal tadi..ape itu cinta?
Aku pernah membicarakan hal ini sebelumnya ,dimana sahabat yang sama juga mnjadi pencetus kepada tetulisnya entry bertajok cinta ini,tapi mungkin sekarang ingin aku bicarakan hal ini dari aspek yang berlainan.

Jadi apekah itu cinta?

Klu orang tya ape itu cinta serius aku mntak maap sampai sekarang aku tak dapat nak jawab ape.jadi terlebih dahulu aku tegaskan bahawa penulisan ini adelah dari perspective aku tentang ape yang aku rasa terhadap cinta itu.secara trus trang aku katakan aku bukanlah orang yang sesuai untuk membicarakan hal ini kerana aku sendiri belum lagi mengalami perasaan indah yang seringkali di agung2 kan ni.

Kerana cinta allah jadikan alam dan dunia ini..
betol?
Kerana besarnya cinta allah kat rasullah allah jadikan dunia dan alam ini
“kerana Engkau Muhammad aku menciptakan alam dan dunia ini”

Statement yang aku sgt kagum bile dengar.
byangkan betapa agungnya perasaan cinta itu sampai begitu skali  nilainya

Kalu kte tengok lirik lagu, tengok betapa besarnya cinta tu.kan kan?
Klu adelah agaknya gaya bahasa baru, nak je aku perkenalkan perkatan super hyperbola esp bila nak kaitkan ape tu cinta.

Cinta ni bagi aku(yang aku rasa la )ayat len dia suka..ye kot..
perasaan yang agaknya kte ni suka kat seseorang.suka yang betol2 suka.suka kat orang tu sampai kte mnjadi sangat caring,sangt dpertanggjawabkan keatas orang tu.pendek kata klu tak nmpak orang yang kte suka kat depan mata,slagimana tak nmpak dia da makn ke tak dll kte  tak senang dudok..betol kE?

Itu pendapat aku

Bagus..=)tu jugak aku rasa kat mak ayah aku dan adek2 aku terutamanya..

Aku pesan kat sahabat aku
Kalu kerana dia solat kte jadi tak tenang, percayalah sahabat..ade baeknya kte tinggalkan dulu..
Aku pesan kat dia lagi
Klau kerana dia kte mnjadi tak focus mungkin blum tiba masanya lagi..
Klau kerana dia kte mnjadi serabot,tentu kan lebih bek kte sendiri sahabat?..
Klu kerana dia kte bole menangis ,aku Tanya sahabat aku,ade tak kte penah menangis tyme solat?

Dan aku pernah berkata“klu krn kt ,solt awk jadi tak tenang gtaw,kt janji takkan kacau awak lagi”

Bagi aku,bile aku da suka seseorang tu aku letakkn perasaan itu tinggi skali.aku letakkan dia dtmpat tinggi yang mana tak kan mungkin aku kotorkan seboleh bolehnya dengn bnda2 yang akn mnjatuhkn nilai perasan itu.ape contoh2 yang akan mnjatuhkan nilai tu?rasanya bole pikir sendiri
sama gak macamn perasaan sayang aku kat keluarga aku, mak ayah dan adek2 aku.

Bagi aku ,
bila adenya perasaan cinta ni,aku tak perlu mnjadi serabut,dan sepatotnya aku akn menjadi lebih tenang
bagi aku,bila aku suka seseorang seharusnya dia akan mendorong aku ntk lbh mengenal allah,seharusnya dia membuatkn aku malu kepada diri sendr terhadap btpa maseh jaunhya amaln aku

bagi aku,klu aku suka kan seseorang, tak kan mungkin aku mahu, krana aku dia jauh kepada allah.
kerana bagi aku ,kalu aku sukakan seseorang, aku mahukn allah beri yang terbaek untuknya
dan sebolehnya aku tak mahu menjadi penghalang hubungan nya dengan yang lebh hak menerima cinta nya iaitu allah..

Bagi aku lagi, bila aku suka seseorang itu,bukan bermakna aku akan mnjadi buta.menjadi buta dengan menghalalkan semua bnda.. dan sememangnya aku sangt tak bersetuju kepada kata2 cinta itu buta.
Cinta itu tidak buta tapi butanya adelah pemilik cinta itu.. bagaimna dia kendalikan cintanya.adekah mirip si buta atau lebih pintar dari si celik

Aku teringt kata2 hilal asyraf
“cinta bukan mengajar kte lemah tetapi membangkitkan dengan kekuatan,
cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan,
cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangt”

Nmpak disitu?agungnya cinta.

Tetapi apekah realiti sekarang?

Aku lihat kerana cinta kte mnjadi lemah
Kerana cinta sahabat aku menangis..(satu perasaan yang sangt sakit melihat orang yang kte sayang menangis dan kte tak dapat membantu ape ape)
Aku lihat lagi..
kerana cinta manusia menghinakan diri..
Aku lihat bahana cinta itu,aku lihat bahana bebasnya pergaulan, aku lihat kerana terlalunya sayangnya itu sehinggakan kte menghinakan diri kte..
Bukankah  Allah itu melihat..
Tidak cukupkah bukti anak2 luar nikah diluar,tidak cukupkan bukti adek2 yang ku lihat di rumah perlindungan hari itu?
Itu adelah semuanya yang berlaku apabila kte mnjadi terlalu cinta sehingga kte lupa kepada siapa cinta itu sepatotnya kte beri.

“saya buat bnda ni sebab saya terlalu sayang kat pakwa saya..jadi saya bg segalanya” nak ja aku cakap mana kawarasan perempuan itu..tapi mgkn betollah kerana perempuan itu sangat setia so dia devote kan jiwa dan raganya kat orang yang dia sayang.(bole ke kata gitu?)

Bila aku tya adek2 yang mengandung hari tu,dia kata 

“saya wat ni sebab saya suka dia,suka dia sangat”hhehe(muka smbil senyum2 adek kecil tu jawab)

Ya allah..peritkan cinta itu?
Bagi adek2 kecik yang berumur belasan tahun tu,mane la agaknya mereka tau suka tu ape..erti laen manalah agaknya dia tau cinta itu sebenarnya ape..
Kasihan mereka..kasihan adek2 itu

Aku lihat lagi..kerana cinta kte menjadi lemah semangat..
Kerana cinta kta mandi tak basah,makan tak kenyang dan macam2  aktviti normal tergendala
Bukankah sepatotbya cinta itu mnjadikan kte kuat?
Bukankah kerana cinta itu kte sanggup berkorban?
Bukankah kerana cinta orang mukmin sanggup bersyahid demi allah rasul dan agama
Kat mana cinta kte?

Teringat kata2 syed qutub
Ya Allah,

Jika aku jatuh Cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada–Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai–Mu

Ya Muhaimin, 
Jika aku jatuh Cinta
Jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada–Mu

Ya Allah, 
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada–Mu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu

Ya Rabbana, 
Jika aku jatuh Hati
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati–Mu

Ya Rabbul Izzati, 
Jika aku Rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan–Mu
Dan jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga–Mu

Ya Allah, Jika aku menikmati cinta kekasih–Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhir–Mu

Ya Allah, 
Jika aku jatuh hati pada kekasih–Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia pada–Mu

Ya Allah, 
Jika kau halalkan aku merindui kekasih–Mu
Jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada–Mu

Ya norma sekarang kte merasa seronok apabila ade seseorang yang mengasihi..tambah pulak seolah2 sudah mnjadi trend untuk berpasang pasangan(da tak de istilah lone ranger da skang hehe)dan aku tak nafikan persekitaran memainkan peranan penting.
Mungkin di sini(uia)sememangnya adelah benar2 secure zone..the safest zone i would say dimana persekitaran agak kurang membina ntk bnda gni..tapi satu ja pesan ku sahabat, tak salah untuk mnjadi ganjil di tempat mu..tak salah..
Selalu2 la sahabat kte renung kembali macamna cinta dalam islam itu..
Kembali kte renungkan macmna cintanya sahabat kepada rasullah..
Kte katakan kte sayang rasullah..kte katekan kte cintakan rasullah..orang yang paling sayngkn kte lebih besar sayangny dari sayangnya ibu kepada anaknya
Tapi mana buktinya?
Aku sendiri maseh tergagap2 nak membiacarakn susur galur manusia agung itu.

Kte berikn alasan demi alasan..kte katakan bukankah cinta itu fitrah?
Ya cinta itu fitrah..rasa nak disukai dan menyukai itu fitrah..tapi lupakah kau kepada kisah rabiah?
Dan rabiah itu juga adelah seorang wanita..

aku tak suka kat orang?
mustahil klu aku katakan tidak,
aku sayang kawan2 aku. semuanya.baek lelaki baek perempuan..
lebih2 lagi yang sudah aku anggap sebagai kawan baek ku,lebih2 lagi yang mjadi ahli grup aku,lbh2 lagi mereka yang slalu aku kacau ,yang slalu aku sakat..tapi aku malu nak meletakkan sayangya aku terhadap mereka2 yang aku sayang ini melebihi sayang aku terhadap mak ayah dan adek2 ku..
dan aku malu kepada rabiah melihatkan cintanya kepada allah

dan pesanku sahabat bertawakallah sahabat..sesungguhya kepada allah la jua sebaik2 penyerahan

dan igatlah pesan ku..
"cukupla allah bagiku"
cukupla Allah..



1 comment:

Unknown said...

shahira. post ni sgt menarik. alhamdulillah, hinggakan fida sndiri tersentuh ngan kata2 itu. biarlah cinta setulus itu dapat kutemui dgn kemanisan iman. semoga segala nikmat yg Allah berikan selama ni dpt menambahkan lagi ketaqwaan kita pada Allah. buat shbt disana, inshaAllah smg nanti dia mengerti apa sbenarnya cinta manusia yg dicari, bukanlah nafsu & populariti yg mahu dinikmati. smg dia dpt kembali merasai semula cinta hakiki yg Allah janjikan. sama2 kita doakan ye ^-^