Tuesday, May 10, 2011

IRADAT.TAWAKAL.

bismillahi tawakkaltu ala allah
dengan nama allah yang Maha agung dan padanya aku berserah segala.

"jika kamu bertawakal kepada Allah dengn benar2 tawakal, tentu Dia akan memberikanmu rezki sebagaimana Dia memberikan rezki kepada burung yang di waktu paginya lapar tapi  kenyang pada petang harinya"
-Rasullah SAW-


aku teringat dahulu semasa aku berada di tahun satu perubatan,sesi bertemu bual dan beramah mesra dengan senior medic 5th year,apabila ditanya pengalaman sebagai medic student ,mereka menjawab "mdic ni semuanya tawakal kepada Allah"
tawakal.
perkataan yang slalu kt guna.yang slalu aku guna apabila aku berada kat jalan buntu.
jalan yang aku tak tahu nak hala mana,di saat tu aku akan rasa betapa perlunya aku kepada allah.
dan setiap kali aku berserah kepadaNya disitu pasti ade jalan keluar

"dan siapa yang bertawqa kepada allah,allah akan menjadikannya jalan keluar..dan allah akan memberikanny rezki dari sesuatu yang dia tak pernah duga..-1000 dinar"
hebatkan tawakkal itu?

lately ni aku semakin belajar ape itu ertinya iradat allah
iradat.
kehendak.

kehendak aku..dengan penuh cita2nya berniat untuk stay up selama mana yang mungkin sebab aku tau banyak lagi yang perlu aku cover.
tapi iradat allah melebihi iradat aku.
setiap hari aku bgn dengan perasaan yang sedih kerana tak dapat stay up,dan sepatutny aku patut lebih sedih sekiranya aku tinggal tahajud malam aku.
dan ketika ini aku terpikir berhak kah aku meminta jalan keluar kepada allah apabila dengan terang terangnya aku lebih sedih meninggalkan study aku dari solat malam aku?

dan aku terserempak dengan kata2 dalam buku karangn Imam al ghazali 

"janganlah rezki yang telah ditanggungkan untuk mu itu melengahkanmu dari perkara yang diwajibkan ke atasmu sehingga kau melupakan urusan akhiratmu.Kau tidak mendapatkan harta melainkan apa yang telah allah tuliskn atasmu"


sesama kta mengkoreksi diri dan sesungguhnya aku amat takut dalam2 mengejar urusan dunia urusan akhirat aku semakin jauh kebelakang

dan sesungguhnya 
"jika kau merelakan Allah sebagai wakil,Allah akan menemukan jalan kepada setiap kebaikan"
dan ya allah sudilah kau menjadi wakilku ya allah walaupn maseh kurang usaha ku ini
amen

3 comments:

'Eid Benyusof said...

iradat manusia dan iradat Allah kena seiring...(tokku ibrahim,2011)

kak ain said...

shahira.......

Unknown said...

tq sueid..byk kot dapat tokku tu kata.bnd yg xterpk.
kak ani:i thought u wre kiddin ^^