Monday, June 27, 2011

berikan aku masa..

bismillahirrahmanirrahim..
dengan namamu Ya allah..
dengan zatmu Ya allah..berikan aku petunjukmu..

aku pernah bercita cita untuk selamatkan umat.cita2 yang aku tanam setelah melihat kesakitan umat ini..
Aku pernah bercita2 mahu meninggikan martabat islam itu..
Apabila aku lihat betapa rendahnya manusia meletakkan martabat islam itu..
Aku pernah bercita cita untuk membantu insan itu..apabila aku lihat dia lemas dalam dunianya..
Aku pernah bercita cita untuk berdakwah kerana islam apabila aku lihat maseh ramai dsana yang memerlukanny
Kerana ape?
Kerana aku tahu ape rasanya memerlukan hidayah tapi tiada yang menghulur...
........................................................
Aku pernah menitiskan air mata apabila ku lihat betapa kejamnya manusia dluar sana melakukan kemungkaran tapi betapa luasnya rahmat allah itu..
Aku pernah berjanji akan membntu mereka mengharunginy kerana aku tahu mungkin mereka melakukannya kerana mereka tak tahu itu salah..
Aku pernah menitiskan air mata tatkala aku melihat orang2 tua tanpa didikn islam..
Dalam keadaan uzur..
Dalam keadaan serba kekurangan ..
Bagaimana mereka akan hadapi sakarat ini..
Bagaimana mereka akan hadapi mu ya allah..
Bagaimana mereka nak melangsaikn janji yang pernah mereka buat dahulu..
Aku berdoa kepada Allah hari itu semoga dengan kepayahan yang mereka alami sekarang ini menjadi kafarah kepada segala kesalahan mereka dahulu..
Sesungguhnya ,mereka bukanlah senang didunia ini ya allah dan harapanku agar mereka senang di akhirat nanti
Itu yang aku harapkan...
Kerna apa?
Kerana aku tahu ape rasanya tidak mempunyai ape ape...
........................................................
Aku pernah terkaku melihat air mata mereka..
Aku pernah terdetik ya allah...,andai aku dtmpatnya adekah aku maseh akan mengingatimu..

Dan aku melihat mereka menangis apabila aku bercerita tentang maut..
Dan  aku melihat atuk2 itu menitiskan air mata saat aku mengisahkn tentang rasullah..
Perjuangn rasullah..
Kesusahan baginda dalam menegakkan islam
Mereka menangis..
Mereka mengerti..
Dan waktu itu aku pasti andai mereka dberikan kesempatan mereka pasti akn berubah..
Andai mereka tahu..mereka pasti berubah..
Dan aku lagi skali berjanji pada dri untuk membntu mereka sedayanya..
Kerana apa?
Kerana aku tau ape rasanya igin berubah tapi tiada yang membantu...
.................................................
Ya allah..aku tertunduk malu ya allah kali ini..
Beratnya ya allah..
Sungguh..
Aku pernah berkata “ya allah benarkan aku membantu mereka”
Aku pernah berkata “izinkan ya allah aku menghulurkn tangan..”

Ya allah..tatkala mereka datang meminta bantuan aku menjadi ragu...
Tatkala mereka datang meminta bimbingan aku menjadi marah..
Aku menjadi pendengar yang paling sombong..
Pendengar yang lupa bahwa pendengar ini pernah berjanji untuk membntu mereka ..
Ya allah...
Ya allah..
Adekah aku yang bersalah..
Kau memberi ku peluang tapi aku merasa ragu..
Aku tidak memandang mereka..
Aku menolak mereka sejauh jauhnya..
Aku mencari seribu satu alasan untuk menolak mereka..
Bermacam alasan...

Aku cuba mencari kekuatan dari kata kata mu ya allah..
Aku membelek naskhkahmu..
Aku hayati kisah perjuangn kekasihmu..rasullah..
Kisah yunus..
Dan aku telah tewas...
Dan aku tahu rupanya aku tidak mampu..
.....................................
Aku pernah kecewa
Aku pernah hampa dengan diri..
Marah dengan diri kerana tidak kuat
Aku pernah kasihan melihat adek2 yang dalam kesusahan
Kasihan melihat mereka yang hanyut dalam perjalanan hidup mereka..
Kasihan melihat masa depan mereka
Kerana aku tahu ape rasa benar2 menyesal dan ingin berubah
Kerana aku tahu betapa saketnya perubahan itu...
.....................................
Mana silapnya..mana kurangya ya allah..maapkan aku..
Aku sedang berusaha ya allah..
Berikan aku kekuatan..
Adekah mungkin benar kata2 mereka yang sememangnya mereka tidak boleh berubah?
Yang semua orang diberikn 2 pilihan dalam hidup dan mereka telah dtakdirkan untuk memilih jalan ini?
Jalan yang salah yang mereka sedang lalui ini?
Sesungguhny ya allah..susah ya allah kehidupan mereka
Andai kata mereka menerima tarbiah ini banyak yang mereka perlu tempuhi untuk berubah..
Banyak keperitan yang perlu mereka tempuhi
Keperitan yang aku sendiri tidak pasti dapat melakukannya dengan baik..
Andai aku berada tempat mereka.
...........................................
Ya allah..
Kehidupan mereka penuh dugaan ya allah..
Mereka melalui jalan kehidupan yang sama dengan aku
Tetapi jalan mereka penuh duri ya allah..penuh persimpangan
Yang memerlukan mereka untuk berfikir sebetulny sebelum mengambil langkah seterusnya..
Dan malangnya itu bukannya mudah...
Dan aku tahu itu bukannya mudah..
Kerna aku tahu ape rasanya terumbang ambing tanpa panduan..
Kerna aku tahu ape rasanya belayar di lautan luas tanpa kemudinya..
................................................
Ya allah berikan aku petunjukmu..
Hulurkanku bantuanmu..bantulah aku ya allah..
Apa yang patot aku lakukan..
Aku merasa marah dengan apa yang mereka lakukan sehingga aku terlupa kata2 al ghazali..
Aku merasa marah sehingga aku lari meninggalkan mereka
Sedangkn mereka masih lagi terkapai..
Sedangkan aku dahulu pernah terkapai kapai...
Mencari tarbiah..kepada siapa pengabdian ini..
Tegarnya aku melakukan ini..
Tegarnya aku melakukan ini sedangkan aku pernah merasakan semuanya..
Mencari siapa diri aku..
Keliru dalam mencari identity sendiri..
Mencari siapa itu Tuhan..
Mengenal apa itu Makrifat...
Mengetahui ape tujuan hidup..
Mengetahui ape yang ingin aku kejar...
Dan benar..
aku melihat diri aku yang dahulu dalam setiap mereka ini ya allah.........
......................................................
Astaghfirullah..
Altaghfirullahal azim
Berikan aku masa untuk berfikir...

No comments: