bismillahirrahmirrahim
dengan nama Allah semoga perlindunganNya sentiasa bersama dengan pihak yang benar
Belum surut isu perhimpunan BERSIH yang bakal diadakan yang rata ratanya bagi aku berjaya menggempurkan banyak pihak di Malaysia,rakyat pula bakal disajikan dengan satu perhimpunan yang tak kurang "bersihnya" bagi aku.
lihat sini
konsert GIGS di i-city klang.
tarikh yang sama dianjurkan dengan perhimpunan bersih yang bakal diadakan.Yang menyedihkan aku sebagai rakyat merangkap pemuda belia negara ini,merangkap penduduk klang adalah rata rata mereka ini menyifatkan perhimpuanan "konsert" ini sebagai satu pembaharuan dan langkah kreatifnya belia-belia sekarang merangkap peneraju negara.satu perubahan yang dapat mengegarkan tanah air
oh tidak.
aku tertawa sinis melihatkan senario ini dan aku terpikir adakah para belia negara kt hanya setakat ini sahaja kemampuan mereka?
kemampuan yang dapat mengegarkan tanah air melalui muzik?melalui getaran2 gitar,pergaulan bebas yang tidak terkawal,melalui hiburan yang melampau lampau dan melalui budaya hedonisme?Adakah itu sahaja kemampuan belia tanah air kita?Itu adalah satu hinaan pada aku sememangnya.
BERSIH
apabila ura-ura utuk mengadakan perhimpunan bersih diadakan ,banyak pihak yang tidak senang duduk.Masing-masing memikirkan keuntungan pihak sendiri tanpa benar-benar memikirkan nasib bangsa.Apabila belia mulai untuk bersuara banyaklah akta dikeluarkan sehingga pakaian dijadikan isu.
Sungguh tidak matang.Dan aku selaku belia berasa dimanakah kebenaran slogan "belia sebagai peneraju bangsa"itu?
Belia
Aku menyokong aim utama konsert gig di i-city yang kononnya ingin menjadi platform kepada para remaja untuk mengekspresskan pesanan positif kepada orang awam di luar sana.Tapi persoalannya sekarang berapa ramaikah artis yang berpikiran sebegitu?ingin menjadikan nyanyian sebagai medium menyampaikan pesanan?
Sekali lagi aku tertawa sinis.
jawapannya?anda pikirkan sendiri.
Jadi dalam isu ini aku terpaksa katakan aku lebih berbangga dengan Lady gaga,paling tidak pon dia mempunyai agenda tersendiri dalam setiap seni musiknya.Iye tidak?Paling tidak pon dia mempunyai aim dan target tersendiri dalam setiap bait-bait nyanyian dan gerak tarinya.At least dia tahu apa yang ingin dia perjuangkan(walau pada hakikatnya apa yang dia perjuangkan itu salah)
Tidak sesekali aku memandang rendah terhadap golongan belia di negara ini,tapi aku tidak juga meletakkkan harapan yang tinggi terhadap golongan belia negara ini untuk menjadi seperti belia di Mesir dahulu.
Kebangkitan belia yang berjaya menggoncangkan satu pemerintahan;kerana jauh di sudut hati aku aku berasa itu agak mustahil,bahkan sejarah turut membuktikannya.
Aku pernah ke indonesia beberapa kali,dan hasrat aku cuma belia negara ini mencontohi semangat belia disana.Apabila menyebut tentang indonesia rata rata kita akan hanya memandang indonesia sebagai satu negara yang mundur.Aku dulupon begitu tetapi percayalah negara mundur itu lah bagi aku yang mempunyai semangat waja dan jati diri yang amat kuat.Lihatkan saja ekonominya,lihatkan saja belianya.lihatkan sejarahnya menentang Belanda dahulu.Andai sahaja tanah melayu(maap tiada lagi istilah Tanah melayu sekarang ini) di tempat indonesia dahulu anda pikir apa yang akan dilakukan?
sudah tentunya another perjanjian akan diadakan,another perjanjian yang terpaksa dihafal oleh student student malaysia,another perjanjian yang akan dijawab oleh SPM candidate(andai keluar exam soklan ini =p)
Yang menyedihkannya,ramai yang menyifatkan ini sebagai langkah yang bijak dalam meyelesaikan suatu pertelingkahan.
Malangnya tidak bagi aku.Ape gunanya selesai masalah tetapi maruah bangsa digadaikan.Ape gunanya keamanan kalau kita terpaksa mengalah.Kerana itu aku amat banggakan Indonesia dalam hal ini.
Lihat sahaja kelantangan Indonesia dalam penetangnya terhadap Israel dahulu.lihat sahaja kelantangannya menentang penghinaan terhadap karikatur Rasullah suatu ketika dahulu.Jadi dimanakah Malaysia?Adakah rakyat Malaysia terlalu berbudi bahasa sehinggakan ketegasan yang kita perlu tunjukkan dalam mempertahankan sesetengah perkara tidak tunjukkan?atau sememangnya negara kita lebih suka berpeluk tubuh dan mendiamkan diri?
maka anda pikirkan dimanakah Malaysia
Melayu bakal berpecah
aku ke taman rakyat dengan seorang sahabat tempoh hari.Dia berkata pak longnya ada menyebut
"melayu bakal berpecah"
Ya,aku juga merasakan sedemikian.Isu politik amatlah suatu yang janggal bagi aku sememangnya, tetapi melihatkan sekarang nasib bangsa yang mulai retak,dan apabila nasib bangsa mulai jadi perhitungan dan yang paling sedihnya apabila belia itu sendiri tidak menyedari akan perkara ini dan sibuk leka dengan hiburan yang melampau dan dunia mereka sendiri,aku berasa aku perlu berbuat sesuatu .
Tiada niat aku untuk membangkitkan isu bangsa disini,masakan bole apabila Najib sudah merasmikan kita semua sebagai satu bangsa ; bangsa Malaysia.Aku menunggu-nunggu saat dikuat kuasakan penukaran bangsa di setiap ic rakyat malaysia agar impian Najib ini dapat di realisasikan.
"bangsa : malaysia " tiada lagi bangsa melayu,bangsa india cina dan lain lainnya.
anda pasti ini bole?
yang pastinya bagi aku cita-cita untuk melenyapkan bangsa melayu ini tiada mustahilnya.Sadis ya disitu.
Perpecahan parti politik particularly bangsa melayu ini sememangnya satu tindakan yang salah.Setiap parti sepatutnya bersatu untuk memperjuangkan mission yang sama.Berlakunya perpecahannya adalah apabila masing masing ingin memegang kuasa,jadi nasib bangsa (particularly the poor malay) ini di ketepikan.
Andai sahaja kita sedar tidak kisahlah party mana yang memegang tampuk pemerintahan, bangsa lain tetap mendapat keuntungannya.
jadi apa gunanya melayu berpecah lagi.nanti tidak mustahil yang dikejar tak kesampaian yang dikendong berciciran.
Dari mencari kesalahan sesebuah pihak alangkah bagusnya kita berganding dibawah satu aim dan mission yang sama.dan seharusnya kita menjadikan party-party bangsa lain ini sebagai contoh,regardless apa yang mereka lakukan,regardless di bawah siapa mereka berada, kelebihan dan keuntungan bangsa mereka tetap menjadi keutamaan.Bukankah itu lebih baik?
Jika mereka semua boleh bersatu hanya kerana mempunyai bangsa yang sama, bukahkah kita juga mampu bersatu di bawah naungan Islam yang lebih kuat?bukahkan ukhwah islamiah itu sudah cukup untuk menjadi satu alasan yang kuat untuk kita semua bersatu?malangnya tidak.
nak diluah mati mak nak ditelan mati bapa
Ramai yang aku perhatikan mengambil langkah berdiam diri sahaja.Kata mereka "nak diluah mati mak nak ditelan mati bapa" jadi langkah yang paling selamat adalah tidak melibatkan diri dan berdiam diri.
Kenyataan Dato' Syarifah Aini apabila ditanya tentang isu BERSIH ini sekali lagi berjaya membuatkan aku tertawa sinis.
"Saya cintakan negara saya, saya cintakan kedamaian"
Percayalah, bagi aku itu cuma kata kata dari seorang yang tidak mahu mengambil tahu.Mengambil jalan pintas dengan mengatakan cintakan pada kedamaian.
Bagi aku,jika semua orang pun mengambil langkah berdiam diri,jalan mudah dan tidak ingin mengambil tahu ,sampai bila pun kita akan sentiasa berada di takuk yang lama.
berat sebelah
Aku tidak mahu memberatkan mana mana pihak,cukuplah bagi aku sekarang agar masyarakat sedar akan apa yang berlaku sebenarnya.Ibarat kata- kata teman sepena "berlapang dadalah",terima mana yang benar,kita tolak mana yang salah.
Selaku belia pula seharusnya mereka sedar bahawa tanggungjawab ini tidak sepatutnya dipandang enteng,dan aku malu menjadi rakyat dan belia malaysia yang sering kali di sogokkan dengan hiburan yang berlebihan sehinggakan kaum belia yang sememangnya bakal mendukung pembangunan negara akan datang ini menjadi rabun,pekak dan tuli terhadap persekitaran mereka.
As for this BERSIH agenda,seharusnya rakyat sama-sama membuka hati terhadap isu ini dan tidak mengembar gemburkan perhimpunan ini sebagai satu keganasan dan lainnya kerana mungkin sudah sampai masanya untuk kita menerima satu revulosi untuk negara kita.Apakah salahnya apabila rakyat meminta pilihanraya yang tulus.
sekiranya Muhammad al Fatih berjaya menawan kota Konstantinopel pada umur 23 /22 tahun,bayangkn apa sudah jasa kita sepanjang ini?dan bukahkah Al fatih pada waktu itu seorang belia?
dan Syeikh yusuf al qardawi pernah berkata
"sekiranya kamu ingin melihat masa hadapan sesebuah negara maka lihatlah pemuda-pemudinya hari ini"
maka mari sama-sama kita panjangkan leher,luaskan mata,lapangkan dada dan lihat
bagaimanakah pemuda pemudi kita?
allahu a'lam
aku berharap sgt perhimpunan ini berlangsung dengan mudah dan tanpa sebarang pertumpahan darah.
semoga Allah akan membantu mana2 pihak yang benar
suka dengan pesanan Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib dalam kenyataannya di Harakahdaily kepada penyokong pas dan BERSIH,sungguh terserlah keindahan dan kelembutan islam itu
lihat sini
2 comments:
~like dis~ org skang duk sush ati depa duk konsert hiburn kat i-ct rsenye byk cre lain utk buktikn kekreatifan n smgt belia... yup sokg if kt sygkn Malaysia adlh lbh bgs xkish parti mne pn berganding bahu sme2 demi bangsa melayu... kt spatutnye perlu brhati2 dgn parti ultrakiasu yg sbnrnye duri dlm daging... dlm bersih kt tgk byk org2 mlayu yg p..mne p bangsa lain? dctu nmpk melayu n islam dperalatkn..dlm byk2 komen kat tv kebykn parti2 yg majoriti berbangsakn melayu lbh bersuara.. sedgkn bangsa2 lain dri parti2 lain xkishler krjaan or pembangkg syap shj sbb mereka suke utk lihat keampuhan bangsa melayu yg berpech belah-renung2kn n slmt beramal... imbas kembali sejarah politk sms pemrinthn saidina ali ... cube bandingkn...
terima kasih anonymous kerana bagi pendapat
betol2 sokong ap yang dicakap.tu la sangat marah bila orang melayu yang muda muda ni dok berhibur sini sana, sedangkan ade bangsa melayu yang kat luar sana usaha sedaya mampu nk berjuang eventhough macam agak nmpak melayu dperalatkan.
cuma itulah,kalu sampai gini pon melayu tak bukak mata dan sama2 bersatu tak tahu la..sedeh tgk keadaan sekarang.
terima kaseh byk ntk saranan anonymous
Post a Comment