dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Pencinta dunia kesusasteraan yang kemudiannya menceburkan diri dalam politik, akhirnya berundur daripada di jawatan Pengerusi Majlis Ulama Indonesia apabila Kerajaan Suharto tidak berkenan dengan fatwa yang dikeluarkannya mengenai larangan terhadap umat Islam menyambut perayaan Natal.
Hubungan pemerintah Indonesia dengan Majelis Ulama Indonesia (MUI) pernah panas disebabkan MUI mengeluarkan fatwa bahawa haram hukum bagi umat Islam mengucapkan selamat hari Natal dan menghadiri perayaannya.
Pemerintah menganggap fatwa itu mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Lebih tegas lagi, hal tersebut merosak toleransi hubungan antara agama. Sebab itu, Suharto, Presiden Indonesia pada itu masa meminta kepada Prof. Hamka atau lebih mesra dengan panggilan Buya Hamka yang pada masa itu menjawat jawatan Ketua MUI, mencabut fatwa berkenaan.
Tetapi Hamka, yang nama penuhnya Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, tetap berpegang kukuh pada pendiriannya.
Bagi ulama yang juga seorang sasterawan ini,
" yang benar harus dikatakan sebagai benar. Dan sebaliknya, yang batil harus dikatakan batil,walau apa pun risiko yang terpaksa dihadapi"
Bahkan ia menyatakan lebih baik berundur daripada Ketua Umum MUI daripada memansuhkan mencabut fatwa itu. Senario yang berlaku akhirnya demikian.
Apabila tekanan daripada pemerintahan Suharto semakin kuat, Hamka memilih meletakkan jawatan yang disandangnya (l981).
Keputusan itu adalah cerminan sikap bertanggungjawabnya yang tidak mahu umat Islam terjerumus dalam kesesatan.
Ini kerana trend menyambut perayaan Natal secara bersama sedang berleluasa di tengah-tengah masyarakat. Atas alasan untuk mengukuhkan hubungan toleransi beragama, banyak ummat Islam yang terbabit sama.Padahal, menurut Hamka, perayaan Natal itu sesungguhnya termasuk peribadatan agama Nasrani. Dan apabila sudah masuk dalam ibadah, ummat Islam sepatutnya tidak mengikutinya. Atas dasar itu Majlis Fatwa MUI mengeluarkan fatwa haram hukumnya bagi ummat Islam mengikuti perayaan Natal agama Nasrani.
Dasar pertimbangannya adalah
- pertama, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan ibadah Islam dengan akidah dan ibadah agama lain (QS Al Kaafiruun 1-6 dan Al-Baqarah 42).
- Kedua, ummat Islam harus mengikuti/meyakini atas kenabian dan kerasulan Isa bin Maryam (QS Maryam 30-32, Al-Maidah 75, dan Al-Baqarah 285).
- Ketiga, yang berkeyakinan bahawa Tuhan lebih dari satu dan Isa Al-Masih itu anak Tuhan, adalah orang kafir dan musyrik. (Al-Maaidah 72-73, dan At-Taubah 30).
- Keempat, Nabi Isa pun tidak mendakwakan dirinya sebagai anak Allah (Al-Maidah 116-118).
- Kelima, Islam mengajarkan bahawa Allah SWT hanya satu (QS. Al-Ikhlaas ayat 1-4).
- Keenam, Islam mengajarkan agar ummatnya menjauhkan diri daripada hal-hal yang syubhah (samar-samar) dan hal yang dilarang Allah, serta mendahulukan hal-hal yang menolak kerosakan daripada yang mendatangkan kemaslahatan.
Selama kepemimpinan Hamka, MUI dikenali sebagai institusi ulama yang tegas dan tidak memihak kepada golongan tertentu, malah menjadi institusi yang berperanan memberikan teguran dan bimbingan kepada pemerintah.
Hamka dengan tegas menolak keinginan pemerintah untuk menguasai setiap keputusan yang bakal diambil MUI.
Baginya, fatwa MUI tidak boleh dicampur adukan dengan urusan politik dan pemerintahan.Sikap tegas Hamka itu sesungguhnya bukanlah hal baru.
Pada zaman pemerintah Sukarno, Hamka telah berani mengeluarkan fatwa bahawa haram hukumnya bagi Sukarno menikah lagi, kerana presiden tersebut telah mempunyai beberapa orang isteri. Fatwa itu tentu sahaja menyebabkan Sukarno marah.
Kebetulan pada masa itu ia termasuk tokoh Islam yang berani menentang sikap pemerintah yang begitu rapat dengan Parti Komunis Indonesia (PKI). Pada pandangan Hamka, PKI adalah parti yang membahayakan keselamatan kehidupan beragama di negeri ini, kerana komunis tidak mengakui adanya Tuhan. Akibat sikap tegasnya itu, ia terpaksa meringkuk di penjara bersama tokoh parti Masyumi dan PSI kerana fitnah pertubuhan LEKRA, pimpinan Pramoedya Ananta Toer. Namun demikian, ia tidak berdendam dengan Sukarno. Terbukti ketika Bung Karno wafat, Hamka yang dilantik menjadi imam sembahyang jenazahnya.
Selain dikenal sebagai ulama berkarisma, Hamka yang dilahirkan pada tahun 1908 juga dikenal sebagai seorang pujangga termasyhur.
Sejak berusia 17 tahun, ia sudah menulis novel bertajuk Siti Rabiah. Aktiviti penulisannya itu ditentang oleh keluarganya.
Sebab, sebagai seorang putera ulama besar, H. Abdul Karim Amrullah, kesukaannya menulis novel itu dianggap satu aib.
Namun Hamka meneruskan kegemarannya itu untuk mencari jati dirinya dan berusaha keluar dari bayangan kemasyuran ayahnya.
Pada usia 30-an, ia seolah-olah tidak meminati untuk menceburkan diri dalam kegiatan keagamaan dan menjadi seorang ulama, meski ia sendiri termasuk pendakwah muda Muhammadiyah di bandar Medan.
Ia seolah-olah lebih berminat dengan bidang penulisan dan kewartawanan. Ini terbukti apabila bersama beberapa orang rakannya pada tahun 1936 ia mewujudkan majalah Pedoman Masyarakat. Dalam majalah inilah ia menulis tulisan bersambung yang di kemudian menjadi buku Tasawuf Modern yang merupakan antara karya popularnya hari ini. Walaupun tulisan itu adalah tulisan yang padat dengan kupasan ilmu-ilmu Islam, tetapi ia belum berjaya mengubah identiti diri Hamka yang masih dianggap sebagai seorang sasterawan.Ini mungkin disebabkan pada masa itu jugalah ia menulis novel Tengelamnya Kapal Van Der Wijk (1939) serta pelbagai cerpen yang mengharukan yang kemudian dikumpulkan dalam buku Menanti Bedug Berbunyi.
Sewaktu ia pulang dari Makkah, Hamka menulis nover bertajuk Di Bawah Lindungan Ka'bah. Novelnya yang bertajuk Tengelamnya Kapal Van Der Wijk yang dianggap menciplak dari sebuah novel barat, menunjukkan bahawa Hamka waktu itu sudah banyak membaca sastera barat melalui terjemahan bahasa Arab. Dalam kes tuduhan plagiat ini, menurut banyak ahli sastera hal ini tidak terbukti.
Menurut mereka, Hamka hanya terpengaruh oleh sastera barat dan hal itu adalah sesuatu yang wajar bagi seorang penulis.
Pada 1949, Hamka kemudian berpindah ke Jakarta. Di Jakarta ia memulai kerjayanya sebagai pegawai kerajaan golongan rendah di Kementerian Agama yang pada waktu itu dipimpin oleh KH. Abdul Wahid Hasyim (ayah Gus Dur). Sebagai seorang intelektual yang hidup pada zaman perjuangan merebut kemerdekaan, Hamka pada tahun 1955 turut terbabit dengan dunia politik. Ia aktif dalam parti Masyumi. Namun, perjalanan politiknya turut berakhir apabila parti Masyumi, diharamkan oleh Sukarno.
Setelah itu Hamka kembali kepada dunianya, iaitu dunia penulisan. Ia kemudian menubuhkan majalah baru, iaitu majalah Panji Masyarakat. Pada masa ini, tulisan Hamka yang memperoleh Doktor Honoris Causa dari Universiti Al Azhar Mesir pada tahun 1958 ini sudah lebih banyak berupa kajian-kajian ke Islaman yang mencakupi seluruh bidang. Pada masa ini pula, penanya berjaya melahirkan karya agungnya, Tafsir Al-Azhar. Yang hebatnya, tafsir ini berjaya diselesaikannya tatkala ia meringkuk di dalam penjara (1964).
Selepas peristiwa kekejaman gerakan komunis yang membunuh tujuh orang jeneral 1965 dan berkuasanya Presiden Suharto, Hamka secara total berperanan sebagai ulama. Ia meninggalkan dunia politik dan sastera. Tulisan-tulisannya di dalam Panji Masyarakat sudah merefleksikannya sebagai seorang ulama, dan ini digambarkan dalam ruangan Dari Hati Ke Hati yang sangat baik perbahasannya.
Kewibawaan Hamka sebagai seorang ulama lebih menonjol lagi ketika dia dilantik menjadi Ketua MUI pertama pada tahun 1975.Dalam banyak hal, Hamka dikenali sebagai seorang yang moderat.
Paling tidak dari cara dia menyampaikan sesuatu yang selalu menampakkan hati dan fikiran berjalan seirama.
Ia tidak pernah mengeluarkan kata-kata keras, atau kasar dalam berkomunikasi. Peribadi ini sudah ia tunjukkan dari sejak muda lagi.
Ia lebih suka memilih menulis novel atau cerpen dalam menyampaikan panduan Islam.
Hamka yang bergelar Datuk In Domo dalam suku Minang ini mengakui bahawa memang dia menjadi lebih moderat ketika usianya semakin bertambah.
"Ketika buku yang saya baca baru lima buah, saya cepat sekali menyimpulkan satu hal mengenai agama dan beremosi, tetapi ketika buku yang saya baca sudah lima puluh, saya menjadi lebih faham, dan tidak berasa perlu bersikap seperti itu," katanya suatu ketika.
Namun begitu, bukan bermakna ia kehilangan sikap tegasnya. Ketika ia berasa umat kehilangan pedoman, ia kemudian mengeluarkan fatwa Natal tahun 1981 yang amat menggemparkan itu. Ia terpaksa mengambil sikap tidak sehaluan dengan pemerintah demi menjaga kesucian Islam.
Meski keluar dari MUI, Hamka tetap menjadi tokoh ulama yang berpengaruh dan berkarisma. Fatwa dan nasihatnya tetap dinantikan oleh masyarakat. Ia juga tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan panduan kepada pendakwah-pendakwah muda.
Sampai akhir hayatnya, melalui majalah Panji Masyarakat, ulama yang lahir di Sungai Batang, Maninjau, Sumatera Barat ini tetap memberikan siraman rohani kepada umat Islam yang haus dengan nasihat-nasihatnya melalui tulisan-tulisannya dalam majalah berkenaan.
Hamka meninggalkan pelbagai karya penulisan yang popular. Karyanya yang dibukukan berjumlah lebih kurang 118 buah, tidak termasuk pelbagai tulisan yang dimuat di pelbagai media massa.
Tulisan-tulisannya meliputi pelbagai bidang kajian: politik, sejarah, budaya, akhlak, dan ilmu-ilmu keislaman. Pada 24 Julai 1981, ulama serba boleh ini menemui Tuhannya. Pemergiannya adalah satu kehilangan besar yang sukar dicari pengganti sehingga ke hari ini.
sumber: google
kediaman buya hamka |
Aku dahulu pernah mendengar nama ini,prof HAMKA
seorang idola kawan aku semasa aku di tingkatan 5 tapi baru hari ini aku tahu jasanya.
HAMKA stands for Haji Abdul Malik Karim Amrullah
aku tersentuh dengan kata2 pak(nama terlupa) yang menerangkan kami sekeluarga tentang susur galur hamka ini
"Abdul malik ini orang nya tak tahu meminta izin,dia hanya memberitahu"
"dan setiap kejayaannya ini,setiap perjalanan hidupnya ini ,bebas terus dari pengaruh bapanya (as mentioned kat atas sebagai seorang ulamak besar zaman itu),dan dia hanya hidup dan belajar erti hidup melalui pertolongan kawan-kawan nya dan itulah yang berlaku saat Abdul Malik ini menyatakan hasratnya untuk berhijrah di Mekah"
kami diberitahu saat Abdul Malik menyatakan hasratnya untuk berhijrah ke mekah ayahnya berkata
"kau takkan peroleh apapun dari aku,baek uwangnya mahupon makanan"
dan kami dberitahu memang menjadi adat minangkabau kalu memana ank lelaki yang berhijrah ntk belajar akan dbekalkan dengan duit dan makann dan kami dphmkn makannnya pon cuma
"bisa tahan hingga ke malaysia" kata pak(nama tak ingat) sambil ketawa ke kami sekeluarga
apa yang berlaku pada Hamka ini ialah ,ayahnya tidak mengizinkan dia pergi ke mekah kerana sangat jauh jadi ayahnya telah memberi kata putus kepada Hamka "go,n u got nothing"
satu ja aku terpikir..
saat pak itu menceritakan kami tentang susur galur Hamka ini,
setiap perjuangan perlukan pengorbanan dan perngorbanan itu berbayar
sama kisahya dengan Hamka ini.
mungkin kisah peritnya tak semua tercatit di google mahupon buku2 nya tapi aku percaya memang tak mudah untuk memperjuangkan sesuatu.
kami diberitahu lagi asalnya Abdul Malik ini manja budaknya.Dan disebabkan terlalu dimanjakan kedua ibu bapanya, Hamka cuma bersekolah hingga darjah dua
aku quote ayat pak itu 'malas belajar jadinya ,kerana terlalu manja'
danau meninjau aku saksikan kehebatan ciptaan allah dsini gunung bercerminkan danau |
kelek 44 otw ke rumah buya hamka |
mengikut kisahnya lagi,ibu bapanya bercerai beberapa tahun selepas itu disebabkn perbezaan persefahaman antara ibu dan bapanya dan dari situ Abdul malik ini memberontak menjadi keras kepala
dan sejak dari situ bermula la perjalanan hidupnya dimana dia belajar apa sebenarnya erti kehidupan ini
bak kata pak itu
- jika tak kerana ibu bapa Abdul malik ini bercerai ,Abdul malik tak kan mungkin menjadi seorang yang berani(kerana sebelum ini Abdul Malik ni seorang yang manja ibarat spoon fed la)
- jika tak kerana ibu bapa Abdul Malik ini bercerai takkan mungkin Abdul Malik berani untuk berhijrah ke mekah walupon tidak berbekal apa2
- jika tak kerna Abdul Malik ini mengenal erti kesusahan dulu takkan mungkin Abdul malik menjadi Hamka sekarang
dan itulah,aku menjadi sangat kagum saat mendengar cerita dari pak yang merangkap anak buah Hamka ini,seolah olah masa dibekukan saat dia bercerita.
dan yang paling memberikan kesan pada aku ialah Abdul Malik ini berjaya menyiapkan Tafsir al Azharnya semasa dia dalam penjara
dan didalam pnjara dia diseksa dan kesan dari seksaannya di penjara ,dia sakit 2 miggu,koma seminggu dan akhirnya meninggal dunia pada pagi ramadhan (date yang aku tak pasti)
walupon agak lambat rasanya bagi aku yang baru nak mengenal siapa Abdul Malik ini ,aku betul2 terasa sayu melihat kisah hidupnya dan lihatla betapa besarnya jasa nya hinggakn ke akhir2 hayat2nya maseh dia menabur bakti menyiapkn kitab tafsirnya
aku disini,bukan menyiapkan tafsir
untuk mengkahtamkan satu tafsir yang sudah tertafsir pon entah bila hndak dilakukan..
saat sebelum kami berangkat meneruskan perjalanan kami,pak itu menanyakan andai ada antara kami yang ingin menyumbangkn sesuatu untk kerja2 maintenance rumah kelahiran buya hamka ini lalu adek aku beranikan diri bertanya
"buya hamka tidak ada anak ya pak?
nggagk bisa ya minta dari anak2 nya pak wang maintancenya?"
tau jawapannya?
"keturunan Abdul Malik ini kesemuanya susah2 nak,
sedangkan hidup Abdul Malik ini pon penuh susah nak dahulunya"
bayangkan..
surau Hamka yang perlukan dana untuk dbgnkan |
No comments:
Post a Comment