Thursday, February 23, 2012

Wednesday, February 22, 2012

nikmat usia

bismikallah dengan namamu yang sempurna aku mulakan
yang memberikan umur pada hambanya
yang tidak jemu mmberikan peluang dan
tidak jemu mmbuka pintu taubat untuk hambanya


mama n babah:happy besday long,buat yang keTIGA
aku:3??hehe(sambil teruja dan memelok KakaBear)
no problem yang penting ada kaka!=p
tq ma,tq bah!=)

mama n babah kata aku 3 tahun..nmpk sangat belum matang.ya ka?
kaka,its time to be more mature
kaka:ya!


no matter what u're still my num 1 bear poo!^^,

ya i know ma,bah! im still ur 6year little old girl=)


teringat meseg rumet disaat aku menaip ni
"bila da besar2 ni tak harap sangat untuk dapat apa2 hadiah,cukupla sekadar ingatan dan ucapan.."

ya betol tu rumet

ak terbaca dalam buku pemberianmu
ustaz Pahrol menyebot
"manusia mengucapkan selamat panjang umur apabila tiba hari jadimu ,sedangkan hakikatnya umurmu semakin pendek.
hari demi hari menyaksikan langkah kian dekat ke tiang lahad.
lalu ucapan selamat hari jadi itu seharusnya bertukar kepda "ingatlah mati!"

so shahira
apa khabar imanmu hari ini..?
adakah semakin meningkat seiring dengan usiamu?


Tuesday, February 21, 2012

kerana apa?

Dengan nama allah yang ak sayang
Dengan nama allah yang paling aku cintai  
Yang lebih aku cintai dari dunia dan segala isinya aku mulakan


Alhamdulillah segala puji bagimu ya  allah, aku telah tamat menjalani posting keduaku sebagai medic student tahun ketiga.

KEputusan exam belum lagi keluar membuatkn aku agak penasaran dan tidak senang duduk cuti kali ini.
Agak resah,perasaan agak sedikit terganggu didalam hati tertanya2 adakah aku Berjaya melepasi posting kali ini.
Dan sekarang hanya mengharapkan bantuan allah seperti mana yang slalu aku buat kebanyakan waktunya.
Bantu aku ya allah.

Dan seperti biasa disaat keresahan aku akan mencari teman istimewaku,dan seperti biasa dia akn menjadi pendengar yang setia.
Sejauh mana,allahu a’alm aku tidak pasti

Aku berkate padanya

“kt tak tau nak rasa macamna,klu Dr failkan sesetengah student sudah tentunya kerana Dr itu rasa kami maseh tidak layak dan tidak mampu lagi untuk menjadi Dr yang baik,dan mgkin dengn fail,kami sebagi student dapat blajar blk mana yang kami kurang kat posting itu n perhaps can do better nxt tyme..as Dr of course
Tapi semestinya klu fail,akn jadi down dan sedih..”(i do imagining me myself in that kind of position bila ak cakap gtu kat dia hari tu)
.........................................................................................................................................................

Aku seringkali bertanya kepada teman2 ku, ap sebab mereka mahu menjadi doktor
Sengaja igin aku tau apa yang menjadi penggerak dan motivasi mereka  semua untuk meneruskn perjuangan ini.
Atau lebih pantas aku katakan meneruskn amanah ini.
Amanah yang berat..

kEbanyakkn dari mereka semua mengakui kerana minat yang mendalam yang mendorong mereka.
kErana minat,mereka ign mnjadi doktor.minat dari kecil  kebanykannya.

Ada yang laen kerana ibu bapa..
Ingin membalas jasa ibu bapa,paling kurang pon igin memenuhi impian ibu bapa mereka melihatkan anak mereka menjadi seorang doctor.

Ada juga yang aku Tanya mereka hanya katakn
“ kerana aku dah pon berada kat sini syiro,half way pon dah ni,nak tak nak wat je”
Just follow the crowd ibaratnya.. 

Hari itu aku ditanya
Kenapa aku igin menjadi doktor?
Seolah2 tersekat di kerongkong untuk menjwab hari itu.
Kerana ap?
Entah,aku pon tidak pasti.

Dan sekarang disaat rasa tidak pasti dapat go through ke tidak posting yang lepas aku bermuhasabah diri semula,
Cuba untuk mencari sebenarnya kenapa aku berada disini
Adakah kerana minat?
Kerana ibu bapa?
Ataupon adakah sebab dah alang2 da masok,apa kata just follow the crowd?

Ya,aku buat bnda ni kerana ak minat.
Seriously.
sama macam minatku terhadap masakan,walaopon bakat tu kurang kerana minat aku tak kesah ap rupa hasilnya(wp kekadang tak nafikan betapa kecewanya bila masakn tak jadi)

Same goes to medical.

Walopun aku bukanlah antaranya mereka2 yang bijak,kerana minat aku teroskn walaopon kadang2 rasa penat dan patah semangt

Ibu bapa?
Ya mak ayah aku.
Orang yang teratas dan cinta yang tertinggi aku letakkan lepas Allah dan rasulnya.
Ya kerana mereka aku lakuan
Impian mereka untuk melihat kesemua anak2 mereka berjay ddunia dan akhirat walupon mereka tdak pernah meletakkan apa2 syarat “kejayaan” bagi kami semua adek2 beradik

Dan yang terakhir,adakah kerana d crowd?
Ya aku tak nafikan,kadang2 i do following the crowd
Tapi semua tu bukanlah d main reason aku berada disini

Kerana ap sebenarnya Shahira?
Kerana patient..
Ya kerana kesemua patient  yang aku jumpa menjadi pembakar semngat aku untuk meneruskan bidang ini.
Kerana patient2, aku ingin menjadi doctor.

kerana mereka mereka.
Kerana mereka, aku ingin menjadi doctor..
Tapi bukan doctor yang biase2 saja,doktor yang luar biasa..












Adakah aku mampu?
Allhu a’alm..
Maseh berharap bantuaNYa,keizinannYa,iradatNYa dan kuasaNya..
Seperti biasa Ya allah aku disini memohon bantuanmu Ya allah..

Sunday, February 19, 2012

cinta ku selepas Allah dan rasul

sapa yang paling kau sayang shahira?
aku:mak kt
lagi?
aku:mak kt
selain tu?
aku:still mak kt


"rabbi,auzi'ni an asykura nikmatakal lati an'amta 'alaiya wa a'la walidayya...." ila akhirul ayat
...............................................................................................................................


sedihnya..

Bersinar kau bagai cahaya
Yang selalu beri ku penerangan
Selembut citra kasihmu kan
Selalu ku rasa dalam suka dan duka

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Bagaikan embun kesejukan hati ini
Dengan kasih sayangmu
Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku
lyricsalls.blogspot.com
Pengorbananmu sungguh sangat berarti

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Sinari hidupku dengan kehangatanmu














ya allah dengan segala kebaikan yang telah mereka lakukan untukku izinkan aku meletakkan cinta mereka selepas cintaku padamu ya allah
izinkan aku ya allah untuk membalas segalanya  yg telah mereka lakukan untukku
jadikan aku anak yang soleh yang meletakkan kedua ibu bapanya yang pertama setelah cintanya kepada allah dan rasulnya. amin
semoga allah sentisa melindungi mama dan babah
along sayang mama dan babah ^^,

Friday, February 3, 2012

Dimana Dia dihatiku,dimana Allah di hatiku

Seorang sufi pernah ditanya
"apakah kau takutkan Allah?'

Dia menangis dan menjawab
"Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak..
Jika aku katakan tidak,aku akan menjadi seorang yang kufur,
sebaliknya kalau aku katakan ya ,aku terasa seperti menjadi seorang yang munafik..
sikapku amat berbeza dengan kata-kataku..
orang yang takutan Allah akan bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tapi aku tidak.."

Jika seorang ahli sufi yang hatinya begitu hampir dengan allah pun sukar menjawab apabila ditanyakan apakah DIA dihatinya,maka bagaimana aku yang lebih hina ini bisa menjawab?

Dihatiku masih ada 2 cinta yang bergolak dan berbolak balik.Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang begitu hebat dan dahsyat sekali..

kalau kau tanyakan aku
"Adakah Dia di hatimu?"

aku hanya mampu menjawab

"Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar Dia di hatiu..
aku belum sampai ke tahap mencintaiNYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintaiNYA..
Justeru kerana belum ada Dia di hatiku,hidupku belum bahagia..
belum tenang..
dan belum sejahtera.

Aku akan terus mencari.
aku yakin ALLAH itu dekat..
aku yakin pintu keampunannya lebih luasdari pintu kemurkaanya .
Selangkah aku mendekat seribu langkah DIA merapat..
dan akhirnya aku yakin...suatu saat nanti akan ada Dia di hatiku..
shahira:amin..semoga aku antara kekasih2 mu ya Allah..='(
-dimana DIA dihatiku-
Pahrol mohd juoi

astagfirullah..mencari Allah yang sering aku lukai.. ="(