Sunday, July 3, 2011

semoga kau kuat adikku

bismillahirrahmanirrahim dengan nama allah yang memberi hidayah
dengan nama Allah yang memuliakan dan menghinakan sesiapa yang dikehendaki dan dengan zat kau ya allah yang mempunyai segala kebaikan dan hanya Kau sahaja yang berkuasa terhadap sesuatu
al imran 26

dan aku pasti hidayah allah pasti ada pada siapa yg berusaha mencarinya

5 tahun yang lalu 
Seorang gadis remaja biasa yang mengorak langkah ke arah kematangan dalam hidupnya.
Suatu hari di dapur.

“Alah adik takkan jadi lesbian.” Kakak menjawab, “Eleh, yela tu.”

Di sekolah menengah, berkenalannya Adik dengan seorang perempuan yang ‘hot’ bergelar Sha. Oleh sebab Adik suka berkawan dengan budak-budak ‘hot’ walaupun Adik kurang ‘hot’, dia cuba mendapatkan no. telefonnya daripada seorang kawan. Mereka mula rapat, hanya melalui telefon dan sms. Namun Adik malu untuk bertegur sapa di depannya.

“Lawanya dia. Sumpah lawa.” Hati berdetak apabila Sha kelihatan di depan mata.

Suatu perasaan yang tidak dijangka dan tidak disangka-sangka. Pasti Adik tergamam dan hanya menoleh ke tempat lain setelah Sha kabur daripada pandangan mata. Adik tidak pernah sedar perasaan itu telah pun bertapak dalam hati ini juga tidak pernah meminta.

Hanya Adik tahu, “aku minat, suka pada dia dan mahu bersama dia. Mungkin sebab dia cantik.”

Tiba masanya Adik ‘propose’ Sha untuk jadi ‘awek’nya. Siap tulis apa yang perlu dibualkan untuk mencari point-point cambest untuk berbual dengannya. Sampai masa, telefon diangkat.

“Tengah buat apa?”

“Tiada pape.”

Adik berasa teragak-agak untuk memulakan ‘propose’nya.

“Erkk~~ Sha…”

“Apa dia? Cakap jelah. Wat orang tertanya-tanya pulak.”

“Erkk..saya nak kapel dengan Sha.”

“Huhh?”

“Saya nak kapel dengan Sha.”

“Erkk..”

“Nape? Bukan Sha xde bf ke?”

“Maaflah, Sha baru je kapel dengan seseorang. Kami baru je kapel.”

Hancur hatiku..mengenang dikau..jadi keping-keping. Beralunlah lagu ‘Aku Cinta Kau Dan Dia’ oleh Ahmad Dhani.

Meleler air matanya kerana pengharapan yang memuncak hancur lebur oleh sebab ‘lamarannya’ ditolak. Lamaran yang pertama yang amat mengecewakan.

Kedengaran daripada Sha seperti handphonenya beralih tangan.

“Weyh, kenal aku?”

“Laa..ko ke yang jadi bf dia??”

“Aku baru je mintak kapel dengan dia.”

“Bengong ko. Terlepas doh! Aku baru je nak masuk line.”

“La..sejak bile ko jadi? Aku tak tahu pun.”

“Errkk..tak tahulah.”

“Sorilah weyh. Aku dah ‘grab’ line ko..” dia ketawa.

Ganggang telefon diletak. Adik menangis..berasa sangat sedih kerana di’reject’ dan cubaan pertama yang sangat mengecewakan. Dia membuka lagu ‘Daripada Kekasih Kepada Kekasih’ oleh Hattan. Entah kenapa lagu itu yang dimainkan.

Ketika rehat, terserempaknya Adik dengan ‘bf’ Sha, Fad. Mereka berbual. Fad bertanyakan sejak bila Adik jadi pengkid. Adik tidak mampu menjawab persoalan itu. Tetiba hatinya beralih menyukai kaum sejenis. Adik menyatakan kekesalannya betapa dia tidak dapat menjadikan Sha ‘awek’nya. Lalu, Fad pun menyatakan dia akan ‘tolong’ Adik dapatkan ‘awek’.

Bermulanya kehidupan sebagai seorang pengkid

Beberapa bulan Adik mulakan kehidupannya sebagai pengkid. Dia mula dikenali ramai sebagai seorang pengkid kerana sering ternampak melepak bersama geng pengkid di sekolah. Adik mula beli bengkung yang kebiasaannya si pengkid akan beli untuk menampakkan dada mereka rata seperti lelaki ada juga mereka yang sememangnya mempunyai dada yang rata. Sering kali dia di’duga’ dan di’periksa’ oleh ustazah juga guru biasa di sekolah kerana mereka mengenalinya sebagai salah seorang pengkid di sekolah. Walaupun rasa hina dengan dugaan itu seperti memperlekeh akan dirinya tidak kurang juga rakan sekelasnya, dia hanya mampu bertahan dan dia akan kembali ceria apabila berada dalam kalangan ‘kaumnya’.

Adik tidak tahu apakah yang menyebabkan dia terjerumus ke kemungkaran yang dilaknat Allah itu. Dia tahu dosa pahala namun ilmu itu tidak resap ke dalam jiwa untuk diamalkan. Dia tidak pernah meminta perasaan itu hadir dalam lubuh hatinya. Sejak daripada kecil, dia diberi didikan agama yang cukup cuma ibu bapanya sering memakaikan dia dengan pakaian lelaki dan berambut pendek. Oleh sebab itu, walaupun dia berpakaian lelaki ketika keluar ke bandar bersama gengnya, ibu bapanya tidak dapat menghidu aktiviti itu. Kadang kala, Adik merasakan dia mempunyai hormon lelaki yang tinggi yang membuatkan dia jadi seperti itu.

Sampai masanya, Fad ‘tolong’ Adik dapatkan ‘awek’. Orangnya tidak jauh. Dia adalah kawan rapat Sha, iaitu Fira. Adik cuba ‘usha’ Fira. Saling ber’sms’. Malangnya Fira dikongkong keluarga untuk ber’sms’. Jadi mereka hanya akan berbual mesra di sekolah. Sepertinya Fira ‘respon’ pada Adik. Adik pun mula berbicara menyatakan hasratnya untuk ‘melamar’ Fira. Fira berkira-kira dan meminta untuk ambil masa untuk menerimanya. Cuba berbincang dengan kawan rapatnya, Ayu.

“Kau kapel je dengan dia. Aku tengok Adik cam baik. Tak cam Fad. Adik comel.” Ayu mencadangkan dan tersenyum.

“Alah, tapi aku takutlah.”

Lama-kelamaan Fira bersetuju untuk menerima Adik sebagai ‘bf’nya. Mereka sering ‘berdating’ di sekolah. Apabila ada event seperti sukan tara, atau Hari Sukan sekolah diadakan, mereka akan meluangkan masa bersama. Sungguh mesra.

Suatu hari ketika Fad berlatih besbol bersama Adik.

Adik      : Weyh, aku nak tanya. (Adik memulakan bicara)

Fad       : Apa dia?

Adik      : Kau pernah tidur dengan awek ko?

Fad       : Errkk..pernah.

Adik      : Camne?”

Fad       : Adalah. (Fad tergelak.)

Adik      : Camtu plak.”

Fad       : Tapi bukan dengan Sha la. Dengan awek aku dulu. Dia first time kot.

Adik      : Habis dengan Sha?”

Fad       : Dia baik doh. Tak nak la aku. Aku pernah minta tetapi dia tak bagi.

Adik berfikir sejenak. “Takkan aku nak buat dengan Fira. Ish. Gila apa!”

Walaupun Adik lesbian dan berpakaian seperti lelaki yang bagi orang yang pandang dia pasti kata dia comel dan putih tetapi dia masih menunaikan solat lima waktu namun solatnya tidak mampu menjauhkan dia daripada kemungkaran. Dia masih belum mampu menyisihkan perasaannya pada seorang perempuan. Dia masih rasa bersalah jika melakukan hubungan onani bersama aweknya, Fira. Paling berat pun dia hanya berpegangan tangan dengan Fira. Dating ke bandar pun, mereka tidak pernah kerana Fira dikongkong oleh keluarganya.

Suatu hari. Fira mengajak Adik untuk berjumpa. Tersenyum Adik dapat berjumpa dengan kekasih hatinya lalu duduk berhampiran Fira.

Fira       : Awak, saya nak minta clash.

Adik      : Huhh?? Kenapa wak? Janganlah tinggalkan saya. (Adik terkejut dan mula merasa sedih.)

Fira       : Saya tidak bolehlah wak. Semua ini salah. Saya tidak sedap hati. Takut keluarga saya tahu.

Adik      : Habis tu, awak sanggup tinggalkan saya? Awak tak sayang saya?

Fira       : Saya sayang awak tetapi hati saya ini tak tenang. Fad dan Sha pun dah putus.

Adik      : Alah diorang biarlah. Saya cakap pasal kita. Diorang dah tak lama, nak wat macam mana. Kita teruskan jelah. Tolonglah jangan buat macam ini. Saya sedih sangat tahu tak? (Adik merayu.)

Fira       : Wak, tolonglah lepaskan saya. Janganlah buat saya rasa bersalah kepada keluarga saya. Kalau diorang tahu, matilah saya!

Berat hati Adik nak lepaskan ‘awek’nya. Namun apakan daya. Dia tidak sudi berkongsi kasih dengannya dan terlepaslah Fira daripada ‘kasih sayang’ Adik. Walaupun berat hatinya tetapi Adik seorang yang memahami jadi diturutnya sahaja permintaan Fira bak kata pepatah “Kalau sayang, tinggal-tinggalkan”

Adik merapatkan diri dengan Fad. Lepaking, ponteng bersama. Ada suatu ketika mereka lepak bersama di kompleks, Fad melakukan ‘aktivitinya’ bersama ‘awek’ barunya. Bersama mereka, geng pengkid yang lain. Salah seorangnya, Black. Dia tanya Adik jika dia mahu merokok bersama tetapi Adik menolak kerana dia tidak merokok. Adik hanya mampu perhatikan Fad meluangkan masa dengan ‘aktivitinya’ bersama ‘awek’ barunya. Mereka bercium-ciuman tanpa segan silu dan berhenti apabila adanya orang lalu-lalang menuruni tangga tempat mereka bersama. Adik hanya memerhatikan dan tidak sedikit pun terasa ingin melakukannya dengan seseorang.

Namun begitu, beberapa minggu selepas berkenalan dengan seorang gadis daripada kawan tuisyennya. Adik mula menjinak-jinakkan diri untuk melakukannya bersama perempuan itu. Lama-kelamaan selepas dipujuk rayu oleh Adik dan apabila mereka hampir berpisah, perempuan itu menyatakan kesudiannya untuk memberi apa yang Adik pinta sebagai permintaan terakhir. Mereka bertemu dan bercumbuan di taman permainan. Oleh sebab tempat itu sunyi, jadi tiadalah orang yang lalu-lalang di situ selepas daripada itu. Perempuan itu mula menjauhkan diri daripada Adik dan Adik kembali sunyi.

Sapaan Hidayah Pertama

Hatinya berdetak pada suatu hari bahawa dia patut berubah. Dia berniat untuk keluar daripada sekolahnya agar tidak berjumpa dengan geng-gengnya di sekolah lamanya lagi agar dapat berubah secara berterusan. Dia berdoa agar dia dapat pergi jauh daripada ‘kaumnya’ di sekolah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Dia mengkabulkan doa Adik dengan menawarkan Adik ke sekolah berasrama penuh di Pulau Pinang. Alhamdulillah, Adik bersyukur kerana dapat keluar daripada sekolahnya kerana dia mahu berubah menjadi perempuan sejati seperti gadis remaja lain.

Bermulalah kehidupan Adik di sekolah yang baru dengan sejarahnya terkubur di sekolah lama. Di sekolah berasrama penuh, Adik menjinak-jinakkan diri membaca Al-Quran, berkawan dengan perempuan sejati, sering berjemaah di masjid, banyak melakukan solat sunat juga di sana dia dipanggil dengan nama perempuannya yang dahulunya hanya dipanggil ‘Adik’ (gelaran pengkid).
Dia merasakan ketenangan dan kedamaian dalam hidupnya setelah resah, gelisah dalam sejarah kotornya. Tiada seorang pun yang tahu dia adalah seorang bekas pengkid. Dia tidak pernah dan tidak mahu membuka cerita silamnya kepada sesiapa pun di sana. Dengan keserasiannya bersama senior juga junior (ketika di tingkatan 5) di situ, dia dapat merasa dia telah sedikit sebanyak berubah ke arah kebaikan.

Adalah menjadi tradisi kebiasaannya di sekolah berasarama penuh hatta sekolah lain sekalipun, pasti ada yang berangkat-angkat. Adik angkat, kakak angkat dan abang angkat. Oleh sebab rupa paras Adik yang comel, ramai yang ingin jadi adik angkatnya. Adik hanya melayan sahaja kerenah mereka kerana menganggap mereka seperti adik kandung dan salah seorangnya bernama Atiq. Atiq sangat obses menjadikan Adik sebagai kakak angkatnya. Pada mulanya mereka rapat seperti adik-beradik kandung namun lama-kelamaan sejarah lama Adik terbuka sedikit demi sedikit apatah lagi apabila Atiq memberitahu dia suka dan sayangkan Adik lebih daripada seorang kakak angkat. Tidak sangka perasaannya terhadap Atiq dirasakan oleh Atiq juga.

Mereka selalu tidur bersama di dorm Atiq. Berpeluk-pelukan menyemai kasih. Apabila bertemu di sekolah pasti mereka tersenyum-senyum antara satu sama lain. Adik tidak dapat menahan perasaannya yang selama ini ingin berubah. Dia kalah, kalah mengawal perasaannya. Adik tidak mampu berdalih. Sekalipun telah lama dikuburkan perasaan itu namun ‘luka yang terkelupas sedikit’ itulah yang akan menghasilkan luka yang lebih luas.

Sapaan Hidayah Kedua

Suatu hari, dalam tidak sedar, Hidayah kedua menyapa hati kecil Adik. Adik merasakan suatu perasaan yang aneh terhadap Atiq, suatu perasaan yang jijik. Mungkin juga itu hidayah kedua daripada-Nya. Adik rasa benci yang teramat kepada Atiq sehingga tengok muka dia pun Adik tidak mahu. Rasa menyampah tahap yang paling tinggi. Adik mula mengelakkan diri daripada Atiq. Seboleh-bolehnya tidak mahu berjumpa dengan Atiq walaupun tidak jauh mana yang Adik dapat jauhkan diri oleh sebab dorm mereka sangat hampir. Atiq pelik dengan kelakuan Adik.

Suatu hari dia menulis surat kepada Adik bertanyakan kenapa mereka semakin renggang dan Adik menjauhkan diri daripadanya. Adik tidak mengendahkan surat dan terus mengoyakkan surat itu tanpa belas kasihan dan buang ke tong sampah. Suatu perasaan benci, menyampah terhadap surat itu juga apa-apa daripada Atiq.

Oleh sebab Adik terlalu benci, menyampah untuk bertemu dan menerima surat Atiq, dia berterus terang yang dia membenci Atiq dan tidak mahu Atiq mengganggu hidupnya lagi. Atiq hanya menurut permintaan Adik dan tidak mengganggunya.

Kehidupan di kolej matrikulasi

Tamatnya persekolahan di tingkatan 5, Adik melanjutkan pelajarannya ke kolej matrikulasi. Semasa orientasi, dia dapat berkenalan dengan kakak-kakak yang juga bekas pelajar matrikulasi yang lalu. Ramai antaranya berpakaian muslimah seperti bertudung labuh, memakai handsock, dan berstokin. Dia rasa tertarik dengan pakaian sebegitu.

Semasa orientasi dijalankan, semua pelajar diwajibkan memakai stokin sepanjang orientasi berlangsung. Mereka dikejutkan seawal 4 pagi agar bangun dan mandi untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Adik bangun dan mandi seperti yang disuruh. Dia menjinak-jinakkan diri semula dengan Al-Quran. Ada juga aktiviti usrah untuk muhasabah diri. Tatkala itu, Adik mengenang kembali kisah silamnya yang gelap. Dia sebak dalam diam dengan dosa dan kesilapannya yang lalu. Dia cuba merapatkan diri dengan salah seorang kakak fasilitator yang juga bertudung labuh, berhandsock dan berstokin.

Hati kecilnya menjujurkan diri untuk membuat pengakuan tentang masa silamnya dengan kakak itu, namanya Sufi.

Hatinya berdetak,
“Aku memerlukan seseorang untuk menjadi pendorong agar aku berubah secara berterusan.”

Syukur alhamdulillah kakak itu memahaminya dan tidak memperlekeh sejarah silamnya, tidak juga menjauhkan diri daripada Adik atas kesilapannya yang dulu. Dia sering memberi Adik kata-kata semangat agar Adik meneruskan perubahannya ke arah kebaikan dan menjadi perempuan sejati. Adik berasa bersyukur kerana Allah menemukan dia dengan Kak Sufi.

Berakhirlah orientasi pada minggu itu. Adik terlalu risau bagaimana keadaannya tanpa Kak Sufi di sisi. Kak Sufi memberi nasihat agar Adik tidak risau kerana mereka pasti berhubung secara berterusan. Adik hanya mampu menahan sebak kerana pendorongnya bakal meninggalkannya. Dia terlalu takut jika dia tidak dapat ‘bertahan’ tanpa dorongan Kak Sufi. Walaupun orientasi telah berakhir, dia telah pun berpisah dengan Kak Sufi, tetapi amalan ketika orientasi iaitu memakai stokin telah Adik sematkan dalam hati dan amalkan. Sekali tertanggal, pasti Adik merasa aneh.

Adik bersyukur kerana dia mempunyai kawan sekepala yang ingin mengamalkan pemakaian stokin juga sering mengajaknya ke masjid untuk solat berjemaah. Membaca Al-Quran, Yassin, solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu tidak kurang juga sujud syukur. Adik juga mula menjinak-jinakkan diri dengan memakai handsock. Dia merasakan kesebatian antara dia, handsock dan stokin dan akan merasa resah, gelisah jika ‘mereka’ tiada ketika dia keluar.

Hubungannya dengan Kak Sufi sangat membantu dalam proses Adik berubah menjadi perempuan sejati tidak kurang juga kawan sekepalanya yang sering mengajaknya ke masjid untuk solat berjemaah, solat sunat dan membaca Al-Quran. Kebanyakan pakaian ‘lelakinya’ telah dia berikan pada yang sepatutnya juga buang walaupun ada yang berharga ratusan ringgit namun itu tidak penting kerana tekadnya ingin berubah sangat tinggi. Tidak berputus asa Adik memohon ampun daripada Ilahi agar menerima taubat dan mengampunkan dosanya kerana jika tidak kepada Allah siapa lagi yang dia harapkan kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat dan Dia suka pada orang yang bertaubat.

Kehidupan kini


Alhamdulillah sapaan hidayah-Nya yang kedua telah melekat dan meresap ke dalam jiwa Adik hingga kini. Dia telah pun kembali menjadi perempuan sejati malahan mula menjinak-jinakkan diri menjadi wanita solehah, membaca buku-buku islamiah yang meningkatkan dirinya agar sentiasa muhasabah diri.

Selepas menjalani pemulihan diri selepas sapaan hidayah yang kedua. Dia tertanya-tanya apakah ‘kaumnya’ dahulu telah berubah seperti dia ataupun masih sama. Suatu hari Allah pertemukan dia dengan mereka, Adik hanya ternampak mereka daripada jauh. Adik melihat geng dahulunya masih sama dan dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dia sudahpun kembali ke jalan-Nya. Allah juga telah memperlihatkan padanya kawan-kawan perempuan sejati yang dahulu memperlekehnya menjadi lebih teruk daripada dirinya suatu ketika dahulu. Daripada bertudung kepada tidak bertudung dan seksi berpelukan erat bersama sang kekasihnya. Dia hanya tersenyum melihat gelagat mereka.


p/s:kadang2 sebagai orang yg biasa kita seringkali menganggap bnda macam ni tak lebih dari 
sebuah cerita dongengan,cerita rekaan..tapi hakikatnya..

kadang kadang bila bnda ni berlaku kte akan terpikir salah siapa sebenanya ni.adekah salah takdir yang sebabkn bnda ni,salah takdir yang memilih mereka untuk ade perasaan itu?
atau adekah sebab mak ayah yang sebabkn bnda ini?
mak ayah yan tidak menunjukkn contoh yang bek,ajaran yang sempurna? 
atau mungkin diri sendiri yang tak mahu melawan,diri sendiri yang tidak kuat?

dan as public pula aku tak nafikan ramai yang akan memandang serong kepada golongn ini,
dan public (personally speaking) pon kadang2 akan cuba untuk tidak melibatkan diri,beranggapan tanggungjawab ini bukan padany,

tidak cuba untuk memahami ,
tidak cuba untuk mendengr,
tidak cuba untuk mlihat..
ape sebenarnya rasa mnjadi mereka.

dan kadang2 sebagai seorang kawan,sebagai seorang kakak kte pula merasa kesian melihat mereka,merasa sgt sedih,sangt marah melihat ap yang mereka lakukan sehingga merasa sangt lemah apabila dia dipertanggjawab atas mereka.. 
dan tanpa disedari mereka rasa tak mampu

dan sesungguhnya itu adalah salah.
dan salahnya adelah apabila kte tidak mengmbil tahu..

semoga diberi kekuatan adikku.semoga kisah ini menjadi pendorong dirimu untuk berubah.percayalah dik ,kau cantek dengn kau sebgai diri kau yang sebenarnya..tak perlu kau menjadi orang len,tak perlu dik mencari cinta yang len sedang kau tau yang allah itu sentiasa mencintai kau..sedang kau sendiri tahu itu salah..doaku dik semoga kau kuat..kuat dari akak dan akak tahu kau bole walaupon itu tak semudah yang dilihat.maapkan akak maapkan akak..

semoga allah sentiasa melindungimu adikku..
ya allah ak kasihankan mereka ini..aku pernah bersalah kepada mereka.bantulah mereka ya allah sesungguhnya kau yang berkuasa ya allah,kau yang berkuasa ya allah..





2 comments:

'Eid Benyusof said...

Ya Allah.kisah yang tidak pernah terbayang sebelum ni.memang tidak dinafikan banyak kes pelik-pelik berlaku sekarang ni.lesbian,pengkid,gay.macam-macam.

hidayah hanya ekslusif milik Allah.Rasulullah SAW sendiri tidak mampu memberikan hidayah kepada bapa saudaranya,abu talib.hidayah Allah itu tidak diketahui bila akan hadir.boleh jadi ia hadir dengan terdetik di hati untuk berubah menjadi lebih baik.segerakanlah melakukan kebaikan yang terdetik tersebut.mungkin sahaja tiada lagi hidayah yang kedua bagi diri kita selepas hidayah tersebut.alangkah ruginya hidup ini.

akhir zaman ini memerlukan lebih ramai "kak sufi" dlm kisah ni.seorang yang boleh memahami dan tidak memperlekeh seseorang yang berazam untuk berubah untuk meninggalkan sejarah silam yang gelap gelita.bila mana kita mendapat kepercayaan seseorang yang ingin berubah,jangan sesekali menjauhkan diri daripada mereka.sifirnya mudah.sekali kita menjauhkan diri mereka,selamanya mereka akan menjauhkan diri,bukan sahaja daripada kita bahkan juga semua orang.akibatnya,kebarangkalian untuk mereka kembali ke pangkal jalan ialah 0.001%.hampir mustahil.

shahira ismail said...

terima kasih suaidi..terima kasih banyak.