Sunday, July 17, 2011

tak suka jadi doktor!

bismillahirrahmanirrahim

doktor aku pernah cakap dulu
"there's difference between a DOCTOR and a GOOD DOCTOR"
-dr Saad-

Apa ciri-ciri seorang doktor yang baik?
Alhamdullillah hari ini Allah akhirnya memberi aku kesempatan utuk menulis tentang ini.Tentang ciri ciri seorang yang doktor yang baik.
Alhamdulillah segala puji juga buat Allah yang memberikan kesempatan pada aku,
memberi peluang kepada aku untuk berada dalam satu bidang yang mana Hilal Asraff pernah menyebut dalam buku nya betapa untungnya untuk berada dalam bidang ini kerana peluang dakwah untuk dilakukan itu sangat luas

dan
insyaalah semoga dengan taufiq Allah,semoga dengan keizinan allah, aku dan rakan-rakan seperjuangan aku mampu untuk melaksanakan amanah itu,
untuk sama sama mendokong tanggungjawab dakwah itu bersama.Insya allah.

berbalik kepada tajuk di atas,apakah ciri-ciri seorang doktor yang baik?

Aku pernah belajar psychology dan doktor yang mengajar pernah cakap bahawa
" remember patient wont come if they feel good"
ayat lain; pesakit tidak akan datang kalau mereka tidak sakit,
dengan ayat lain jugak, setiap pesakit yang datang semuanya datang apabila sakit mereka tidak tertahan lagi.

Aku telah membuat beberapa pemerhatian tentang bagaimana layanan seorang doktor kepada pesakit dan harapan aku untuk melihat aplikasi semua theory yang aku belajar dalam sesi pbl hancur sama sekali.
tidak sedikit pun yang sama.
Kalu dalam sesi PBL,kami diberi masa hampir 2 jam untuk mendiagnose sesuatu penyakit,disini aku perhatikan tidak sampai 3 minit!


Aku ke klinik tempoh hari,ke klinik minggu lepas,ke klinik minggu lepas satu lagi,ke klinik pakar mingu lepas minggu lepas satu lagi .
Setiap pesakit yang masok untuk berjumpa dengan doktor aku catakan masa,dan tempoh masa yang paling lama ialah 3 min!paling lama.
Berbeza dengan di pakar,consultations yang paling minimum ialah 15 minit.paling minimum!

Kenapanya ada beza disitu?
Aku perhatikan orang-orang yang datang ke klinik tempoh hari.
siapa?
mereka adalah makcik makcik,pakcik pakcik,atok atok.

Aku perhatikan orang-orang yang ke klinik pakar tempoh hari
Siapa?
mereka adalah orang-orang cina,amoi-amoi,unty-unty,uncle uncle,
mereka-mereka yang keluar dari kereta mercedes(walaupun cuma e class yang lama),honda civic paling minimum yang aku nampak.
Yang pakai sunglases prada,beg-beg YSL, baju baju yang branded.

Aku paling tak suka orang yang memandang pada harta.sangat tak suka.dan aku sangat tak suka orang yang membeza-bezakan layanan melihatkan kepada perbezaan status,perbezaan pangkat.
Pada baju jenama apa yang mereka pakai,pada kereta apa yang mereka pakai.sangat tak suka.

Aku cuba bersangka baik mungkin di klinik pakar,dah nama pun pakar jadi medical attention pun lebih skit ,sebab as mentioned,dia(pesakit itu)perlukan pakar punya attention so sebab tu la consultation takes longer,lebih lama berbanding di klinik biasa dimana patient datang in and out with simpler disease.
jadi tinggalkan isu ini dulu.

hari itu,semasa di klinik,aku memang berharap waiting list panjang dan alhamdulillah memang panjang.dalam hati aku; suka,ada peluang untuk tengok tengok orang.

dalam banyak-banyak pesakit aku tertarik kat seorang makcik,
datang dengkot dengkot dengan muka yang amat sakit(aku assume ada sumting wrong dengan perot atau kaki dia dalam otak DM's complication atau paling kurang pun jatuh masa menyawit),dengan anak perempuan dan laki yang tolong pegangkan beg mak datang memapah masuk.

Aku sempat tersenyum, dalam hati cakap, siannya makcik,baeknya anak dia.
Makcik balas dengan muka yang tahan sakit.

Tiba-tiba nama adek aku dipanggil untuk ke kaunter dan nama makcik dipanggil untuk jumpa dengan doktor.dan belum sempat kakak nurse terang2 pasal ubat kat adik,makcik keluar da siap!

ceh jangan cakap doktor kata "oo maap makcik,kes makcik kena refer ke hosp beso muar,nanti saya wat surat ok" sebab tu sekejap.
kalu macam tu, baek aku assume doktor tu cakap ayat tu kat semua patient,so sebab tula semua patient yang jumpa doktor tak sampai 2-3 minit pon da siap.

sebagai pesakit,aku rasa mereka semua ada hak untuk diterangkan sakit apa yang dia sedang alami ni.
Apa yang sebabkan dia kena sakit ni
Kenapa dia boleh kena sakit ni,
macamana dia boleh sembuh,
macamna dia boleh halang dari kena penyakit ni semula
dan yang paling penting sedikit kemesraan daripada doktor.
itu yang aku rasa penting.

aku pon tidak minta untuk consultation tu dilakukan macam pbl,meaning every patient needs 2h the minimun each untuk didiagnose,
cuma ,kalu doktor pakar boleh menyambut pesakit dengan tersenyum,berborak kosong(yang aku rasa kadang kadang out of topic),cuba untuk create doctor-patient relationship ,kenapa tidak di klinik biasa?
aku belum pernah ke hospital kerajaan,jadi aku belum pernah lagi tengok macamna layanannya di sana.

apa yang nak dibezakan dengan duit?
adakah sebab yang pergi ke pakar semuanya berduit jadi patient comes first?
Their satisfaction comes first?
lebih lama consultation lebih bagus,more money comes in.
macam itu?

Klu itu yang dipandang aku rasa macam nak bukak je kedai bundle kat makcik- makcik,pakcik- pakcik bio dorang dapat pakai baju smart2,baju branded2 so that doctor or tak kesah lah sesiapa kat luar sana bole pandang mereka-mereka ni sambil cakap "oh,they are somebody"

I hate sarcasm,dan aku tak suka being sarcastic esp menjadi sarkastik kat orang ramai.
jadi kenapa bunyi sarkastik sangat?

aku tulis benda ni untuk aku,
ya untuk aku ingat yang aku pernah benci untuk menjadi seperti itu,
pernah benci sifat yang macamni,
dan yang pernah berjanji satu hari dulu untuk tidak membezakan orang bahkan untuk memuliakan mereka mereka yang susah.
aku menjadi sarkastik untuk diri aku,kepada diri aku, supaya aku ingat kat makcik ini,supaya aku ingat muka makcik yang dengkot2 sakit datang meminta bantuan,supaya ingat muka adik laki yang memegang handbag mak dia dan untuk ingat bahawa aku pernah berjanji untuk memuliakan golongan ini.
dan supaya aku tidak lupa i'm nobody kat bumi allah ini.

seperti kata rasullah ,setiap dari kita terikat dengan tanggungjawab, dan setiap tanggungjawab ini nanti akan ditanya oleh Allah suatu hari nanti.
dan aku sangat takut andai kata nanti aku ditanya dan aku terkaku tidak dapat memberikan jawapan yang terbaeknya andai aku memberikan layanan yang berbeza kepada golongan yang sangat dicintai kekasih allah ini..

ingat shahira,ini utuk kau!

video



"there's difference between a DOCTOR and a GOOD DOCTOR"
-dr Saad-
0915am
21 sept 2010

8 comments:

Anonymous said...

salam.setuju sangat dengan post ni.memang ada berlaku situasi macam ni.tapi nak berkongsi ada satu klinik dekat melaka sangat bagus.check pun lama dan details.tapi kadang-kadang kita kena ingat tak semestinya check lama,checknya bagus.apa-apa pun dia terpulang pada cara doktor tu mendiagnos sendiri.

Bintu Rafee said...

tak suka tapi rela kan diri ye shiro ^^

shahira ismail said...

adi:haha hari 2 mood geram tu macam tu jadinya gaya bahasa kt haha
yeay!stedy no!wont forget!=p
hidop PBL!

anonymous:terima kaseh bagi pndapat.
betol.sebenarnya tak kira ap pekerjaan kte,kte kna ltkkn tu sbgai satu amanah yang kte kna wat elok2,so bila macam tu i.allah tak kan berlaku bnda2 gni.
bila rasa tu amanah,of kos kte akn rasa akan dpertangjwabkan. doktor apatah lagi,sebab yang datang tu perlukan bantuan dan percayakn doktor2 ni=p
semoga kte semua allah pilih untuk jadi orang amanah tak kira dalam ap bidang sekalipon
terima kaseh byk!XD

hafizul_mustaffa said...

kalau gov punya klinik,patient ramai,sbb 2 kot kejap je,t lme2 sgt patient gak yg marah kne tggu lme2...n doc pakar 2 mmg dorg xde patient sgt kn,patient nk jumpe pun kene bt appointment lu,leh la borak lme2 ckit...hehe..just assuming...
nk tmbh stu lg beze doc n good doc...good doc x maki student2 dia depan patient kn...btol x?

shahira ismail said...

hafizul:haha terima kaseh bagi pndapat.he semua org ade dia puya opinion gane ciri2 doc yang bek kt rasa
ade org rasa klu doc dapat bg dx yg betol, tu doc yang bek,ade yang rasa klu doc jd kawan to patient tu doc yg bek.
haha n bg awak lak klu doc tak maki student dpn pat tu doc yg bek.haha awk tya tol x,itu pndapat awk kt tak bole nk kata tak betol hehe. tq hafizul XD

Nurul Ain Haja Mohideen said...

shahira, nak komen bykkk sgtt, tapi tak terkata.. certain part, i agree w u, certain part i've queries, certain part totally disagree w u.. but nak crte kt sini pnjg lebar. tapi nak ckp satu bnde je, for all of us, if we love e work we do, then it will never b a work. we can change it, inshaAllah, in 3 years time =)

shahira ismail said...

haha ain,kt geram kat sorang ja doktor jadi bila cakap gni as if kt put d blame kat suma dr plak.haha dr kat klinik tepi eng hong tu bek.tak gni.haha ni grm kat sesetgh locum dr kat muar ni.hehe insyallh,kte cuba jgn jd gtu.kot2 kt jadi awak blasah ja kt hidop2 taw taw!XD

Nurul Ain Haja Mohideen said...

hahaha...biasala tu, reflective mechanism (term psycho, btul ke? main gune je HAHA).. yea, certain je mcm tu, n those tht belongs to that "certain" group never take doctor as their vocation.. tu yg berterabuh biler patient dtg, n behave mcm beast (sorry to say). haha.. i'm sure u wont be such a doc dear.. inshaAllah.