yang mempunyai dan memiliki zat yang sempurna aku mulakan
mungkin dah terlambat untuk aku postkan list2 barangan yang patot diboikot ni.
isu palestin bukan asing lagi bagi kami warga uia disini apabila kempen2 palestin ni sering kali dianjurkan disini ,sejak dari cfs lagi kalu aku tak silap
dan aku percaya isu ini juga bukanlah satu yang asing lagi bagi masyarakat di luar sana apabila rata2 mereka mengatakan isu ini bukanlah satu isu keagamaan tapi adalah isu kemanusian.
good good.
regardless atas dasar apa mereka membenci tindakan zionist ini ,usaha murni mereka2 ini memang aku salute tahap tertinggi apabila yang menyokong kempen anti zionist ini adalah yang bukan muslim.
menyedarkan aku tentang peranan aku trhadap isu ini.
sebagai seorang islam
sebagai teman seagama
sebagai seorang yang menganggp masjd aqsa sebagai kiblat pertamaku
atau paling kurang pon sebagai seorang manusia
manusia yang mempunyai perasaan.
ya aku tegaskan disini.
manusia yang mempunyai perasaan.
jujur aku katakan,aku antara orang2 yang byak jugak menggunakan barang2 yang patot di boikot ini.
setakat McD,nescafe terutamanya, adalah antara makanan wajib aku.
rasa tak bermula hari kalu tak pekena nescafe awal pagi.
serius addicted.
serius a fanatic nescafe fan
extreme fanatic.
maggi apatah lagi.
erk =S
tapi tula kalau nak pikir2 sampai bila asek nak macamni
asek nak membutakan mata dan memekakkan telinga walau tau bnda yang aku wat ni sungguh tak patot..
mungkin da patot berubah.
mungkin sudah cukup kot aku membantu zionist2 ni membunuh saudara2 seislamku disana
tahniah shahira!
tahniah kerana menjadi penyokong zionoist..
T_T
duduk dibandar lagilah aku tak nafikan mujahadahnya lagi berat
wah terutamanya di klang.
bndar segala ada
yang halal.
yang haram.
teringat kata-kata seorang ustaz
"kalu kamu tahan diri kamu makan kerana Allah Dia akan gantikan mujahadah kamu ni dengan makanan dari syurga"
subhanallah.
tak tahu kata2 ustaz ni daripada hadis ke apa tapi tak kesahlah bagi aku apa2 yang menggalakkan kepada kebaikan tak perlu sentiasa perlukn hadis yang sahih ye tidak?=)
yang sahih sanad dan matannya
saja menjadikannya sebab baru nak beramal
cukuplah aku tahu seruan itu ajakanny kepada kebaikan itu da cukup hehe
tapi yang of course la kena sejajar dengn alquran yang pastinya.
sedikit sebanyak terasa diri pon nak makan makanan dari syurga
ibarat "manna wa salwa" yang allah turunkan
Osemya! ^^,
jom sesama tukar
nescafe >>>>>>>>>>> kopi 343/kopi muar/kopi cap tupai cap masjid
maggi>>>>>>>>>>>>>> ruski
McD>>>>>>>>>>>>>>>> ?? hehe tak taw nak ganti ape=p
patot dapat komisen ni hehe |
jom sesama niatkn
"ya allah aku tinggalkn nescafe ku kerana mu ya allah.
aku tahu aku tak mampu kesana membantu saudaraku ya allah
jadi terimalah boikotku ini sebagai salah satu usahaku membantu mereka disana yaallah supaya aku tak malu di mahsyar nanti disaat mereka menuntut hak mereka sebagai saudara seislamku"
Yok sesama berubah ^^;
Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:
Syarikat :
Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut
Minuman Jenama :
Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.
Syarikat :
Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
mode: mencari pengganti nescafe insyallah..
No comments:
Post a Comment