dengan namaMu ya allah
B.E.L.I.A
malaysia VS mesir
di mesir ^^

GAZA - Walaupun masyarakat Mesir kalut dengan hal dalamannya, namun Palestin tetap hadir di Dataran Tahrir(Medan Tahrir) hari ini. Sejuta penduduk Mesir yang berhimpun di sana bawah slogan 'Kesatuan Mesir bantuan kepada Palestin'.
Lapor Safa, penduduk Mesir meninggalkan rumah mereka demi mahu menyertai perhimpunan juta di Tahrir, malah kelihatan bendera-bendera Palestin berdiri seiring bendera Mesir.
Sumber dari web berita Al-Jazeerah menyatakan puluhan ribu penduduk Mesir berhimpun di himpunan juta Medan Tahrir.
Para demonstran membawa sepanduk, kain rentang dan banting yang melaungkan suara kesatuan sesama penduduk Mesir dan begitu juga terhadap Palestin. Mereka turut mendesak agar dibuka sempadan Rafah Mesir tanpa menetapkan tempoh. Ketika menunjuk perasaan, para demonstran membakar bendera Israel, di samping menuntut agar mengusir keluar duta Israel dan menyingkir kedutaannya dari tanah Mesir.
Sumber 13/05/2011, web berita safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah
di malaysia(1 malaysiaku! =_=" )







PUTRAJAYA, 28 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu hadirin yang menyertai Himpunan Sejuta Belia di sini hari ini mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang jika ingin melihat Malaysia menjadi negara maju.Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk menawan kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa.
Najib berkata beliau gembira kerana berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak, sejuta orang muda berhimpun di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya.
"Di Malaysia, satu juta pemuda berhimpun untuk mempertahankan Putrajaya,” katanya
(rasanya dorang nak tgk suju haha)
p/s:rasa sedih(segan pon ade) bila pm negara kte membandingkan perjuangn belia kat mesir dengan negara kte.tak nmpak mana samanya langsung..,apabila rakyat perlu disogokkan dahulu dengan hiburan ,dan perhimpunan itu dikatakan satu perjuangan ??and as if benda ini adelah satu yang membanggakan??
(blurr...)
apapun its a gud effort,dari biar belia2 melepak tak tentu arah, himpunan ni jauh lbh elok,cuma sangat len,berbeza, opposite 180 degree klu nak dcomparekan dengan himpunan belia mesir kat dataran tahrir tu..ish ish PM aku ni haha =)






