Sunday, April 21, 2013

kerananya!

Alhamdulillah segala puji buatmu Allah
buatmu tuhan ku,tempat pengabdianku ,tempat kembaliku
segala puji pujian dan segala bentuk penghargaan aku tujukan buatmu
hanya untukmu,laisa laka!

alhmdulillah hari ini 10 jamadil akhir yang mana bermakna kurang lagi sebulan lagi
kita akan bertemu dengan Rejab dan akhirnya dengan tetamu yang paling istimewa kita semua dimana semua amalan kita akan digandakan.
Ramadhan.
seronok bukan.tak sabar rasanya hendak bertemu.
Aku sekarang di posting family medicine.dan alhamdulillah semestinya dengan izin Allah  aku berjaya melalui semua exam di posting-posting sebelum ini.
berjaya?miss D(disticntion)?
of course not.

how berjaya is berjaya?
cukup bagi aku sekadar pass sahaja.

after all bagi aku pass fail,distinction or just ordinary itu, tidak sama sekali menentukan how good the student is.
dalam medicine seperti yang selalu aku percaya adalah semua rezki dari allah.
how Allah wants it to be.
untuk dpermudah atau dipersusah.
benda tu semua hanya sekadar terminology yang dicipta manusia untuk mencapai atau create a kindda 'self saticfaction' or just a 'recognition by others'
apa yang penting ialah  se-ikhlas mana kita buat kerja ini kerana Allah dan untuk ummah.
then..all those recognition are not important..
at least untuk aku..

kalau kita lihat dari perspective yang laen,uniqnya islam ini kita diajurkan untuk bersyukur dalam setiap perkara.
be it a good one or a bad one.
kalau pass atau pass/d kita bersyukur kerana diberi rezki oleh allah
kalau 'sangkut' kita bersyukur kerana masih dberi ujian dari allah ,mana tau kejayaan itu 'istidraj' yang akan menyebabkan kita makin jauh dari Allah
em sapa tahu?

aku tertanya-tanya definisi "kejayaan" kebelakangan ini
ramai yang melihat kejayaan dari segi materialistik.
yang melihat harta,status ,pangkat dan keturunan sebagai salah satu element dalam memberi definisi kepada kejayaan.
same goes to Dr.
ramai yang beranggapan menjadi Dr bole dikira berjaya.
tapi Dr yang bagaimana baru dikira berjaya?
membawa kereta besar?rumah besar?ada klinik sendiri mungkin?

Aku berjumpa Dr Samsul hari ni
Dr yang paling aku kagumi dari pertama kali dia bercakap di depan kelas hinggalah sekarang.
bezanya sekarang aku dapat lihat sendiri bagaimana dia handle patient.
ternyata dia memang orang orang yang aku cari, bukan untuk dijadikan idola tapi untuk dicontohi.
op macammna nak dijadikan contoh kalu tak dijadikan idola?
haha contradictnya aku neh ya?

em hanya tersenyum sendirian

Aku tidak pernah percaya pada idola and role model.Sejak dari bangku sekolah lagi hinggalah sekarang da besar panjang.Bagi aku tiada yang layak dijadikan idola selain Rasullah yang dicintai yang khulquhu kal al quran..satu bentuk kepastian dan tiada tolok gantinya.

Bagi aku juga setiap manusia itu is good in their own way.
Setiap dari mereka mempunyai sesuatu untuk aku contohi,melengkapi and mengisi kekosongan dan kekurangan diri. 
agar setiap hari ke hari aku bole menjadi lebih baik dan baik (walaupon aku tahu agk payah disitu.maseh mencuba   T____T")
Setiap dari mereka juga mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik dari yang telah menjadi baik dan mempunyai sesuatu untuk menyumbang kepada ummah.
aku sangat percaya itu.kalu bukan sekarang maybe later.
bila?
hanya allah yang tahu cuma kita sebagai orang sekelilingi tidak patot meletakkan double standard disitu.
Bukan kah Rasullah ketika di offer Jibril untuk menerbalikkan bumi thaif Rasullah menegah.. 
"...Jika bukan mereka memeluk islam pasti selepas mereka ad yang memeluk islam.."

satu ayat yang benar benar mengubah persepsi aku..
sugguh tiada yang layak lebih dari layak untuk dijadikan idola selain mu ya rasullah.
merindui baumu di bumi itu.
salam alaik..

kalau orang bertanya apa erti kejayaan bagi aku.
aku akan cakap kejayaan adalah apabila kita berjaya buat sesuatu itu kerana allah dan untuk allah.
regardless on how u define sesuatu is sesuatu.
tak kira la stadi kerana dan untuk allah,bekerja kerana allah dan untuk Allah dan berkhidmat untuk orang laen kerana allah dan juga untukkNya .

Dulu aku pernah merasa penat kerana tidak buat sesuatu untuk diri aku dan kerana aku, lantas aku definedkan ape erti kejayaan kalau kita buat bukan kerana diri kita.meaningless.

lama kelamaan aku sedar,lebih dalam aku melihat sifat manusia itu, lebih aku menilai , memang benar manusia tidak pernah mengenal erti kepuasan.
menjadikan hidup ini seolah olah tiada akhirnya..mengejar impian dan kekayaan dunia sehingga lupa tujuan asal pengciptaan kita..hanya untukkNya...
masakan tidak orang menyebot "bekerjalah seperti hidup 1000 tahun.." tapi malangnya ramai yang terlupa rangkap seterusnya "..tetapi beramal la seperti kamu akan mati esok.."
terlupa barangkali..
tertunduk malu

Apa yang aku lihat pada Dr samsul tiada ap yang untuk dirinya.seolah olah dia menggunakan tulang 4 keratnya sepenuhnya untuk orang ramai.
Sesuatu yang belom aku jumpa pada Dr yang lain.
tertanya -tanya siapa gerangan isteri dan anak-ank Dr kerana sudah pasti hebatnya mereka berkongsi masa dan perhatian bersama pesakit-pesakit Dr.

 Aku cuba meletakkan situasi ini pada diri aku.
sekiranya aku berbuat sesuatu kerana diri aku,aku pasti merasa kecewa.melakukan sesuatu kerana dan untuk orang lain dan bukannya aku adalah benda yang tidak menyeronokkan.
i got nothing.

tapi cuba bayangkan kalu kita buat kerana allah untuk allah dan demi ummah dan orang ramai, every relief  the patient feels is our satisfaction..
apatah lagi melihat patient sembuh completely..
subhannalh.feeling yang tak bole digambarkan..

aku selalu percaya hidup ini pada memberi.Hidup ini untuk Allah dan orang ramai.
bukan untuk kita...
Berikan ak kekuatan itu ya allah..
insyallah dengan izin mu (:


1 comment:

bella said...

:) hanya mampu tersenyum, ALLAH..terima kasih untuk perkongsian ini sahabat ku.insyaALLAH ..anda kuat. ALLAH xkan letakkan awk dalam bidang ni kalau awk xmampu :)