segala syukur dan pengharapan buat Allah pengkabul doa,kepada Allah pemberi Rahmat dan kepadaNya kembali segala sesuatu.
Alhamdulillah,terima kasih buatMu ya Allah hari ni masih diberi peluang untuk menghabiskan sisa sisa Ramadhan yang bakal meninggalkan kita semua
tertanya tanya adakah amalan diterima ,adakah ibadah puasa yang dijalankan terima Allah, adakah segala ibadah lain dipandang Allah..
mengharapkan zat Allah yang tidak pernah mensia siakan ibadah hambaNya dalam beribadah
mengharapkan agar mendapat hadiah selayaknya dari allah.mengharapkan ganjaran dan pertemuan denganMu ya allah..
sungguh. sentiasa mendambakn pertemuan itu..
teringat kata kata Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya
"TUHANKU..
APA SAJA YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU
BERKENAAN DUNIA
BERIKANLAH KEPADA MEREKA YANG MEMBURUNYA
DAN APA SAJA KEBAIKAN YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU
BERKENAAN AKHIRAT
BERIKANLAH KEPADA HAMBA MU YANG BERIMAN
KERANA AKU HANYA MAHUKAN KASIH MU TUHAN
WAHAI ALLAH
JIKA AKU BERIBADAH
KERANA SYURGAMU..
JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN AKU KEDALAM SYURGA
ANDAINYA AKU BERIBADAH
KERANA TAKUTKAN NERAKAMU
MAKA LEMPARKANLAH AKU KEDALAMNYA
TETAPI WAHAI TUHAN..
JIKA AKU BERIBADAH
KERANA INGINKAN KEREDHAANMU
MAKA JANGANLAH ENGKAU SIA-SIAKAN DAKU"
dan aku terpandang balik kerana apa aku beribadat..
ya rahman agung sungguh cintanya kepada MU ya Allah, maka dimanakah cintaku berbanding cintanya yang tidak mengharapkan apa-apa balasan dalam beribadat pada Mu ya Allah..
malu padaMU yang melihat dan maha mengetahui..
Dunia.
Ahli-ahli sufi selalu menggambarkan kebusukan dunia yang tiada penghujungnya.
Buat pencinta Allah, dunia dan segala isinya ini tidak ada nilai di sisi mereka ,sedangkan yang mencintai dunia terasa berat hendak meniggalkan dunia.
ya benar.
Dunia ini dijadikan terlalu indah buat manusia..
terlalu indah.
sehinggakan kita semua terlupa bahawa dunia ini adalah adalah persinggahan sementara sebelum bertemu dengan destinasi utama kita.
akhirat..
terasa takut dalam mengingatkan diri dengan destinasi itu.tertanya-tanya adakah cukup bekalan kesana.
apakah sudah bersedia kesana yang kekal abadi?
ya dunia sungguh busuk..
tetapi aku tertarik dengan keindahannya..
banyak yang melalaikn, tidak kurang yang memujuk aku supaya tinggal lebih lama disini..
kalau boleh biar selama lamanya disini
ya allah..Kau maha mengetahui
Ku meyebut bahawa cintaku padaMu melebihi dunia dan segala isinya dalam setiap pertemuan kita
ku menyebut cintaMu adalah yang utama tiada dua tiada tiga
ku menyebut pertemuan denganMu adalah yang Kudambakan..
tapi masakan ku rasa berat melepaskn dunia dan isinya
masakan aku tertarik dengan dunia dan isinya ya allah
berbohongkah aku..
ampunkan aku ya allah yang sentiasa alpa dengan persinggahan yang cukup indah ini ya allah.
ampunkan aku terpesona dengan keindahan dunia ini ya allah sehinggakan ingin ku tangguh pertemuan itu..
hari ni buat pertama kalinya aku benar benar merasai kehilangan ramadhan itu
merasai pemergiannya.
berasa tidak yakin adakah telah berbuat sebaiknya semasa kedatangan ramadhan tempoh hari
entah apa yang akan tetamu itu bentangkan dihadapan Mu ya Allah
entah apa layanan aku kepadanya
Adakah aku mempersiakannya
adakah aku layan sebaiknya?
dan adakah akn bertemu semula ya Allah..
astagfirullah merasa andai aku bisa mengulangi masa
andai aku bisa kembali semula..
dan maka benarlah kata-kataMu ya Allah
berkata mereka yang rugi " wa yaqulu al kafiru yaaa laitani KUNTU TURABAA.."alangkah bagusnya sekiranya aku adalah tanah.
maafkan aku ya allah..
semoga pembetukkan rohani semasa ramadhan bisa aku istiqamah walau tanpa kehadirannya..
semoga bertemu kembali tetamu terindah
ke arah pertemuan yang abadi tak lama lagi
ameen
28 ramadhan 1434
1 comment:
Shahira:),thanks reminder
Post a Comment