Tuesday, September 14, 2010

buat tingkap?

hari ni tak de isu sangt nak d bangkitkan..tak de ap yang menarik,semua pon maseh dalam mud raya.
tapi aku ade satu artikel yang best nak di sharekan..kerana tajok dia sng tbest. sangt sangt menarik ak rasa ntk btolkan niat kte semua ni balik..
enjoy~


Menjadi lumrah hari ini, bagi mereka yg menceburi bidang perubatan dikatakan "budak study". Antara syndrome jelas digambarkan ialah waktu riadhah student kos lain main bola, student medic belek BUKU.

          Betul ke susah belajar medic? Bukan belajar je susah,tensyen... Dah habis belajar, mase kerja bertambah-tambah susah!

          Rase terpanggil untuk membidas beberapa andaian sceptical. Soal kerjaya seorang doctor itu susah, those with noble hearts akan menjawab  mudah kerja lah dengan ikhlas. Tapi masih x mampu menjawab soalan sepenuhnya, kerana kan IKHLAS itu suah nak di cari. Umpama mencari semut hitam di atas batu hitam pada malam yang gelap. So,masih belum terungkai lagi soalan2 sceptical di awal diskusi tadi. Begini... 3 situasi oleh 3 insan menyiapkan jendela rumah, Nilai anda di mana...

INSAN TERPAKSA.
Datang seorang budak bertanya pada pekerja yg sedang me-simen batu menyiapkan jendela rumah.
"Pak Cik tengah buat ape ni...?" Dengan muka yg tensyen di bawah terik matahari, suara garau kepenatan meninggikan suara "Tak nampak ke? Tengah simen Batu nie...!"

INSAN MENERIMA
Budak yang sama jalan sedikit ke hadapan. Rumah yang sama jendela berbeza disiapkan oleh insan berbeza. Masih dibawah terik matahari yang sama. Budak berpeluh, bertanya... "Pak Cik tengah buat ape ni..?" Menghias wajah dengan senyuman muka tak bersalah. Kepenatan bekerja. Pak Cik menjawab dalam suara yang selambe~ "Tengah me-simen Batu nak..."
Si Budak ingin terus bertanya, "Tapi kan penat kerja tengah2 panas nie"
"Tak ape lah,pak Cik kerja penat2 nie nanti Pak Cik dapat gaji, periuk nasi keluarga pak cik nie" jawabnya.


INSAN MEMBERI
Budak tersebut masih pelik, Kenapa la nak kerja penat2, Panas2...! Maju sedikit ke hadapan terus bertanya kepada pekerja ke-3. "Pak Cik tengah buat ape nie?"
"Pak cik tengah simen Batu" jawab pak cik spontan wajah berhias senyuman.

Pelik! Panas terik yang sama kerja yang sama... Jawapan dengan emosi berbeza. Jauh lebih gembira dari yang lain. "Pak Cik suka kerja panas2?"
"Hmmm... Sebenarnya pak cik bersungguh buat ni. Pak cik terbayang siap jendela ni, siap rumah ni ade keluarga yg menghuni rumah nie bergembira hidup bersama... Pak Cik tak nak kecuaian pak cik buat jendela nie membuatkan Kegembiraan mereke sekeluarga tergugat."

         
          Bukan soal gembira nya hidup kita. Bukan soal keBAHAGIAan diri semata. Pokoknya sejauh mana sumbangan kita dalam memastikan masyarakat sekeliling bergembira dengan sumbangan kita, atau paling tidak bergembira dengan kehadiran kita. KeBAHAGIAan orang? KeBAHAGIAan diri macam mana?

          Kepuasan hati kita bila kita melihat orang disekeliling kita bahagia.Hati kita puas erti hati kita bahagia. Kita BAHAGIA! Jadi bila ini wujud, 'erti hidup pada memberi' maka doktor itu tak memikirkan tentang susah nya kerjaya. Lebih hebat tak memikirkan tentang sedikit nye GAJI.Bila memikirkan gaji maka tempat kita hanya di tempat insan menerima. Jauh sekali dari ikhlas. So,INSAN MEMBERI bukan kata gaji, malah Hospital kerajaan atau Swasta pasti TIDAK menjadi persoalan.
          Semasa lawatan ke Hospital Pekan saya mengambil kesempatan bertanya kepada doktor bertugas, "What was actually your motivation to keep being a doctor though work is tough..."
"The Motivation is when the patient smile from the treatment of our own hand" (ayat di olah) Kepuasan hati atas kegembiraan orang lain.

           Memberi pada insan, percaya lah anda mungkin tak menerima dari insan tapi PASTI dan PASTI menerima dari ALLAH...! Hatta, Nabi mengajak kita untuk memuliakan orang. Ikramul Muslimin! Sedang tempat tidur Nabi itu merupakan se-simple2 tempat tidur sedang Baginda adalah pemimpin UMMAT! Hidup kerana memberi...


so macamn kawan2?seronok kan artikel ni?tak kisah apepon bdang yang kte ceburi,bek perubatan mahupon bkn rasany mesti seronok klu ap yang kte wat tu dapat bagi kepuasan kat dri kte,meaning mmg kte minat nak wat bnda tu sume,tapi ak rasa lagi best klu bnda yang kte minat tu secara tak langsung dapat bagi benefit kat others..kan kan?so plh la,nak jadi tukang simen yang pertama,ke2 ke ke3 tu..ak?hehe tyme baca cerita ni semangat btol kot nak jadi yang pakcik yang ke3 tu.haha tapi otw nak siapkan tingkap tu rasany pakcik tu confirm berpeluh,so ak pon dalam real life pon cnfrm bknla senang2 no dapat siapkan tgkp tu ye tak? (^^,) apepon klu semangt tu kuat nak tolong orang kte kenalah kuat!(mak ai semagt kot ni hahaha)

3 comments:

bella said...

syiro..selamat hari raye..t kite jmpe ye..heheh

aku dr amin said...

sokong. kalau gembira, apa apapun bahagia. tak kesah dr ke, kerja kuli pun. bukan penat dan lelah menjadi ukuran , tapi kepuasan

Siti SoLha said...

btol tu shro..ak da pnh rase dah.wlwpon mse tu ak keje waiter je.hehe..tp bile customer dpt mkn dgn happy, ak pon rase puas. =) n klw iklas lillahi ta'ala insyaAllah ade jugak habuannya kt sana nti.