Sunday, December 9, 2012

sujudlah!


bismillah dengan nama allah
dengan nama mu yang menjaga masa

mencuri masa sekejap sambil memerhatikan hamba2 yang beruntung bersujud padamu
semoga sentiasa menjadi hamba dan kekasihmu yang terpilih ameen

Perbualan ayah dan anak

Along:bah doakan along da nak exam
Babah:insyallah along,usaha yang terbaek serahkan semuanya kat allah lps tu

Along:angguk2 sambil pandang lutut ayah

Babah:nak examine babah ke?

Along:sambil pegang n belek2 nth paper cakap,
“nak tapi along xtau no..huhu”

Susah sgt nak examine last2 amek myk just urut ja kaki ayah,xjadi nak examine

Babah:babah nak tanya ,agk2 along kenapa allah jadi lutut manusia bole bengkok ke depan(medical:bole flex the knee),lutut ayam flex kedalam instead?

Along:oo ayam ad lutut ekh?
Babah:habeh macamna dia duduk?

*sila refer gambo ayam duduk kalu xley imagine

Along:oh aah la.xtau
Babah:allah jadi lutut manusia bole flex supaya manusia bole bersujud..(ayah cakap sambil tersenyum)
subhanallh..


p/s:tinggi manapon medical aleh2 kepada allah juga tujuannya
semoga  maken tinggi ilmu ku semakin meningkat rasa cintaku pada mu ya allah

Wednesday, November 14, 2012

banyaknya makan!puasa jom!


Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: bersabda ;

ليس الصيام من الأكل والشراب ، وإنما الصيام من اللغو والرفث ، فإن سابَّـك أحد أو جَهِل عليك فقل : إني صائم
"Bukanlah puasa dari makan dan minum, namum puasa adalah [menahan diri] dari bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan : sesungguh aku sedang berpuasa" (Hadith Sahih Ibnu Khuzaimah )
shahira: =)

alhamdulillah segala puji bagi allah tuhan sekalian alam
yang menjadikan langit dan bumi dan setiap terbentangnya alam ini
subhanallah pagi ini sungguh cerah seolah olah turut sama bergembira menyambut
kedatangan tahun baru hijrah kali ini 
seolah olah Allah telah memberikan keampuanannya bagi semua makhluqnya seperti mana yang tertulis dalam dalam akhir tahun.
ya allah semoga aku antara mereka yang terpilih

erm seperti biasa sudah 2 kali budak2 orthopeadics meraikan cuti mereka di uia,
dan disaat ini aku sangat merindui kek apam pisang mak aku.
sangat merindui mak,ayah,adek2 poor bear dan kaka bear.
walau jauh ya allah mereka, aku titipkan mereka semua di bawah penjagaaan Mu ya Allah.
sesungguhnya kau adalah sebaik2 penjaga

hari itu setelah lama tak berbulatan gembira allah mengizinkan kami semua untuk berkumpul beramai ramai sekali lagi
ya allah indah sangat pertemuan itu,indah sekali pabila kami beramai ramai berkumpul beramai2 yang telah kau tautkan hati kami2 bersama dalam satu majlis utuk mengingati Mu ya allah.
semoga ini menjadi salah satu antara cara aku mempamerkn cintaku pada mu ya allah

topic hari itu sekadar santai santai.
tiada topik berat yang dibincangkan sekadar membuat revisi hati dan ibadat masing masing.
membuka kepada topik puasa

perbincangan dibuka dengan keistimewaan puasa sunat isnin kames.
ya puasa isnin kames
di uia yang aku sayang ni amalan ni  rata2 bagi  kebanyakkan dari kami tidak asing lagi.
seperti aku pernah katakan dahulu,uia ni adalah tempat untuk beribadat yang sesangat condusive,seolah olah memberi aku peluang mempersiapkn diri selama 5 tahun bukan sebagai doktor sahaja tapi sebagai muslim yang sebenar,agar cita cita utama,agar jalan kearah mukmin itu dapat ku capai insyallah.
erk maseh terkapai kapai actually

jadi hari ni nak share ap sebenarnya keistimewaan puasa isnin khamis ni

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)

subhannallah..
di bentangkan amalan dalam keadaan kita berpuasa?
bayangkan disaat malaikat membawa amalan kt untuk dpersembahkn kepada allah, malaikat berkata"ya allah hamba mu ini di saat ni sedang berpuasa  pada mu ya allah"
subhannallah betapa mulia hambanya itu.

dan kt semua pon acknowledge yang puasa ini sangat bernilai sehingga pahala untuk puasa ini hanya rahsia allah dan hambanya
yakni hanya Dia yang tahu ganjaran apa yang hendak diberikan kepada hambanya yang berpuasa
dan of kos sekiranya mereka yang berpuasa ni benar2 berpuasa,iaitu bukan sekadar berpuasa perut sahaja tetapi anggota yang len pon turut berpuasa alangkah indahnya

aku berazam selepas itu untuk meningkatkan quality puasa aku agar setiap kali amalan aku dpersembahkn depan allah i want it to be the best!insyallah=)

seperti tercatat dalam hadis satu "innama a'malu binniat" setiap amalan bergntung pada niat
aku dahulu penah juga terpikir "banyaknya makan hari ni nak puasa la besok"
erk nampak sungguh jahil aku disitu..
insyallah sekarang perbetulkan niat..
jika kita niat nakurus ,kurusla kita dapat(itupon klu dapat control tyme buka pose=P) tapi jika kita niat kerana allah,kerana ingn persembahkn amalan sebaekny dalam keadaan puasa ,kerana yakin dengan taqwa yang allah janjikn, itu yang kita dapat insyallah=)

sesama perbetulkan niat kerana apa nak puasa
tak sabar nak persembahkan amalan kat kekasih dalam keadaan berpusa (mata bersinar sinar=))
kearah meningkat quality puasa insyallah! (AJA!)

Sunday, October 28, 2012

antara keinginian dan tanggungjawab

bismillah dengan nama allah yang pemurah lagi mengasihani
 


 tit..bunyi meseg
"syiro!kena cover wad skang grupmate len xde"

aku: aiyak baru drive balik klang,tak dan pon masok bilik lagi kot..da le baru balek uma,sedih tinggal mak ayah tak habeh agi..

aku dalam ati : apekal je ni fardhu kifayah..kalau tak i would prefer staying at home dengan mama babah dan adek-adek..ya allah sahaja aku buat pekerjaan ini kerana Mu..demi agamaMu dan demi saudara2 seislamku.saudara muslimatku terutamnya

p/s:ingatkan aku disaat terlupa.




Friday, September 21, 2012

ketetapan insyallah=)


 Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.”

Bismillah Ar rahman Ar rahim
Dengan namamu ya allah yang memberikan cinta dan mempersatukan hati hamba hambanya
Pertama dan selama lamanya segala puji buatmu tuhan,buatmu ya allah ,buatmu cinta teragungku yang memberikan nikmat untuk sekali lagi hari ini dapat bernafas atas namamu
Atas nama kecintaan mu.yang hari ini dengan nama dan sifatmu yang Rahim masih memberikan aku  kesempatan,masih memilih aku untuk masih merasa halwatul iman iaitu kenikmatan iman itu ya allah.
Tetapkan aku dalam jalan kebenaran ya allah
Pimpinlah aku dalam menjalani ujian hidupan yang penuh panca robanya.

 Alhamdulillah kali ini berada dimuar,setelah sekian lama berada di klang.satu banda yang hiruk pikuk bole aku gambarkan.setiap manusia kelihatan sangat sibuk dalam urusan dunyawi mereka.
Jauh bezanya di muar.masih diberi kesempatan untuk mendengar kicauan burung burung,bunyi angin deru deruan.yang sebenarnya adalah bentuk tasbeeh tasbeeh mereka kepada Allah yang esa!subhanallah.
Alangkah bagus klu allah bukakan hijab kita dan dapat memahami bahasa alam ini. pasti aku akan menjadi manusia pertama yang tertunduk malu pada mereka semua.astagfirullah.
Aku terbaca satu blog ini disaat mengisi nutrisi hati agar tidak gersang dek pujukan dan godaan dunia,terlintas pada  blog ini
Aku tersenyum sendirian.

Seolah olah dapat merasai kebenaran setiap kata kata penulis di entry itu.
Orang cakap tak rasa kt tak tau,dan semestinya orang yang tak merasa tidak mempunyai hak untuk mengomen,not reliable gtu.he ada pilih kasih  distu

Cinta allah.cinta manusia.

Subhanallah.topik yang besar untuk dibincangkan.sangat besar.aku terpaksa setuju.tidak,bukan terpaksa,aku sangat setuju.
Terasa macam satu tamparan hebat saat membicarakan isu ini.
Teringat kepada dosa dosa dahulu yang entah allah maafkan atau tidak..=’(

Dalam mentafsirkan priority  cinta manusia dan cinta allah ,masing masing mempunyai pendirian yang tersendiri.
seperti selalu aku katakan aku sangat menghormati pandangan setiap dari mereka ,selagi mana tidak bertentang dengan islam, selagi mana tidak meletakkan cinta manusia lebih tinggi dari allah that is sooooo fine with me.
He which actually indirectly aku da letak skema jawapan kan bg soalan antara priority cinta allah dan manusia?haha which indirectly I would say, cinta allah itu lebih utama dari cinta manusia which in a way means I wont accept other answer than that.haha mana kebenaran ayat aku
“seperti selalu aku katakan aku sangat menghormati pandangan setiap dari mereka”?

Sekali lagi tersenyum sendirian
.
Aku pernah dahulu antara dilema dalam menentukan mana lagi penting antara cinta allah dan cinta manusia.
Apabila aku Tanya pada diri, mulut dengan lajunya berkata “oh shahira sudah tentunya Allah yang paling kau sayang shahira,bukan manusia”
Pandainya mulut bermain madah.
Entah mengapa Hati tidak dapat bertenang dengan pengakuan yang dibuat oleh mulut.gundah gulana,rasa tak tenang,rasa jauh dari pandangan cinta allah.
Lantas aku bertanya pada hati
“siapa lebih utama shahira.siapa lebih kau sayang.allah atau si dia(cinta manusia)?

Dalam keheningan malam itu hati dengan susahnya menjawab “si dia”
Ya allah..sekarang baru aku tahu peritnya kejujuran itu.dalam hati terpaksa mengagumi pepatah arab itu
Dan I’ve to admit inilah pengakuan paling pahit yang pernah aku buat..
Sampai sekarang masih tersa kepahitannya.

Jadi sebab itu aku katakan kita takkan tahu how it feels sampailah kita sendiri da rasa,dan sebab itulah aku kata orang yang tak rasa, komen dia tak reliable..=p
Aku menjawab di blog sahabat itu.
Dengan pantas jari jari mengukir bait bait perkataan mengatakan dan mengiyakan setiap dari kata katanya.ketenangan yang aku peroleh wallahi tiada tandingan.tiada lagi gundah gulana tiada lagi resah resahan.
Subhannallah.terimakasih ya allah.

Di awal awal pencarian cinta hari itu, tak nafikan pergolakan nafsu dan iman berentap begitu dahsyat sekali.
Keliru antara keperluan aku sebagai manusia dan kewajipan aku sebagai hamba.
Mungkin aku terlupa hari itu aku adalah hamba.dan pengabdian aku sudah tentunya untuk allah,cintaku untukNya.

Sebagai manusia yang perkataan nya sahaja berasal dari “nasia” perkataan arab apabila dinasabkan menjadi manusia,didefinasikan pada “lupa” ,sudah tentunya aku lupa siapa aku
pada siapa aku berkhidmat.
lupa.
lupa itu
lupa ini.

Dan aku tak nafikan dalam pencarian iman hari itu bukan sahaja sahabat2 dunia tapi sahabat sahabat akhirat hendaknya banyak membantu aku.
Membimbing,memberi nasihat, paling kurang pon mendengar dilema aku ni.
Semoga allah membalas jasa kamu sahabat

Jadi sekarang matlamat telah jelas.
Bukan dimulut sahaja tapi dihati juga harapnya insyallah..=)
Seperti kata2 allah mafhumnya “adakah kau sangka kamu telah beriman sebelum aku menguji mu..”
Andai ada diluar sana masih tercari cari cinta manusia,atau rasa keliru antara kepetingan cinta allah dan manusia ,ambillah iktibar dari ceritaku ini,dan percayalah tiada yang lebih agung dari cinta allah.

Aku cerita sebab aku da rasa
Aku beri nasihat sebab aku pernah buat silap
dan aku tulis supaya aku tak lupa lagi..
 
"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus




Monday, August 6, 2012

ukhwah (=

bismillah dengan nama allah yang maha pemurah
yang maha memberi kasih sayang dan cinta

kata allah dalam alquran al a'zim


“Dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(al-anfal:63)

semoga allah tetap mempersatukan hati-hati kita sahabat.
dan ukhwah yang sebenarnya adalah apabila seorang sahabatnya sentiasa mengingatkan sahabatnya yang lain untuk sentiasa mengingati allah dan sentiasa ada menasihati diasaat alpa.
Doa ibrahim sahabat..

“dan jadikanlah bagiku seorang penyokong (pembantu dari keluargaku iaitu Harun, saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku agar kami banyak bertasbih kepadaMu dan mengingatiMu, sesungguhnya Engkau Maha Melihat keadaan kami” 
Taha[ 29 – 35]

Semoga kita semua tergolong dalam golongan itu sahabat (= insyaallah!



Friday, July 13, 2012

susahnya mendidik hati




Ya allah dengan namamu yang agung
Ya allah dengan namamu yang sangat aku rindu
Sungguh ya allah.
Yang sangat aku rindu.
Ya allah ya allah ..
dengan namamu yang da lama aku tinggalkan
Tapi..
dengn namamu yang sangat pemaaf
maafkan aku ya allah

Ya allah
dalam kesibukan dunia ini ya allah,
aku semakin jauh dari mu..
menjadi kan hati sema kin keras
semakin melupakanmu yang pernah aku sayang
yang ingin aku sayang sebenarnya

ya allah
dalam kesibu kan ,
aku mulai mencintai manusia lebih dari mu
tanpa aku sedar aku perlahan2 menyisih kan cinta mu ya allah
perlahan2 tanpa aku sedar, aku mulai menjauhkan cintamu dari ku ya allah
seolah2 beranggapan cinta manusi itu lebih hebat dari mu
seolah2 merasakan aku perlukan cinta manusia ini lebih dari cinta mu ya allah

aku di awang awangan
merasakan indahnya perasaan itu ya allah
merasakan bahagia nya perasaan itu
di saat yang sama aku rasa kan mungkin tidak mengapa bagiku untuk ku kongsikan cinta ku padamu dengannya
semakin lama semakin indah ya allah
dan aku kira “oh a ku mampu la ku kan rupanya..”
aku mampu rupanya..

hari berganti hari
perasaan semakin  indah
apabila ada yang mengambil berat
apabila ada yang mengambil tahu
apabila ada yang merisaukan

tapi tak tahu mengapa di satu sudut hati aku merasa kehilangan
apa itu ya allah..
apa itu ya allah..
perasaan yang tak dapat a ku gambarkan
sepi..
jauh..
dan aku mulai mencari..
dimana mu ya allah..
dimana mu ya allah..

baru aku sedar yang aku tak mampu berkongsi
aku tak mampu menilai mana yang lebih utama
cinta mu atau cinta manusia

disaat kau pergi kerana kealpaan ku terhadap cinta manusia
aku rasa kan kosong
solat ku ya allah,tidak lagi seperti dulu.
Pertemuan kita ya allah tidak lagi seperti dulu
Perjumpaan kita ya allah tidak lagi semanis dulu.
Hilang ya allah segala perasaan aku
Hilang rasa ingin selalu bertemu
Hilang rasa rindu ya allah..
Hilang semuanya..

Rasa malu hari ni untuk kembali
Rasa malu hari ni untuk bertemu dengn mu ya allah
Terasa kotor..
Sangat kotor..
Terasa sangat hina
tak tahu nak bersih kan macammana..

mereka kata perasaan itu fitrah.
Fitrah untuk berasa demikian
Saja nak sedap kan hati..
Saja mencari sebab untuk memaafkAn diri
Mencari sebab untuk berkata “tak pa shahira itu biasa..”
Ya allah bagaimana aku bisa  memaafkan diri
bagaimana aku bisa berkata tidak mengapa
andai aku tegar
menggunakan alasan fitrah untuk  mencintai manusia,
untuk lebih mencintai mereka
sedangkan fitrah kehambaaan itu lebih utama?

mereka kata “iman yazid wa yanqus”
lagi mencari alasan untuk berkata “tak pa shahira itu biasa..”
bagaimana bisa aku dapat memaafkan diri setelah Dia tahu aku telah mengenepikannya
dan  “wa yaklamu ma tukhfi as sudur..”
sedangkan dia tahu apa di hati ku

ya allah aku malu dengan mu yang maha mengetahui
yang mengetahui perasaan ku
aku malu denganmu yang maha melihat
yang melihat bagaimana teruknya aku mengenepikn mu..
rasa terduduk..
sangat........

ya allah hari ini dengan bersaksikan kau ya allah  aku lepas kan dia
jangan biarkan aku mendapat cintanya tetapi aku hilang cintamu
mungkin benar aku maseh belum mampu..
ya
mungkin benar aku belum mampu..

ya allah aku mencintaimu lebih darinya.
Ya allah.
aku mahu mencintaimu lebih darinya,lebih dari dunia dan segala isinya
jangan tinggal kan aku ya allah
sesungguhnya aku tahu kau sentiasa menungguku ya allah..
hanya aku yang tida melihat..




Wednesday, June 20, 2012

=)

bismillah dengan nama allah yang memiliki sekalian Ilmu
yang maha memberi dan maha meminjamkan pengetahuannya kepada hambanya
yang hanya sedikit yang manusia tahu sekiranya mereka berfikir

aku d posting medical sekarang ini.
posting yang menarik ,banyak benda baru yang dipelajari
dan of course makin banyak yang aku tak tahu.
teringat kata-kata peninggalan Hamka semasa kami d bukit tinggi tempoh hari
katanya
"semakin aku belajar semakin banyak yang aku tidak tahu"

ya
sangat benar.
semakin aku belajar ,semakin banyak yang aku tak tahu dan makin banyak yang perlu aku tahu..
membuatkan aku tertanya-tanya apakah yang sudah aku belajar sepanjang tempoh hampir setahun clinical phase aku ini.
down?
oh tidak(haha ini sungguh penipuan yang nyata)
mahu kan tidak down apabila melihatkan doktor2 yang meletakkan high expectation atas kami semua.
menyebabkan aku rasa ya allah makin berat amanah ini
rasa macam nak pass kat orang len
kalu la medic ni macam men larian baton..

oh tidak
tak sepatutnya rasa berat melakukan sesuatu kerana orang ramai
tak sepatutnya nak pass bnda ni kat orang len
ini satu rezki
ini satu peluang aku nak balas nikmat allah terhadap diri dan kelurga ku selama ni
nikmat oxygen.
nikmat mata.
ap lagi?
just name it.

kalu suma orang pon macam aku bila masa nak ada orang macam dr naim?
wah
kagum melihat hambamu yang itu ya allah
bagaimana agaknya Kau ciptakan otak doktor sampi begitu cekap sekali dia.
lagi sekali aku kagum.

ya apapun kembali kepada matlamat hidup.
kembali kepada apa priority aku
kembali kepada apa yang ingin aku capai, kepada apa yang ingin aku sumbangkan kepada yang orang ramai
mudahkan aku ya allah

ya allah semalam buat pertama kalinya aku melihat hambamu ini solat di wad
subhanallah sangat kagum ya allah
rasa malu kat pakcik itu
ya allah yang maha mendengar walau apa pon sakit pakcik ghalim tu Kau sembuhkan dia ya allah
sesungguhya Kau yang memegang assyifa' itu ya allah
kami hanya sebagai wasilah.
dan semoga kau dapat memilih aku menjadi antara orang2yang sangt mengingatimu,yang sentiasa menggingati mu walau dalam apa keadaan sekalipon..
rasa rindu kat allah.
semoga berjumpa malam in insyallah=)