Thursday, May 10, 2012

B.E.R.S.I.H


bismillah dengan nama allah yang aku cintai
yang ingin aku cintai melebihi dari dunia dan segala isinya
bismillah dengan namamu ya allah aku mulakan

alhamdulillah lama rasanya tidak menjejakkan kaki ke blog ini
tempat yang mana aku rasa adalah luahan hati aku.
straight dari hati aku

hari itu seperti biasa,hari khamis.
hari yang sangat aku nanti nantikan sepanjang miggu.
hari dimana aku akn duduk bersama2 akhwat yang len.
perhimpunan mingguan yang di dasarkan kecintaan kepadaNya yg esa
perjumpaan mingguan atas dasar untuk sama2  me"recharge" kembali iman.
alhmdulillah..segar rasanya.
segar setiap kali selepas bertemu,seolah2 mendapat nafas baru=)
tarbiah itu adalah oxygen.
betol tu.

terima kaseh ya allah memberi aku peluang ini ntk bersama2 mereka yang lebih mencintaimu agar aku pon bisa mnjadi seperti mereka

perbincangan hari itu,kami semua dbuka dengan topik yang sedang hangat dperkatakan
tentang isu bersih
soalan pertama naqibah aku
"ap pendapat adik2 tentang isu bersih"
aku sedikit berdebar hari itu.
kerna ap?
allua'alm allah lbh mengetahui.
aku pon tdk tahu kenapa

as usual we go round table dan perbincangan hari itu dilmulakn dengan akhwat sebelah kiri naqibah aku,
yang bermakna i'll be last one to comment
1st persenter mmberikn respond yang negative.sangat contradict dengan stand aku tentang isu ini.
as discussion went along aku dapati kesemua dari akhwat rata2 memberikan pandangan yang berbeza dengan aku

alasan mereka?
semua logik2 blaka.
alasan mereka?
semua bole aku terima dan aku tahu kenapa mereka berpikiran begitu.
sangt2 paham

semakin kami round table semakin aku merasa lemah
dan aku mulai rasa aku tidak mempunyai kekuatan
hati ku menjeri "akak saya sorang2" i really wish she could hear that.seriously
dan jauh dsudut hati aku rasa sangt sedih.sangat2!
dan akhinya tiba giliran aku.


aku hnya tunduk ke bawah ,rasa tertewas dengan diri sendiri
without even battling yet
tak tahu kenapa
tak de kekuatan mungkin
sebab ap yang dorang cakap suma ad pointnya cuma aku tak tahu macamna nak explain
baru paham rsa mnjadi ganjil
sunguh tak seronok.
lemah.
tak cool langsung.


aku hanya cakap "akak saya sokong 200% bersih"
sangat2 sokong.
sangat2.


hari ni aku nk menjawab persoalan mereka.
aku nak sharekn ap yang aku jmpa.
satu analogi yang aku rasa sungguh simple dan mudah dipahami.
article yang ditulis oleh  Ketua Penerangan PAS Pusat,Tuan ibrahim tuan muda






"Ini hanya cerita rekaan....

Situasi 1:


Ada sebuah rumah terbakar. Rumah terbakar tu ada manusia. Tidak pasti agamanya apa, amalannya apa, bangsanya apa.

Seorang bukan Islam bergegas cuba menyelamatkan mereka dan memadam api. Dia menjerit-jerit suruh orang ramai datang bersama selamatkan orang. Orang ramai pun datang, dia bagaikan ketua, sambil mengarah dan merisikokan nyawa utk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Tiba-tiba ada seorang Muslim yang berfahaman asabiah datang :


"Mengapa kamu semua terlibat dalam misi menyelamat yang diketuai oleh seorang yang minum arak? Tahukah siapa yang kamu hendak selamatkan? Mereka mungkin bukan orang kita...."

Seorang yang Muslim yang faham agama berkata :


"Selamatkan orang dulu. Manusia yang terperangkap itu ciptaan Allah juga. Matlamat kita membantu di sini untuk menyelamatkan nyawa, bukan bersama untuk menyokong orang minum arak? Apa gunanya orang yang tidak minum arak tapi tidak tahu membantu orang yang dalam kesusahan?”




Situasi 2:


Ada satu perlawanan bola, antara dua pasukan, team A dan team B. Team A adalah campuran antara orang Islam (majoriti) dan bukan Islam. Team B adalah orang Islam.

Selama 4 dekad, team A yang kaya dan selalu menang - walaupun diketuai orang Islam, mereka sanggup menang dengan cara merasuah pengadil, menindas team B dengan menghalang peruntukan yang sepatutnya sampai ke team B, yang semuanya Islam. 

Walaupun tewas, miskin, team B tetap wujud tetap melawan team A.

Selama ini, penonton ditindas kerana membeli tiket menyaksikan perlawanan bola sepak berat sebelah yang memihak pada team A.

Team B sedar, bahawa ia perlukan bantuan utk menewaskan team A yang bermain secara kotor. Team B mula bergabung dengan pihak lain termasuk bukan Islam dan bekas pemain team A yang turut inginkan satu perlawanan yang adil untuk melawan team A.

Team A mula mengalami kekalahan, dulu daripada 14 perlawanan, team A tewas satu. Kini, team A kalah 5 daripada 14 perlawanan kpd team B walaupun dengan penipuan.

Orang yang berfahaman asabiah penyokong team A berkata:

"Mengapa team B sanggup bekerjasama dengan orang bukan Islam utk mengalahkan team A yang diketuai orang Islam. Mengapa team B tak nak bekerjasama dengan team A? Jika team B bekerjasama dengan team A, makan orang bukan Islam dalam team B tak boleh menang." 

Orang ini terlupa bahawa walhal dalam team A, selama 4 dekad, mereka bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk menang team B dengan cara kotor.

Orang yang betul memahami agama pula berkata:

"Kita bekerjasama atas sifat tahaluf siyasi - utk menentang ketidakadilan, ketidaksamaan dan kezaliman team A utk kekal kemenangan. Penonton selama ini ditindas, kerana mereka sebagai pembeli tiket tidak dapat menyaksikan satu pertandingan adil selama ini. Bukan soal menang atau kalah, soalnya ialah penonton mesti dapat melihat dua pasukan yang sama kuat bersaing dengan adil utk memajukan sukan bola utk negara. 

Masa team A menang 4 dekad, tak terfikir pun nak bergabung dengan team B. Bergabung antara team A dan team B pula tidak betul, kerana team B yang mempertahankan prinsip keadilan selama ini akan bersekongkol dengan team A yang ingin menang dengan cara yang kotor. Takkan team B nak bersekongkol dengan orang yang menindas. Bila team A mula menang balik, apakah mereka masih perlukan team B? 

Team B hanyalah sekadar utk menghilangkan saingan pd team A supaya team A boleh kekal juara."

Kini, wujud pula satu kumpulan C, yang cuba menghalau pengadil yang dibeli. Seperti situasi 1, team A yang ingin mempertahankan pengadilnya, menuduh team B bersekongkol dengan team C yang diketuai bangsa dan amalan berlainan utk menindas team A.

Bagaimanakah misi menukarkan pengadil, memastikan perlawanan bola lebih adil boleh dilihat sebagai satu tindakan menindas dan mencabar team A? "



aku harap akhwat2 yang len paham atas dasar apa aku sokong.
cuma aku terkilan yang amat tak dapat bersama2 mereka yang len duduk sama membantah.
terasa seperti kaab bin malik masa perang tabuk.

hati melonjak2 nak p,tapi tak de peluang
apabila hajat dberitahu mak,mak melarang keras
which aku da expect dari awal lagi.
mak cakap "slagi along bawah tanggungan mama n babah selagi along tak kawen mama tak izin p"

buat pertama kalinya dalam hdop aku aku berharap aku da kawen tyme tu.
buat pertama kali!
buat pertama kalinya aku harap ya allah klu la aku ada suami,bole aku bawk dia p skali
(n of course la aku harap dia yang lead aku,tak kan aku lak lead dia,sungguh tak ayu!)

dan sudah tentulah dengan lelaki yang mempunyai matlamat dan cita2 yang sama seperti aku
agar momentum dakwah ni lebh laju.

aku dan dia sama2 gunakn nikmat usia muda dan kekuatan yang allah pinjamkan ni demi islam.
wah awsomenya!

"allhumma inni as Aluka hubbak
wa hubba man yuhibbuk, wal a'malil lazi yuballighuni hubbak" 

ya allah aku  memohon kecintaan mu ya allah, dan kecintaan mereka yang mencintai mu, dan amalan yang menyampaikn aku kpd cintamu
amin

aku berharap aku dapat jmp laki yang sggp berjihad demi islam,

1 comment:

Unknown said...

saya juga seperti kamu...^^,