Monday, May 30, 2011

B.E.L.I.A malaysia VS mesir

bismikallah
dengan namaMu ya allah


B.E.L.I.A
malaysia VS mesir


di mesir ^^






                                     


                                        


                                      
                               
                                     
                       
                                      
































































GAZA - Walaupun masyarakat Mesir kalut dengan hal dalamannya, namun Palestin tetap hadir di Dataran Tahrir(Medan Tahrir) hari ini. Sejuta penduduk Mesir yang berhimpun di sana bawah slogan 'Kesatuan Mesir bantuan kepada Palestin'.

Lapor Safa, penduduk Mesir meninggalkan rumah mereka demi mahu menyertai perhimpunan juta di Tahrir, malah kelihatan bendera-bendera Palestin berdiri seiring bendera Mesir.

Sumber dari web berita Al-Jazeerah menyatakan puluhan ribu penduduk Mesir berhimpun di himpunan juta Medan Tahrir.

Para demonstran membawa sepanduk, kain rentang dan banting yang melaungkan suara kesatuan sesama penduduk Mesir dan begitu juga terhadap Palestin. Mereka turut mendesak agar dibuka sempadan Rafah Mesir tanpa menetapkan tempoh. Ketika menunjuk perasaan, para demonstran membakar bendera Israel, di samping menuntut agar mengusir keluar duta Israel dan menyingkir kedutaannya dari tanah Mesir.

Sumber 13/05/2011, web berita safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah


di malaysia(1 malaysiaku! =_=" )

















PUTRAJAYA, 28 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu hadirin yang menyertai Himpunan Sejuta Belia di sini hari ini mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang jika ingin melihat Malaysia menjadi negara maju.Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk menawan kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa.
Najib berkata beliau gembira kerana berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak, sejuta orang muda berhimpun di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya.


"Di Malaysia, satu juta pemuda berhimpun untuk mempertahankan Putrajaya,” katanya
(rasanya dorang nak tgk suju haha)




p/s:rasa sedih(segan pon ade) bila pm negara kte membandingkan perjuangn belia kat mesir dengan negara kte.tak nmpak mana samanya langsung..,apabila rakyat perlu disogokkan dahulu dengan hiburan ,dan perhimpunan itu dikatakan satu perjuangan ??and as if benda ini adelah satu yang membanggakan??


(blurr...)
apapun its a gud effort,dari biar belia2 melepak tak tentu arah, himpunan ni jauh lbh elok,cuma sangat len,berbeza, opposite 180 degree klu nak dcomparekan dengan himpunan belia mesir kat dataran tahrir tu..ish ish  PM aku ni haha =)



5 comments:

SyahmiFikri said...

kalau kita lihat.. betapa beza nya belia kita dengan belia2 lain.. perhimpunan yang dilakukan bukan lah atas dasar apa? semua imput bagaikan keseronokan hakiki dan duniawi semata2..

mungkin.. ini cara terbaik bagi kerajaan utk menarik golongan belia2 di Malaysia yang pada hak nyer.. perlu laluan dan tunjuk jalan yang benar.. I.allah.. pengisian yang masih boleh di per"cantik" kan lagi agar bermanfaat untuk semua belia..

Unknown said...

malunya jd warganegara Malaysia... nasib baik itu hanyalah sekeping dokumen. hahaha

di mana2 pun islam itu muncul, kite merasai jiwa mereka. betul tak? sungguhpun gaza jauh, tapi kite sebahagian dari mereka. Kite hanya bersatu dengan mereka yang menyokong islam :)

Unknown said...

syahmi:haha ye setuju ngn awk
adi:haha kan kan?bole tak nak kata kt da lama malu?haha(jahat2) takpe sebab tu kte kn ubah bnda ni! sal hujan emas di ngr org ngr sendr ttp lg best(ha ko semngt habeh ni haha)=p
papapun sgt setuju ngn ayat awk adi!^^

'Eid Benyusof said...

himpunan belia mesir=menundukkan pemerintah zalim.
himpunan belia malaysia=hedonisme.
bagai langit dgn bumi..

program tuk test power najib di kalangan belia.. nampak sgt belia masih laparkan hiburan dan dahagakan konsert.. selari dgn apa yg najib bawa..

tugas kite utk sedarkn belia2 di sekeliling kite.. kwn2 kite.. biar semua faham TUJUAN HIDUP.. bkn utk berhibur semata..

TGNA n najib.. dua2 berjiwa rakyat..
TGNA berqiamullail bersama ribuan rakyat
najib berqiam"bola" bersama ribuan rakyat
sama tp x serupa!

Unknown said...

tak taula sueid..jujonya bole nak kata tak setuju awak kata najib mesra rakya?rasa macam tu hipokrit.
so nak katanya tak de sama langsung ngan TGNA..
len kot.tgk umah tok guru pon tau.btpa zuhudnya dia.

nak kata lebh pon kt tak bole sebb kt pon tak tau klu kt kat tmpat najib sesilap kt lbh trok sueid,sal ktpon blom kene uji bnda gtu.tapi nauzubillah

tapi tula serius tak bole terima dia samakan bda ni.btw najib ni suka bagi statement klako(n kadang2 myakitkan hati orang=p opp maap najib)

tapi betolla ap yang awk cakap pasal tuuan idop tu.setuju sgt.ktpon baru ja jumpa n xbetol lagi kadg2 nk cari bnda tu.
tq!