Tuesday, July 26, 2011

apabila laki ke dapur

bismillah
dengan nama Allah,Maha suci allah juga
yang menjadikan lelaki dan perempuan itu berbeza ^^,


Apabila laki ke dapor..XD

alhamdulillah da lama aku bercadang nak tulis benda ni tapi slalu tak de kesempatan.
klu aku dok muo lagilah tak menyempat.

Duduk di klang,tak de ap sgt yang apa nak dibuat.nak keluar jumpa kawan masing2 da kerja,
nak memasak tak de sapa kat umah nak makan,
nak tgk tv, aku tak minat
nak kuar ikot ayah p site ada plak pekerja dia
cuma harap mengemas ja pastu da tak tau nk wat ap
jadi aku gunakn masa ni untuk aku mengeksplore resepi2 baru untuk aku masak bila budak2 kecik ni ada nnti

jadi ceritanya tyme2 aku mengexplore resepi ni, aku jumpa byak blog2 lelaki yang memasak.

nak tengok perempuan memasak itu bkn satu bnda yang memelikkan,
macam tu jugak klu jmpa blog2 lelaki yang bercerita pasal kereta,paling koman pon futsal dan bola,tak de ap yang pelik distu

tapi bila aku jumpa cerita pasal lelaki yang memasak

aku rasa ini sangat CUUUUUUUUUUUUte!

hahaha
antara contohnya
lelaki ni

lagi contohnya
abang ni yang masakkn orang rumah dia

lagi contohya
laki yang masak nasi goreng ni

dan dia ni
yang memasak bubur nasi

hahah(dalam ati : jahatnya ketawakan orang )

aku percaya kat luar sana pasti banyak laki yang memasak,bukanlah nak prejudis ke apa untuk cakap kitchen ni women's stuff ,
infact aku rasa banyak ja laki yang tau masak kat luar tu.
bukan tau masak ,tapi pandai masak.
ha itu betolnya

ala contoh paling dekat cheff wan,klu tu jauh,
contoh dekat ayah aku(wp aku cuma penah makan skali ja ayah masak kari masa darjah 6 haha siap da lupa rasa dia)

bila aku surf2 internet ni aku tgk ade gak lelaki ni blajar memasak sebab nak pikat gf dia.
erk?
aku tak taula,no komen
cuma klu personalnya i do feel bnda ni cute.

tak pasti sapa yang cute,masakan tu ke,orang tu ke or suasana tu yang cute.
tapi aku serius gelak2 baca tyme tgk blog laki ni.
sebab gelak: undefine~ hahaha

aku tgk gambo ni pon aku gelak,terbayang aku dok kat dapor ginila kelam kabutnya kadang2 hahahah sebab tu kot aku gelak tgk blog laki2 ni.

ok la semakin pjg tulis article lagi macam nak gelak2
comelnya laki tu!
haha
tau part mana yang best bila masak?
bila da siap masak(including siap kemas dapor) part yang paling seronok dudok depan ayah aku,adek2 aku,pandang dorang makan.

sukanya dapat masakkn orang yang kt sayang,yang paling malang ayah aku yang kna paksa haha

sambil cakap
"bah,sedap tak along masak?"
hahaha
jawapan tak bole tahan

"sedap.."
hahah(wp sesetengah tu aku tau x sedap)

klu kat adik2 len sket dialognya
sambil pandang dorang makan
"sedap tak along masak..?"
tanpa menunggu jawapan aku sambung
"tak sedap along kecik ati,p soh kakak len masak!"

adek2
"ok2.. sedap"
nnti lps tu dgr dorang tepon mak kata
"along masak hari ni xkena slera adek..cakap x sedap ,along kcik ati,ma cepatla balik"

hahahaha
woi along dengo!haha

ok itu kesah aku.
len orang len experience dia
cuma bagi pihak aku, aku suka laki yang jadi diri dia sendiri,tak perlu wat sumting nak impresskan orang,klu wat kat aku,aku duku sebijik =p jadi diri sendiri la wei,tu la hensem

dan yang penting blajala masak demi mak jangan demi girlfren hehe
ha itu lagi superb HENSEM aku rasa
XD


p/s :aku tak pasti bole ke tak men2 link kan blog lelaki2 ni,kot terjumpa minta halal ye adik
minta maap tak minta izin =p

Sunday, July 24, 2011

cheese cake

bismillahirrahmanirrahim

alhmadulillah hehe akhirnya!!
jadi jugak cheesecake aku kali ni.
al maklum si budak paling cerewet dan juga merangkap a great commentator di alam sejagat dalam dunia da blk malaysia,jd aku kali ni kena bersungguh2 wat kek ni t tak pasal2 kene ambush.
dan yang paling tak tahan dia ni cheese cake lover so seriously kena wat elok2.

bak di post yang dulu aku kata tak de ap yg paling myedihkan dari melihat resepi yg tak jadi hari ni gtaw tak de yg plg menggembirakan dari melihat resepi yang menjadi!
dan perasaan ni sangat gembira.sangat sangat!!


jom review resepinya
memandangkn dulu wat cheesecake tu jadi lembik,aku ubah style kali ni gunakan cheese ntk wat layer atas ja,yang layer bawah tu aku wat macam bake kek yang biasa,or apa2 butter kek yang biasa.

jadi ntk resepi buttercake(tapi aku ubah resepi wat koko hazelnut butter kek) antara bhn2 yang perlu

~ 1 buku buttercup
~ 5 bji telor(tk suka kek byk telor aku gn 3 suda)
~ sugar castor(klu ikot tmbgn dia 250 gm,aku gna 2 1/2 cawan umah aku)
~ self raising flour (klu ikot tmbgn dia 250 gm,aku gna 2 1/2 cawan umah aku)
~ serbuk soda (1 sudu kecik)
~ ovallet (1 sudu kecik)
~ cocoa powder (2 1/2 sudu besa)
~ essence vanilla (1 sudu kecik)
~ hazzelnut (blend.* ni optional sapa nk wat bubuhla x nk pon xpa)

*flour,soda n cocoa pwder ayak sama2
 method dia

whisk butter n sugar sampai fluffy
masukkan telor 1 by 1 smpi kembag gak
goes essence vanilla lepas tu
tepong yg telah diayak dengn koko n soda
hazzelnut
ovallet last skali

bake around 20 min api 110'c (pndai2 la oven sendri =p tuan punya oven mesti kenal oven dia macam keta jugak =p)

resepi untuk cheeselayer atas dia

~ 1 kotak philadelphia cheese (250 ml xclap,beli ja kotak kecik rm 12 tu)
~ sugar(aku men agak2 ja,gn left over sugar kastor yg guna tadi,tak senonoh tak snonoh haha)
~ 1 telor

method
whisk cream cheese tu
masok sugar
egg last skali

tyme2 wat ni mixer aku rosak.
dugaan betol.
dalam masak2 ni nk aku ade bberapa pantang.
1st  : dapor gas habes
2nd : sink tersumbat or tak de air or papa yang myebakn proses membasuh n mggunakn air n sink tergndala,aku memgla tak bole wat keje klu sink berselarak
3rd : xde electric current tyme2 baking
4rd : mixer rosak

huwa.
jadi teringat mak ikhsan ajo guna blender,naseb la mak ade blnder lebih aku pon blend bahan cheese ni.
fuh nasebla jadi.
sampai berasap blender aku hari tu.haha naseb tak meletop haha

then cake dalm oven tu lps da 20 min,kuarkan curah cheese ni atas dia.
sapa suka layer cheese ni tebal doublekan suma ingredient dia n curah atas half baked cake tadi
then bake semula
bila da 10-15 min,observe,agak2 da nak masak watch out takot kek hngus.
klu nk prevnt x hangus balut bekas tu gn aluminium foil n dalam 10min bake n sejokkn dalm fridge

pengalamn sndri
klu nak selamat,makse sure base kek tu da masak lu baru letak lapisan cheese atas dia
sal klu tak takot cheese tu hgs lu dari base kek ni,sal cheese ni kejap ja da masak.

disebabkn plan asal aku nak wat oreo cheesecake,aku da blend oreo,aleh2 aku p wat bnda len n da tau nak letak mana oreo yang da d blend ni,jadi dsbbkn x nak mmbazir aku letak oreo ni kat atas base cake ni b4 aku ltk cheese aku.

bila da siap bake ,tgk kosong sgt atas cheesecake aku ni,
bila nak drizzle coklat atas dia,coookg choc lupa beli,selongkar2 pon xde dalam cabinet.
bla terpikir nak taburkn oreo yg da blend tu atas cake bio comel sket,rupanya da guna habeh tadi

kesimpulanny,plan lu nk wat macamna b4 baking.haha
jadinya nila hasil aku,sungguh kosong atas dia
nak kata dull xsampai ati sal aku yang bake hahah tapi mmg dull
luckyly budak tu kata sedap.
berbaloi mixer aku rosak.

ngah along nak mixer baru!!!!!!! XD

slamat mencuba n membeli mixer baru!


Sunday, July 17, 2011

tak suka jadi doktor!

bismillahirrahmanirrahim

doktor aku pernah cakap dulu
"there's difference between a DOCTOR and a GOOD DOCTOR"
-dr Saad-

Apa ciri-ciri seorang doktor yang baik?
Alhamdullillah hari ini Allah akhirnya memberi aku kesempatan utuk menulis tentang ini.Tentang ciri ciri seorang yang doktor yang baik.
Alhamdulillah segala puji juga buat Allah yang memberikan kesempatan pada aku,
memberi peluang kepada aku untuk berada dalam satu bidang yang mana Hilal Asraff pernah menyebut dalam buku nya betapa untungnya untuk berada dalam bidang ini kerana peluang dakwah untuk dilakukan itu sangat luas

dan
insyaalah semoga dengan taufiq Allah,semoga dengan keizinan allah, aku dan rakan-rakan seperjuangan aku mampu untuk melaksanakan amanah itu,
untuk sama sama mendokong tanggungjawab dakwah itu bersama.Insya allah.

berbalik kepada tajuk di atas,apakah ciri-ciri seorang doktor yang baik?

Aku pernah belajar psychology dan doktor yang mengajar pernah cakap bahawa
" remember patient wont come if they feel good"
ayat lain; pesakit tidak akan datang kalau mereka tidak sakit,
dengan ayat lain jugak, setiap pesakit yang datang semuanya datang apabila sakit mereka tidak tertahan lagi.

Aku telah membuat beberapa pemerhatian tentang bagaimana layanan seorang doktor kepada pesakit dan harapan aku untuk melihat aplikasi semua theory yang aku belajar dalam sesi pbl hancur sama sekali.
tidak sedikit pun yang sama.
Kalu dalam sesi PBL,kami diberi masa hampir 2 jam untuk mendiagnose sesuatu penyakit,disini aku perhatikan tidak sampai 3 minit!


Aku ke klinik tempoh hari,ke klinik minggu lepas,ke klinik minggu lepas satu lagi,ke klinik pakar mingu lepas minggu lepas satu lagi .
Setiap pesakit yang masok untuk berjumpa dengan doktor aku catakan masa,dan tempoh masa yang paling lama ialah 3 min!paling lama.
Berbeza dengan di pakar,consultations yang paling minimum ialah 15 minit.paling minimum!

Kenapanya ada beza disitu?
Aku perhatikan orang-orang yang datang ke klinik tempoh hari.
siapa?
mereka adalah makcik makcik,pakcik pakcik,atok atok.

Aku perhatikan orang-orang yang ke klinik pakar tempoh hari
Siapa?
mereka adalah orang-orang cina,amoi-amoi,unty-unty,uncle uncle,
mereka-mereka yang keluar dari kereta mercedes(walaupun cuma e class yang lama),honda civic paling minimum yang aku nampak.
Yang pakai sunglases prada,beg-beg YSL, baju baju yang branded.

Aku paling tak suka orang yang memandang pada harta.sangat tak suka.dan aku sangat tak suka orang yang membeza-bezakan layanan melihatkan kepada perbezaan status,perbezaan pangkat.
Pada baju jenama apa yang mereka pakai,pada kereta apa yang mereka pakai.sangat tak suka.

Aku cuba bersangka baik mungkin di klinik pakar,dah nama pun pakar jadi medical attention pun lebih skit ,sebab as mentioned,dia(pesakit itu)perlukan pakar punya attention so sebab tu la consultation takes longer,lebih lama berbanding di klinik biasa dimana patient datang in and out with simpler disease.
jadi tinggalkan isu ini dulu.

hari itu,semasa di klinik,aku memang berharap waiting list panjang dan alhamdulillah memang panjang.dalam hati aku; suka,ada peluang untuk tengok tengok orang.

dalam banyak-banyak pesakit aku tertarik kat seorang makcik,
datang dengkot dengkot dengan muka yang amat sakit(aku assume ada sumting wrong dengan perot atau kaki dia dalam otak DM's complication atau paling kurang pun jatuh masa menyawit),dengan anak perempuan dan laki yang tolong pegangkan beg mak datang memapah masuk.

Aku sempat tersenyum, dalam hati cakap, siannya makcik,baeknya anak dia.
Makcik balas dengan muka yang tahan sakit.

Tiba-tiba nama adek aku dipanggil untuk ke kaunter dan nama makcik dipanggil untuk jumpa dengan doktor.dan belum sempat kakak nurse terang2 pasal ubat kat adik,makcik keluar da siap!

ceh jangan cakap doktor kata "oo maap makcik,kes makcik kena refer ke hosp beso muar,nanti saya wat surat ok" sebab tu sekejap.
kalu macam tu, baek aku assume doktor tu cakap ayat tu kat semua patient,so sebab tula semua patient yang jumpa doktor tak sampai 2-3 minit pon da siap.

sebagai pesakit,aku rasa mereka semua ada hak untuk diterangkan sakit apa yang dia sedang alami ni.
Apa yang sebabkan dia kena sakit ni
Kenapa dia boleh kena sakit ni,
macamana dia boleh sembuh,
macamna dia boleh halang dari kena penyakit ni semula
dan yang paling penting sedikit kemesraan daripada doktor.
itu yang aku rasa penting.

aku pon tidak minta untuk consultation tu dilakukan macam pbl,meaning every patient needs 2h the minimun each untuk didiagnose,
cuma ,kalu doktor pakar boleh menyambut pesakit dengan tersenyum,berborak kosong(yang aku rasa kadang kadang out of topic),cuba untuk create doctor-patient relationship ,kenapa tidak di klinik biasa?
aku belum pernah ke hospital kerajaan,jadi aku belum pernah lagi tengok macamna layanannya di sana.

apa yang nak dibezakan dengan duit?
adakah sebab yang pergi ke pakar semuanya berduit jadi patient comes first?
Their satisfaction comes first?
lebih lama consultation lebih bagus,more money comes in.
macam itu?

Klu itu yang dipandang aku rasa macam nak bukak je kedai bundle kat makcik- makcik,pakcik- pakcik bio dorang dapat pakai baju smart2,baju branded2 so that doctor or tak kesah lah sesiapa kat luar sana bole pandang mereka-mereka ni sambil cakap "oh,they are somebody"

I hate sarcasm,dan aku tak suka being sarcastic esp menjadi sarkastik kat orang ramai.
jadi kenapa bunyi sarkastik sangat?

aku tulis benda ni untuk aku,
ya untuk aku ingat yang aku pernah benci untuk menjadi seperti itu,
pernah benci sifat yang macamni,
dan yang pernah berjanji satu hari dulu untuk tidak membezakan orang bahkan untuk memuliakan mereka mereka yang susah.
aku menjadi sarkastik untuk diri aku,kepada diri aku, supaya aku ingat kat makcik ini,supaya aku ingat muka makcik yang dengkot2 sakit datang meminta bantuan,supaya ingat muka adik laki yang memegang handbag mak dia dan untuk ingat bahawa aku pernah berjanji untuk memuliakan golongan ini.
dan supaya aku tidak lupa i'm nobody kat bumi allah ini.

seperti kata rasullah ,setiap dari kita terikat dengan tanggungjawab, dan setiap tanggungjawab ini nanti akan ditanya oleh Allah suatu hari nanti.
dan aku sangat takut andai kata nanti aku ditanya dan aku terkaku tidak dapat memberikan jawapan yang terbaeknya andai aku memberikan layanan yang berbeza kepada golongan yang sangat dicintai kekasih allah ini..

ingat shahira,ini utuk kau!




"there's difference between a DOCTOR and a GOOD DOCTOR"
-dr Saad-
0915am
21 sept 2010

Friday, July 15, 2011

itik

bismillahirrahmanirrahim

puas aku meng'google' mencari jenis-jenis itik kat malaysia.ni semua gara-gara menjadi penternak itik yang memang dari dulu aku idam-idamkan.
Time beli dulu tauke tu kata itik yang aku pilih ni sekor itik daging,sekor itik nila,mana ngn itik serati la,itik telor la,banyak sangat nama, last2 aku pon da confuse itik aku ni jenis yang mana.
bila aku google ni dia itik nila


Ha tu dia.
terkejot aku tyme tau gini rupa itik nila.mau lari aku bile nmpak itik mengamuk gini.

bila aku google nak cari jenis2 itik yang ade ni ,aku tgk kebanyakkannya bela sebab nak wat bisnes, so bila aku cuba2 nak cari bacaan pasal itik ni, takde,ini menyukarkan aku nak tengok life cycle itik ni.
yang kagumnya, aku tergin nak tau blood vessel kat kaki itik2 aku ni..halus nya..
benda 1st yang aku perasan dan kagum masa hari pertama beli itik-itik ni.
kagum dengan ciptaan allah

kembali kepada nama itik,jadi kesimpulannya,bila da surf dekat 2 kali trial tak jumpa2 pasal spesis ap sebenarnya itik aku ni,aku dan adek2 bg nama sendiri.malas nak cari lagi

1-chot
2-duck duck
3-jo
4-hitam
5-kecik

dorang suma ni as whole aku gelar somot somel(comot tapi comel)
kan senang.
tak kesahlah spesis ape dorang suma ni.
5 ekor melambangkn kami ber5(tapi bila datang part kena kemas asek muka ni ja mangsanya)
jadi dpersilakan itik2 kesyangan aku untuk keluar

adik cakap tyme tgk aku bersihkn reban itik n cium dorang pas dorang mandi
 "tido je long malam ni dalam reban trus"
hahaha.
kuang asam punya budak
klu muat memang along masok sekali 

part yang paling seronok ialah setiap kali aku balik ke muar lepas beberapa hari balik klang ialah saat kucing2 n itik-itik lari kat aku..wa rasa terharu dan sgt sedih plak.harap korang tak mati somot somel,crespo n oren


hitam masa hari 1st dbeli(umur,undefine~)
aku dok teliti blood vessel kat kaki dia ni la.
subhanallah kagum kagum

hitam dan duck duck

chot dan hitam

duck duck dan jo bila da minggu ke5,da tak muat nak pegang 1 tgn


aktiviti harian aku:bgi makan n tgk dorang mandi dan lari kedek2.
sgt comel tyme dorang lari (dalam hati gelakkan, perlahan sangat larinya haha)


jo dan hitam mandi-suka tgk dorang mandi,dekat sejam dok perhati





dulu aku bela rabbit.dan dalam byk2 rabbit aku ni aku paling sayang kat kedot.mungkin sebab aku tgk dia lahir so sayangnya tu laen sket.ape yang buat kedot ni special bagi ialah sebab muka dia berbentuk kristal,klu pandang dari depan memang bentuk 3 segi.

lepas dia mati kna gigit ngn kucing aku,aku puas cari peganti kedot.tak de sapa bentuk gtu.
aku harap klu masok syurga t nak jumpa ngn kedot balik.
dan klu aku hidup kat zaman nabi Sulaiman, aku nak suruh nabi sulaiman gtau kat itik2 aku sekarang ni aku sayang kat dorang bio somot somel ni paham.

kedot 




p/s:bila hampir sejam aku berlagho ngn itik2 ni aku terigat ngn kata2 rasullah
"tafakkaru fi khalqi llah,wala tafakkaru fi llah.."^^
dan tak de ungkapan laen yang lebih layak dari aku menyebut subhanallah..^^
tak sabar rasanya nak bela kambing pulak,teringin nak rasa macamna agaknya rasa rasullah mengembala kambing.insya allah.

untuk mengetahui lanjut tentang kata2 rasullah di atas tengok sini
dan aku kat sini baru je berpikir tentang itik,itupon da cukup kagum aku tgk ,maka bagaimana dengan ciptaan allah yang lebih hebat?
subhanallah

Friday, July 8, 2011

kuasa belia

bismillahirrahmirrahim
dengan nama Allah semoga perlindunganNya sentiasa bersama dengan pihak yang benar

Belum surut isu perhimpunan BERSIH yang bakal diadakan yang rata ratanya bagi aku berjaya menggempurkan banyak pihak di Malaysia,rakyat pula bakal disajikan dengan satu perhimpunan yang tak kurang "bersihnya" bagi aku.
lihat sini

konsert GIGS di i-city klang.
tarikh yang sama dianjurkan dengan perhimpunan bersih yang bakal diadakan.Yang menyedihkan aku sebagai rakyat merangkap pemuda belia negara ini,merangkap penduduk klang adalah rata rata mereka ini menyifatkan  perhimpuanan "konsert" ini sebagai satu pembaharuan dan langkah kreatifnya belia-belia sekarang merangkap peneraju negara.satu perubahan yang dapat mengegarkan tanah air
oh tidak.
aku tertawa sinis melihatkan senario ini dan aku terpikir adakah para belia negara kt hanya setakat ini sahaja kemampuan mereka?
kemampuan yang dapat mengegarkan tanah air melalui muzik?melalui getaran2 gitar,pergaulan bebas yang tidak terkawal,melalui hiburan yang melampau lampau dan melalui budaya hedonisme?Adakah itu sahaja kemampuan belia tanah air kita?Itu adalah satu hinaan pada aku sememangnya.

BERSIH
apabila ura-ura utuk mengadakan perhimpunan bersih diadakan ,banyak pihak yang tidak senang duduk.Masing-masing memikirkan keuntungan pihak sendiri tanpa benar-benar memikirkan nasib bangsa.Apabila belia mulai untuk bersuara banyaklah akta dikeluarkan sehingga pakaian dijadikan isu.
Sungguh tidak matang.Dan aku selaku belia berasa dimanakah kebenaran slogan "belia sebagai peneraju bangsa"itu?


Belia
Aku menyokong aim utama konsert gig di i-city yang kononnya ingin menjadi platform kepada para remaja untuk mengekspresskan pesanan positif kepada orang awam di luar sana.Tapi persoalannya sekarang berapa ramaikah artis yang berpikiran sebegitu?ingin menjadikan nyanyian sebagai medium menyampaikan pesanan?
Sekali lagi aku tertawa sinis.
jawapannya?anda pikirkan sendiri.

Jadi dalam isu ini aku terpaksa katakan aku lebih berbangga dengan Lady gaga,paling tidak pon dia mempunyai agenda tersendiri dalam setiap seni musiknya.Iye tidak?Paling tidak pon dia mempunyai aim dan target tersendiri dalam setiap bait-bait nyanyian dan gerak tarinya.At least dia tahu apa yang ingin dia perjuangkan(walau pada hakikatnya apa yang dia perjuangkan itu salah)

Tidak sesekali aku memandang rendah terhadap golongan belia di negara ini,tapi aku tidak juga meletakkkan harapan yang tinggi terhadap golongan belia negara ini untuk menjadi seperti belia di Mesir dahulu.
Kebangkitan belia yang berjaya menggoncangkan satu pemerintahan;kerana jauh di sudut hati aku aku berasa itu agak mustahil,bahkan sejarah turut membuktikannya.

Aku pernah ke indonesia beberapa kali,dan hasrat aku cuma belia negara ini mencontohi semangat belia disana.Apabila menyebut tentang indonesia rata rata kita akan hanya memandang indonesia sebagai satu negara yang mundur.Aku dulupon begitu tetapi percayalah negara mundur itu lah bagi aku yang mempunyai semangat waja dan jati diri yang amat kuat.Lihatkan saja ekonominya,lihatkan saja belianya.lihatkan sejarahnya menentang Belanda dahulu.Andai sahaja tanah melayu(maap tiada lagi istilah Tanah melayu sekarang ini) di tempat indonesia  dahulu anda pikir apa yang akan dilakukan?

sudah tentunya another perjanjian akan diadakan,another perjanjian yang terpaksa dihafal oleh student student malaysia,another perjanjian yang akan dijawab oleh SPM candidate(andai keluar exam soklan ini =p)
Yang menyedihkannya,ramai yang menyifatkan ini sebagai langkah yang bijak dalam meyelesaikan suatu pertelingkahan.
Malangnya tidak bagi aku.Ape gunanya selesai masalah tetapi maruah bangsa digadaikan.Ape gunanya keamanan kalau kita terpaksa mengalah.Kerana itu aku amat banggakan Indonesia dalam hal ini.

Lihat sahaja kelantangan Indonesia dalam penetangnya terhadap Israel dahulu.lihat sahaja kelantangannya menentang penghinaan terhadap karikatur Rasullah suatu ketika dahulu.Jadi dimanakah Malaysia?Adakah rakyat Malaysia terlalu berbudi bahasa sehinggakan ketegasan yang kita perlu tunjukkan dalam mempertahankan sesetengah perkara tidak tunjukkan?atau sememangnya negara kita lebih suka berpeluk tubuh dan mendiamkan diri?
maka anda pikirkan dimanakah Malaysia

Melayu bakal berpecah
aku ke taman rakyat dengan seorang sahabat tempoh hari.Dia berkata pak longnya ada menyebut

 "melayu bakal berpecah"

Ya,aku juga merasakan sedemikian.Isu politik amatlah suatu yang janggal bagi aku sememangnya, tetapi  melihatkan sekarang nasib bangsa yang mulai retak,dan apabila nasib bangsa mulai jadi perhitungan dan yang paling sedihnya apabila belia itu sendiri tidak menyedari akan perkara ini dan sibuk leka dengan hiburan yang melampau dan dunia mereka sendiri,aku berasa aku perlu berbuat sesuatu .

Tiada niat aku untuk membangkitkan isu bangsa disini,masakan bole apabila Najib sudah merasmikan kita semua sebagai satu bangsa ; bangsa Malaysia.Aku menunggu-nunggu saat dikuat kuasakan penukaran bangsa di setiap ic rakyat malaysia agar impian Najib ini dapat di realisasikan.

"bangsa : malaysia " tiada lagi bangsa melayu,bangsa india cina dan lain lainnya.
anda pasti ini bole?

yang pastinya bagi aku cita-cita untuk melenyapkan bangsa melayu ini tiada mustahilnya.Sadis ya disitu.
Perpecahan parti politik particularly bangsa melayu ini sememangnya satu tindakan yang salah.Setiap parti sepatutnya bersatu untuk memperjuangkan mission yang sama.Berlakunya perpecahannya adalah apabila masing masing ingin memegang kuasa,jadi nasib bangsa (particularly the poor malay) ini di ketepikan.

Andai sahaja kita sedar tidak kisahlah party mana yang memegang tampuk pemerintahan, bangsa lain tetap mendapat keuntungannya.
jadi apa gunanya melayu berpecah lagi.nanti tidak mustahil yang dikejar tak kesampaian yang dikendong berciciran.

Dari mencari kesalahan sesebuah pihak alangkah bagusnya kita berganding dibawah satu aim dan mission yang sama.dan seharusnya kita menjadikan party-party bangsa lain ini sebagai contoh,regardless apa yang mereka lakukan,regardless di bawah siapa mereka berada, kelebihan dan keuntungan bangsa mereka tetap menjadi keutamaan.Bukankah itu lebih baik?

Jika mereka semua boleh bersatu hanya kerana mempunyai bangsa yang sama, bukahkah kita juga mampu bersatu di bawah naungan Islam yang lebih kuat?bukahkan ukhwah islamiah itu sudah cukup untuk menjadi satu alasan yang kuat untuk kita semua bersatu?malangnya tidak.

nak diluah mati mak nak ditelan mati bapa
Ramai yang aku perhatikan mengambil langkah berdiam diri sahaja.Kata mereka "nak diluah mati mak nak ditelan mati bapa" jadi langkah yang paling selamat adalah tidak melibatkan diri dan berdiam diri.
Kenyataan Dato' Syarifah Aini apabila ditanya tentang isu BERSIH ini sekali lagi berjaya membuatkan aku tertawa sinis.
"Saya cintakan negara saya, saya cintakan kedamaian"
Percayalah, bagi aku itu cuma kata kata dari seorang yang tidak mahu mengambil tahu.Mengambil jalan pintas dengan mengatakan cintakan pada kedamaian.
Bagi aku,jika semua orang pun mengambil langkah berdiam diri,jalan mudah dan tidak ingin mengambil tahu ,sampai bila pun kita akan sentiasa berada di takuk yang lama.

berat sebelah
Aku tidak mahu memberatkan mana mana pihak,cukuplah bagi aku sekarang agar masyarakat sedar akan apa yang berlaku sebenarnya.Ibarat kata- kata teman sepena "berlapang dadalah",terima mana yang benar,kita tolak mana yang salah.
Selaku belia pula seharusnya mereka sedar bahawa tanggungjawab ini tidak sepatutnya dipandang enteng,dan aku malu menjadi rakyat dan belia malaysia yang sering kali di sogokkan dengan hiburan yang berlebihan sehinggakan kaum belia yang sememangnya bakal mendukung pembangunan negara akan datang ini menjadi rabun,pekak dan tuli terhadap persekitaran mereka.
As for this BERSIH agenda,seharusnya rakyat sama-sama membuka hati terhadap isu ini dan tidak mengembar gemburkan perhimpunan ini sebagai satu keganasan dan lainnya kerana mungkin sudah sampai masanya untuk kita menerima satu revulosi untuk negara kita.Apakah salahnya apabila rakyat meminta pilihanraya yang tulus.

sekiranya Muhammad al Fatih berjaya menawan kota Konstantinopel pada umur 23 /22 tahun,bayangkn apa sudah jasa kita sepanjang ini?dan bukahkah Al fatih pada waktu itu seorang belia?

dan Syeikh yusuf al qardawi pernah berkata
"sekiranya kamu ingin melihat masa hadapan sesebuah negara maka lihatlah pemuda-pemudinya hari ini"

maka mari sama-sama kita panjangkan leher,luaskan mata,lapangkan dada dan lihat
bagaimanakah pemuda pemudi kita?
allahu a'lam

aku berharap sgt perhimpunan ini berlangsung dengan mudah dan tanpa sebarang pertumpahan darah.
semoga Allah akan membantu mana2 pihak yang benar
suka dengan pesanan Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib dalam kenyataannya di Harakahdaily kepada penyokong pas dan BERSIH,sungguh terserlah keindahan dan kelembutan islam itu
lihat sini



Sunday, July 3, 2011

semoga kau kuat adikku

bismillahirrahmanirrahim dengan nama allah yang memberi hidayah
dengan nama Allah yang memuliakan dan menghinakan sesiapa yang dikehendaki dan dengan zat kau ya allah yang mempunyai segala kebaikan dan hanya Kau sahaja yang berkuasa terhadap sesuatu
al imran 26

dan aku pasti hidayah allah pasti ada pada siapa yg berusaha mencarinya

5 tahun yang lalu 
Seorang gadis remaja biasa yang mengorak langkah ke arah kematangan dalam hidupnya.
Suatu hari di dapur.

“Alah adik takkan jadi lesbian.” Kakak menjawab, “Eleh, yela tu.”

Di sekolah menengah, berkenalannya Adik dengan seorang perempuan yang ‘hot’ bergelar Sha. Oleh sebab Adik suka berkawan dengan budak-budak ‘hot’ walaupun Adik kurang ‘hot’, dia cuba mendapatkan no. telefonnya daripada seorang kawan. Mereka mula rapat, hanya melalui telefon dan sms. Namun Adik malu untuk bertegur sapa di depannya.

“Lawanya dia. Sumpah lawa.” Hati berdetak apabila Sha kelihatan di depan mata.

Suatu perasaan yang tidak dijangka dan tidak disangka-sangka. Pasti Adik tergamam dan hanya menoleh ke tempat lain setelah Sha kabur daripada pandangan mata. Adik tidak pernah sedar perasaan itu telah pun bertapak dalam hati ini juga tidak pernah meminta.

Hanya Adik tahu, “aku minat, suka pada dia dan mahu bersama dia. Mungkin sebab dia cantik.”

Tiba masanya Adik ‘propose’ Sha untuk jadi ‘awek’nya. Siap tulis apa yang perlu dibualkan untuk mencari point-point cambest untuk berbual dengannya. Sampai masa, telefon diangkat.

“Tengah buat apa?”

“Tiada pape.”

Adik berasa teragak-agak untuk memulakan ‘propose’nya.

“Erkk~~ Sha…”

“Apa dia? Cakap jelah. Wat orang tertanya-tanya pulak.”

“Erkk..saya nak kapel dengan Sha.”

“Huhh?”

“Saya nak kapel dengan Sha.”

“Erkk..”

“Nape? Bukan Sha xde bf ke?”

“Maaflah, Sha baru je kapel dengan seseorang. Kami baru je kapel.”

Hancur hatiku..mengenang dikau..jadi keping-keping. Beralunlah lagu ‘Aku Cinta Kau Dan Dia’ oleh Ahmad Dhani.

Meleler air matanya kerana pengharapan yang memuncak hancur lebur oleh sebab ‘lamarannya’ ditolak. Lamaran yang pertama yang amat mengecewakan.

Kedengaran daripada Sha seperti handphonenya beralih tangan.

“Weyh, kenal aku?”

“Laa..ko ke yang jadi bf dia??”

“Aku baru je mintak kapel dengan dia.”

“Bengong ko. Terlepas doh! Aku baru je nak masuk line.”

“La..sejak bile ko jadi? Aku tak tahu pun.”

“Errkk..tak tahulah.”

“Sorilah weyh. Aku dah ‘grab’ line ko..” dia ketawa.

Ganggang telefon diletak. Adik menangis..berasa sangat sedih kerana di’reject’ dan cubaan pertama yang sangat mengecewakan. Dia membuka lagu ‘Daripada Kekasih Kepada Kekasih’ oleh Hattan. Entah kenapa lagu itu yang dimainkan.

Ketika rehat, terserempaknya Adik dengan ‘bf’ Sha, Fad. Mereka berbual. Fad bertanyakan sejak bila Adik jadi pengkid. Adik tidak mampu menjawab persoalan itu. Tetiba hatinya beralih menyukai kaum sejenis. Adik menyatakan kekesalannya betapa dia tidak dapat menjadikan Sha ‘awek’nya. Lalu, Fad pun menyatakan dia akan ‘tolong’ Adik dapatkan ‘awek’.

Bermulanya kehidupan sebagai seorang pengkid

Beberapa bulan Adik mulakan kehidupannya sebagai pengkid. Dia mula dikenali ramai sebagai seorang pengkid kerana sering ternampak melepak bersama geng pengkid di sekolah. Adik mula beli bengkung yang kebiasaannya si pengkid akan beli untuk menampakkan dada mereka rata seperti lelaki ada juga mereka yang sememangnya mempunyai dada yang rata. Sering kali dia di’duga’ dan di’periksa’ oleh ustazah juga guru biasa di sekolah kerana mereka mengenalinya sebagai salah seorang pengkid di sekolah. Walaupun rasa hina dengan dugaan itu seperti memperlekeh akan dirinya tidak kurang juga rakan sekelasnya, dia hanya mampu bertahan dan dia akan kembali ceria apabila berada dalam kalangan ‘kaumnya’.

Adik tidak tahu apakah yang menyebabkan dia terjerumus ke kemungkaran yang dilaknat Allah itu. Dia tahu dosa pahala namun ilmu itu tidak resap ke dalam jiwa untuk diamalkan. Dia tidak pernah meminta perasaan itu hadir dalam lubuh hatinya. Sejak daripada kecil, dia diberi didikan agama yang cukup cuma ibu bapanya sering memakaikan dia dengan pakaian lelaki dan berambut pendek. Oleh sebab itu, walaupun dia berpakaian lelaki ketika keluar ke bandar bersama gengnya, ibu bapanya tidak dapat menghidu aktiviti itu. Kadang kala, Adik merasakan dia mempunyai hormon lelaki yang tinggi yang membuatkan dia jadi seperti itu.

Sampai masanya, Fad ‘tolong’ Adik dapatkan ‘awek’. Orangnya tidak jauh. Dia adalah kawan rapat Sha, iaitu Fira. Adik cuba ‘usha’ Fira. Saling ber’sms’. Malangnya Fira dikongkong keluarga untuk ber’sms’. Jadi mereka hanya akan berbual mesra di sekolah. Sepertinya Fira ‘respon’ pada Adik. Adik pun mula berbicara menyatakan hasratnya untuk ‘melamar’ Fira. Fira berkira-kira dan meminta untuk ambil masa untuk menerimanya. Cuba berbincang dengan kawan rapatnya, Ayu.

“Kau kapel je dengan dia. Aku tengok Adik cam baik. Tak cam Fad. Adik comel.” Ayu mencadangkan dan tersenyum.

“Alah, tapi aku takutlah.”

Lama-kelamaan Fira bersetuju untuk menerima Adik sebagai ‘bf’nya. Mereka sering ‘berdating’ di sekolah. Apabila ada event seperti sukan tara, atau Hari Sukan sekolah diadakan, mereka akan meluangkan masa bersama. Sungguh mesra.

Suatu hari ketika Fad berlatih besbol bersama Adik.

Adik      : Weyh, aku nak tanya. (Adik memulakan bicara)

Fad       : Apa dia?

Adik      : Kau pernah tidur dengan awek ko?

Fad       : Errkk..pernah.

Adik      : Camne?”

Fad       : Adalah. (Fad tergelak.)

Adik      : Camtu plak.”

Fad       : Tapi bukan dengan Sha la. Dengan awek aku dulu. Dia first time kot.

Adik      : Habis dengan Sha?”

Fad       : Dia baik doh. Tak nak la aku. Aku pernah minta tetapi dia tak bagi.

Adik berfikir sejenak. “Takkan aku nak buat dengan Fira. Ish. Gila apa!”

Walaupun Adik lesbian dan berpakaian seperti lelaki yang bagi orang yang pandang dia pasti kata dia comel dan putih tetapi dia masih menunaikan solat lima waktu namun solatnya tidak mampu menjauhkan dia daripada kemungkaran. Dia masih belum mampu menyisihkan perasaannya pada seorang perempuan. Dia masih rasa bersalah jika melakukan hubungan onani bersama aweknya, Fira. Paling berat pun dia hanya berpegangan tangan dengan Fira. Dating ke bandar pun, mereka tidak pernah kerana Fira dikongkong oleh keluarganya.

Suatu hari. Fira mengajak Adik untuk berjumpa. Tersenyum Adik dapat berjumpa dengan kekasih hatinya lalu duduk berhampiran Fira.

Fira       : Awak, saya nak minta clash.

Adik      : Huhh?? Kenapa wak? Janganlah tinggalkan saya. (Adik terkejut dan mula merasa sedih.)

Fira       : Saya tidak bolehlah wak. Semua ini salah. Saya tidak sedap hati. Takut keluarga saya tahu.

Adik      : Habis tu, awak sanggup tinggalkan saya? Awak tak sayang saya?

Fira       : Saya sayang awak tetapi hati saya ini tak tenang. Fad dan Sha pun dah putus.

Adik      : Alah diorang biarlah. Saya cakap pasal kita. Diorang dah tak lama, nak wat macam mana. Kita teruskan jelah. Tolonglah jangan buat macam ini. Saya sedih sangat tahu tak? (Adik merayu.)

Fira       : Wak, tolonglah lepaskan saya. Janganlah buat saya rasa bersalah kepada keluarga saya. Kalau diorang tahu, matilah saya!

Berat hati Adik nak lepaskan ‘awek’nya. Namun apakan daya. Dia tidak sudi berkongsi kasih dengannya dan terlepaslah Fira daripada ‘kasih sayang’ Adik. Walaupun berat hatinya tetapi Adik seorang yang memahami jadi diturutnya sahaja permintaan Fira bak kata pepatah “Kalau sayang, tinggal-tinggalkan”

Adik merapatkan diri dengan Fad. Lepaking, ponteng bersama. Ada suatu ketika mereka lepak bersama di kompleks, Fad melakukan ‘aktivitinya’ bersama ‘awek’ barunya. Bersama mereka, geng pengkid yang lain. Salah seorangnya, Black. Dia tanya Adik jika dia mahu merokok bersama tetapi Adik menolak kerana dia tidak merokok. Adik hanya mampu perhatikan Fad meluangkan masa dengan ‘aktivitinya’ bersama ‘awek’ barunya. Mereka bercium-ciuman tanpa segan silu dan berhenti apabila adanya orang lalu-lalang menuruni tangga tempat mereka bersama. Adik hanya memerhatikan dan tidak sedikit pun terasa ingin melakukannya dengan seseorang.

Namun begitu, beberapa minggu selepas berkenalan dengan seorang gadis daripada kawan tuisyennya. Adik mula menjinak-jinakkan diri untuk melakukannya bersama perempuan itu. Lama-kelamaan selepas dipujuk rayu oleh Adik dan apabila mereka hampir berpisah, perempuan itu menyatakan kesudiannya untuk memberi apa yang Adik pinta sebagai permintaan terakhir. Mereka bertemu dan bercumbuan di taman permainan. Oleh sebab tempat itu sunyi, jadi tiadalah orang yang lalu-lalang di situ selepas daripada itu. Perempuan itu mula menjauhkan diri daripada Adik dan Adik kembali sunyi.

Sapaan Hidayah Pertama

Hatinya berdetak pada suatu hari bahawa dia patut berubah. Dia berniat untuk keluar daripada sekolahnya agar tidak berjumpa dengan geng-gengnya di sekolah lamanya lagi agar dapat berubah secara berterusan. Dia berdoa agar dia dapat pergi jauh daripada ‘kaumnya’ di sekolah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Dia mengkabulkan doa Adik dengan menawarkan Adik ke sekolah berasrama penuh di Pulau Pinang. Alhamdulillah, Adik bersyukur kerana dapat keluar daripada sekolahnya kerana dia mahu berubah menjadi perempuan sejati seperti gadis remaja lain.

Bermulalah kehidupan Adik di sekolah yang baru dengan sejarahnya terkubur di sekolah lama. Di sekolah berasrama penuh, Adik menjinak-jinakkan diri membaca Al-Quran, berkawan dengan perempuan sejati, sering berjemaah di masjid, banyak melakukan solat sunat juga di sana dia dipanggil dengan nama perempuannya yang dahulunya hanya dipanggil ‘Adik’ (gelaran pengkid).
Dia merasakan ketenangan dan kedamaian dalam hidupnya setelah resah, gelisah dalam sejarah kotornya. Tiada seorang pun yang tahu dia adalah seorang bekas pengkid. Dia tidak pernah dan tidak mahu membuka cerita silamnya kepada sesiapa pun di sana. Dengan keserasiannya bersama senior juga junior (ketika di tingkatan 5) di situ, dia dapat merasa dia telah sedikit sebanyak berubah ke arah kebaikan.

Adalah menjadi tradisi kebiasaannya di sekolah berasarama penuh hatta sekolah lain sekalipun, pasti ada yang berangkat-angkat. Adik angkat, kakak angkat dan abang angkat. Oleh sebab rupa paras Adik yang comel, ramai yang ingin jadi adik angkatnya. Adik hanya melayan sahaja kerenah mereka kerana menganggap mereka seperti adik kandung dan salah seorangnya bernama Atiq. Atiq sangat obses menjadikan Adik sebagai kakak angkatnya. Pada mulanya mereka rapat seperti adik-beradik kandung namun lama-kelamaan sejarah lama Adik terbuka sedikit demi sedikit apatah lagi apabila Atiq memberitahu dia suka dan sayangkan Adik lebih daripada seorang kakak angkat. Tidak sangka perasaannya terhadap Atiq dirasakan oleh Atiq juga.

Mereka selalu tidur bersama di dorm Atiq. Berpeluk-pelukan menyemai kasih. Apabila bertemu di sekolah pasti mereka tersenyum-senyum antara satu sama lain. Adik tidak dapat menahan perasaannya yang selama ini ingin berubah. Dia kalah, kalah mengawal perasaannya. Adik tidak mampu berdalih. Sekalipun telah lama dikuburkan perasaan itu namun ‘luka yang terkelupas sedikit’ itulah yang akan menghasilkan luka yang lebih luas.

Sapaan Hidayah Kedua

Suatu hari, dalam tidak sedar, Hidayah kedua menyapa hati kecil Adik. Adik merasakan suatu perasaan yang aneh terhadap Atiq, suatu perasaan yang jijik. Mungkin juga itu hidayah kedua daripada-Nya. Adik rasa benci yang teramat kepada Atiq sehingga tengok muka dia pun Adik tidak mahu. Rasa menyampah tahap yang paling tinggi. Adik mula mengelakkan diri daripada Atiq. Seboleh-bolehnya tidak mahu berjumpa dengan Atiq walaupun tidak jauh mana yang Adik dapat jauhkan diri oleh sebab dorm mereka sangat hampir. Atiq pelik dengan kelakuan Adik.

Suatu hari dia menulis surat kepada Adik bertanyakan kenapa mereka semakin renggang dan Adik menjauhkan diri daripadanya. Adik tidak mengendahkan surat dan terus mengoyakkan surat itu tanpa belas kasihan dan buang ke tong sampah. Suatu perasaan benci, menyampah terhadap surat itu juga apa-apa daripada Atiq.

Oleh sebab Adik terlalu benci, menyampah untuk bertemu dan menerima surat Atiq, dia berterus terang yang dia membenci Atiq dan tidak mahu Atiq mengganggu hidupnya lagi. Atiq hanya menurut permintaan Adik dan tidak mengganggunya.

Kehidupan di kolej matrikulasi

Tamatnya persekolahan di tingkatan 5, Adik melanjutkan pelajarannya ke kolej matrikulasi. Semasa orientasi, dia dapat berkenalan dengan kakak-kakak yang juga bekas pelajar matrikulasi yang lalu. Ramai antaranya berpakaian muslimah seperti bertudung labuh, memakai handsock, dan berstokin. Dia rasa tertarik dengan pakaian sebegitu.

Semasa orientasi dijalankan, semua pelajar diwajibkan memakai stokin sepanjang orientasi berlangsung. Mereka dikejutkan seawal 4 pagi agar bangun dan mandi untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Adik bangun dan mandi seperti yang disuruh. Dia menjinak-jinakkan diri semula dengan Al-Quran. Ada juga aktiviti usrah untuk muhasabah diri. Tatkala itu, Adik mengenang kembali kisah silamnya yang gelap. Dia sebak dalam diam dengan dosa dan kesilapannya yang lalu. Dia cuba merapatkan diri dengan salah seorang kakak fasilitator yang juga bertudung labuh, berhandsock dan berstokin.

Hati kecilnya menjujurkan diri untuk membuat pengakuan tentang masa silamnya dengan kakak itu, namanya Sufi.

Hatinya berdetak,
“Aku memerlukan seseorang untuk menjadi pendorong agar aku berubah secara berterusan.”

Syukur alhamdulillah kakak itu memahaminya dan tidak memperlekeh sejarah silamnya, tidak juga menjauhkan diri daripada Adik atas kesilapannya yang dulu. Dia sering memberi Adik kata-kata semangat agar Adik meneruskan perubahannya ke arah kebaikan dan menjadi perempuan sejati. Adik berasa bersyukur kerana Allah menemukan dia dengan Kak Sufi.

Berakhirlah orientasi pada minggu itu. Adik terlalu risau bagaimana keadaannya tanpa Kak Sufi di sisi. Kak Sufi memberi nasihat agar Adik tidak risau kerana mereka pasti berhubung secara berterusan. Adik hanya mampu menahan sebak kerana pendorongnya bakal meninggalkannya. Dia terlalu takut jika dia tidak dapat ‘bertahan’ tanpa dorongan Kak Sufi. Walaupun orientasi telah berakhir, dia telah pun berpisah dengan Kak Sufi, tetapi amalan ketika orientasi iaitu memakai stokin telah Adik sematkan dalam hati dan amalkan. Sekali tertanggal, pasti Adik merasa aneh.

Adik bersyukur kerana dia mempunyai kawan sekepala yang ingin mengamalkan pemakaian stokin juga sering mengajaknya ke masjid untuk solat berjemaah. Membaca Al-Quran, Yassin, solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu tidak kurang juga sujud syukur. Adik juga mula menjinak-jinakkan diri dengan memakai handsock. Dia merasakan kesebatian antara dia, handsock dan stokin dan akan merasa resah, gelisah jika ‘mereka’ tiada ketika dia keluar.

Hubungannya dengan Kak Sufi sangat membantu dalam proses Adik berubah menjadi perempuan sejati tidak kurang juga kawan sekepalanya yang sering mengajaknya ke masjid untuk solat berjemaah, solat sunat dan membaca Al-Quran. Kebanyakan pakaian ‘lelakinya’ telah dia berikan pada yang sepatutnya juga buang walaupun ada yang berharga ratusan ringgit namun itu tidak penting kerana tekadnya ingin berubah sangat tinggi. Tidak berputus asa Adik memohon ampun daripada Ilahi agar menerima taubat dan mengampunkan dosanya kerana jika tidak kepada Allah siapa lagi yang dia harapkan kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat dan Dia suka pada orang yang bertaubat.

Kehidupan kini


Alhamdulillah sapaan hidayah-Nya yang kedua telah melekat dan meresap ke dalam jiwa Adik hingga kini. Dia telah pun kembali menjadi perempuan sejati malahan mula menjinak-jinakkan diri menjadi wanita solehah, membaca buku-buku islamiah yang meningkatkan dirinya agar sentiasa muhasabah diri.

Selepas menjalani pemulihan diri selepas sapaan hidayah yang kedua. Dia tertanya-tanya apakah ‘kaumnya’ dahulu telah berubah seperti dia ataupun masih sama. Suatu hari Allah pertemukan dia dengan mereka, Adik hanya ternampak mereka daripada jauh. Adik melihat geng dahulunya masih sama dan dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dia sudahpun kembali ke jalan-Nya. Allah juga telah memperlihatkan padanya kawan-kawan perempuan sejati yang dahulu memperlekehnya menjadi lebih teruk daripada dirinya suatu ketika dahulu. Daripada bertudung kepada tidak bertudung dan seksi berpelukan erat bersama sang kekasihnya. Dia hanya tersenyum melihat gelagat mereka.


p/s:kadang2 sebagai orang yg biasa kita seringkali menganggap bnda macam ni tak lebih dari 
sebuah cerita dongengan,cerita rekaan..tapi hakikatnya..

kadang kadang bila bnda ni berlaku kte akan terpikir salah siapa sebenanya ni.adekah salah takdir yang sebabkn bnda ni,salah takdir yang memilih mereka untuk ade perasaan itu?
atau adekah sebab mak ayah yang sebabkn bnda ini?
mak ayah yan tidak menunjukkn contoh yang bek,ajaran yang sempurna? 
atau mungkin diri sendiri yang tak mahu melawan,diri sendiri yang tidak kuat?

dan as public pula aku tak nafikan ramai yang akan memandang serong kepada golongn ini,
dan public (personally speaking) pon kadang2 akan cuba untuk tidak melibatkan diri,beranggapan tanggungjawab ini bukan padany,

tidak cuba untuk memahami ,
tidak cuba untuk mendengr,
tidak cuba untuk mlihat..
ape sebenarnya rasa mnjadi mereka.

dan kadang2 sebagai seorang kawan,sebagai seorang kakak kte pula merasa kesian melihat mereka,merasa sgt sedih,sangt marah melihat ap yang mereka lakukan sehingga merasa sangt lemah apabila dia dipertanggjawab atas mereka.. 
dan tanpa disedari mereka rasa tak mampu

dan sesungguhnya itu adalah salah.
dan salahnya adelah apabila kte tidak mengmbil tahu..

semoga diberi kekuatan adikku.semoga kisah ini menjadi pendorong dirimu untuk berubah.percayalah dik ,kau cantek dengn kau sebgai diri kau yang sebenarnya..tak perlu kau menjadi orang len,tak perlu dik mencari cinta yang len sedang kau tau yang allah itu sentiasa mencintai kau..sedang kau sendiri tahu itu salah..doaku dik semoga kau kuat..kuat dari akak dan akak tahu kau bole walaupon itu tak semudah yang dilihat.maapkan akak maapkan akak..

semoga allah sentiasa melindungimu adikku..
ya allah ak kasihankan mereka ini..aku pernah bersalah kepada mereka.bantulah mereka ya allah sesungguhnya kau yang berkuasa ya allah,kau yang berkuasa ya allah..